Pada 4 Januari 2011. Ada dua peristiwa penting bagi ahli astronomi dan peminat fenomena alam iaitu Hujan Meteor Quadrantid dan Gerhana Matahari Separa.
Secara keseluruhannya ada sekitar 11 jenis hujan meteor yang berlaku sepanjang tahun. Yang paling popular dan menjadi perhatian hanya tiga iaitu Quadrantid, Perseid dan Geminid. Kenapa? Jumlah ZHR nya paling banyak. ZHR tu apa? ZHR (Zenithal Hourly Rate) ialah ialah jumlah tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu jam ketika waktu kemuncak peristiwa tersebut. Untuk kali ini ZHR nya 120 meteor. Purata 40 meteor sejam. Kemuncak peristiwa ini pada 3 dan 4 hb Januari. Namun beberapa meteor boleh kelihatan dari 1 hingga 5hb Januari. Meteor boleh dilihat dengan jelas bermula tengah malam hingga 7 pagi. Waktu puncak 6.20 pagi.
Sejak buat entry tentang meteor ni, keyword yang masuk cari bila tahi bintang jatuh, tempat mana nak tengok tahi bintang dan macam-macam lagi. Jawapannya. Tempat yang paling sesuai jauh dari cahaya lampu, luar bandar dan gelap. Macam tempat yang banyak kunang-kunang tu. Peralatan mencerap yang lain tak perlu hanya peta bintang sebagai rujukan dari arah mana meteor akan muncul. Meteor Quadrantid ini kelihatan pada buruj Bootes.
Tiap kali peristiwa hujan meteor pasti ada meteor yang besar. Dikenali sebagai fireball. Kalau nampak jangan takut, ingat hantu pulak. Tu la dia suka sangat tengok cerita seram sampai fireball disangka hantu. Fireball ni masa dia lama sikit maklumlah saiz dia besar dari tahi bintang yang biasa.
Selain meteor, tahun 2011 ni ada 6 jenis peristiwa gerhana. 4 dari nya gerhana matahari separa. 2 lagi gerhana bulan penuh. Malangnya semua peristiwa gerhana matahari separa tidak dapat kita saksikan di Malaysia.
Tadi selepas Buletin Utama ada paparkan sedikit gambar gerhana matahari yang berlaku pada hari ini di luar negara. Bagi umat Islam yang mengalami fenomena alam ini, turut melakukan “shalat sunnah kusyuf as-syams” (Sholat gerhana matahari) secara berjemaah.
Kawasan yang boleh lihat peristiwa ini ialah negara Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia. Gerhana mula kelihatan pada waktu petang sekitar pukul 6. Namun waktu bergantung pada kedudukan geografi. Waktu Malaysia 2.40 petang, kemuncak 4.50 petang berakhir 7 petang.
Sentuhan pertama penumbra menyentuh permukaan bumi pada utara Algeria pada kedudukan 06:40:11 UT. Kawasan litupan penuh gerhana sebanyak 86 % berada pada kedudukan 08:50 UT di Utara Sweden. Kawasan terbaik menyaksikan fenomena ini di Eropah seperti Greece, Hungary, Rom. Afrika di Ethiopia. Asia di Jordan dan Palestin.
Aktiviti mencerap gerhana matahari tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau secara langsung menggunakan binokular, teleskop, kamera atau apa sahaja. Risiko mendapat kerosakan mata sangat tinggi kerana kadar sinaran/radiasi cahaya matahari sangat tinggi ketika ini. Manakala mencerap gerhana bulan secara langsung adalah selamat.
***Info dari
- http://astronomylive.com/
- http://astromas2020.blogspot.com/
- http://astronomy18.blogspot.com
- http://www.falak-online.net
Suka tengok bintang dari kecik sampailah tak kecik sekarang ni.Cantiiiiik sangat!
BalasPadamye, betul cantik kan..
BalasPadamsesungguhnya setiap yang terjadi itu amat misteri, dan tertanya2...gud info...terima kasih
BalasPadambukan selalu benda macam ni terjadi kan
BalasPadamto simply nana : sama2..perkara yg best utk dikaji
BalasPadamto sharinginfoz: yup, jrang.tapi thun ni leh tgk byk kli
oh... sangat ilmiah dan analitikal.
BalasPadambestnya kalau dapat tgok depan mata
BalasPadamP/S : Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu
to iqbalsyarie : ha'ah..teruja bla dgnr psl ni kn
BalasPadamto hans : betul tu.
to amalina : eh, jgn lbh2 sudh..kagum pada ilmu Allah ye.
BalasPadam