Soalan & Jawapan Temuduga Pegawai Imigresen KP17

Inilah padahnya kerana menyahut seruan SEO. Tengok imej di bawah! Berapa banyak orang search pasal ini. Dan tak kurang juga yang kecewa dengan hasil pencarian. Ya lah, tak dapat apa yang dicari. Jadi, untuk menghampakan, saya hasilkan artikel ini. Aduh, macam aku pulak yang nak kena interview, buat research pasal ni.


1. Please introduce yourself in English (soalan wajib dalam mana-mana interview)
-Pandai-pandailah korang. E-book teknik jawab soalan temuduga dah tak ada. Kesian korang, tu la sapa suruh tak beli dulu. Korang perkenalkan nama, umur (kalau tak kisah nak bagitahu), kelulusan akademik korang, cerita kan sikit pengalaman kerja korang tu pun kalau ada. Nak impress penemuduga, korang cakap la bertuah ke, seronok ke, terima kasih ke sebab dapat dipanggil temuduga.

2. Isu semasa berkenaan imigresen  (kena terangkan) saya cuma bagi point je
- Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don didakwa terlibat dalam kes rasuah yang mana beliau dikatakan telah meluluskan visa pekerja bagi hampir 3,000 warga Bangladesh dalam tempoh dua bulan.
-kakitangan wajib isytihar wang & telefon bimbit kepada pegawai penyelia setiap hari. (tak boleh bawa wang lebih RM30 & telefon bimbit supaya tugas lebih efisien)
-pegawai & penolong penguasa imigresen KP17 dan KP27 yang makan rasuah menyebabkan kawalan Imigresen Malaysia terutama di sempadan Thai bocor dengan begitu mudah sekali.
- 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
- penahanan dua pegawai imigresen oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan PATI di Jeti Port Dickson.
- tujuh pegawai imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan warga asing ke negara ini.

3. Isu melibatkan Negara (kena terangkan)
-kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI)
-sempadan negara mudah dibolosi walaupun beribu askar, imigresen, UPP ditempatkan
-peminjam ptptn yang disenarai hitam dilarang keluar negara. (Cara nak settlekan
-pemalsuan visa, permit dan passport.
- isu-isu lintas batas antara dua negara,
-isu-isu pergerakan manusia (movement of natural persons),
- isu-isu pengedaran dan penyeludupan manusia

4. Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen
-manalah aku tau, aku tak mintak jawatan ini. Korang yang mintak, pandai-pandailah korang goreng, jangan sampai hangus sudah!
(Ok, sedikit tips aku bagi)
-jawapan korang mesti relevan dan logik.
-kalau nak yang power dan mantap, jawapan korang tu mesti buat penemuduga teruja, kagum. Bila penemuduga suka, mesti dia akan pertimbangkan sama ada korang jadi calon simpanan atau berjaya dapat jawatan ini.
-contohnya saya nak jadi benteng pertahanan akhir negara yang teguh, supaya dapat menyekat kemaraan pendatang asing tanpa izin dan menghalang mereka yang menyalahi undang-undang dari keluar negara. Dengan adanya saya sebagai pegawai imigresen yang berwibawa, teliti dan cekap, tidak ada sesiapa dapat membolosi pintu masuk negara dengan mudah.

5. 4 fungsi utama jabatan imigresen
-Mengeluarkan Passport atau Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
-Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
-Mengawalselia pergerakan keluar/masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
-Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966
-Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan Jabatan

6. objektif jabatan imigresen malaysia
- untuk menguruskan hal-hal Imigresen selaras dengan kepentingan negara.

7. apa tugas pegawai imigresen
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

8. 3 buah pintu masuk ke Melaka
- Terminal Feri Melaka,
-Pelabuhan Tanjung Bruas,
-Pelabuhan Rambai,
-Pelabuhan Kuala Sg. Linggi,
-Lapangan Terbang Melaka,

9. Jabatan imigresen bawah kementerian mana
- Kementerian Dalam Negeri

10. Siapa menterinya
- Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein

11. apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini
-memudahkan kakitangan untuk berkomunikasi dengan rakyat asing yang tidak tahu berbahasa melayu.

12. pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut

i)  Pintu masuk laut
Pos Imigresen Kuala Perlis
Pejabat Imigresen Cawangan Langkawi
Pos Imigresen Jeti Kuah
Pos Imigresen Tg. Lembong
Pejabat Imigresen Georgetown
Pejabat Imigresen Pelabuhan Lumut
Pejabat Imigresen Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor
Pejabat Imigresen Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor
Pejabat Imigresen Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor
Pos Imigresen Port Dickson
Pejabat Imigresen Pelabuhan Melaka
Pejabat Imigresen Pelabuhan Kuantan
Tanjung Gelang
Pejabat Imigresen Pelabuhan Kemaman
Pejabat Imigresen Tg. Pengelih
Pos Imigresen Sebana Cove
Pos Imigresen Stulang Laut
Pejabat Imigrsen Pasir Gudang
Pejabat Imigresen Cawangan Muar
Pos Imigresen Pelabuhan Tg. Pelepas
Pos Imigresen Tg. Belungkor
Pejabat Imigresen Kukup
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, mersing
Terminal Feri Antarabangsa W.P Labuan
Dermaga Kastam Semantan
Pelabuhan Tg. Manis
Pelabuhan Senari
Pelabuhan Kuching
Pelabuhan Rejang
Pelabuhan Bintulu
Pelabuhan Miri
Dermaga Kastam Limbang
Dermaga Kastam Sundar
Dermaga Kastam Lawas
Pejabat Imigresen Pelabuhan Kota Kinabalu
Pejabat Imigresen Pelabuhan Sepanggar
Unit Kawalan Imigresen Pintu Masuk Laut,
-Pelabuhan Sandakan
-Pelabuhan Tawau,

ii) Pintu masuk udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Terminal 3 Lapangan Terbang SAAS
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)    
Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan)
Lapangan Terbang Pulau Tioman
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Lapangan Terbang Sandakan
Lapangan Terbang Tawau
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Mat Sirat, Kedah
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka
Lapangan Terbang Labuan,

iii) Pintu masuk darat
Pejabat Imigresen Kajang, Kompleks Perhentian Kajang
Pejabat Imigresen Keretapi Tanjung Pagar, Singapura
Pejabat Imigresen KTM Johor Bahru
Pejabat Imigresen Kukup
Pos Imigresen Tanjung Puteri
Tanjung Kupang, Johor
Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam
Pejabat Imigresen Rantau Panjang
Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor
Pejabat Imigresen Bukit Bunga
Kompleks Imigresen Bukit Berapit,
Pengkalan Hulu
Pos Imigresen Padang Besar
Pos Imigresen Wang Kelian
Pejabat Imigresen Besut
Pejabat Imigresen Dungun
Pejabat Imigresen Kerteh
Pos Kawalan Imigresen Sindumin
PosKawalan Imigresen Long Pasia
Pos Kawalan Imigresen Pintu Masuk Darat, Sindumin – Merapok
Kota Labuan Bajo

13. proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)

i) visa
- Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia) adalah:
1. Pasport asal
2. Dua (2) salinan fotostat pasport
3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
5. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
6. Penyata bank / traveller's cheques
7. Surat jemputan (jika ada)
8. Bayaran visa

- Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:
1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
2. Pasport asal
3. Dua (2) salinan fotostat pasport
4. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
5. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
6. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
7. Bayaran visa
                       
ii) Permit
- permohonan Permit Masuk boleh dikemukakan di pejabat Imigresen Negeri di seluruh Malaysia kecuali Ibu Pejabat Imigresen
- kadar bayaran bagi Permit Masuk ialah RM120.00 dalam bentuk Wang Pos atau Bank Deraf atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
- Kelulusan Permit Masuk adalah hak Kerajaan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan kepada orang asing yang layak memohon. Proses kelulusan tidak terikat kepada tempoh tertentu.

iii) Passport
- MyONLINE*PASPORT adalah permohonan dan bayaran pasport secara atas talian melalui internet. Pembayaran boleh dilakukan secara online dengan menggunakan kemudahan debit terus (FPX) atau kad kredit.
-Proses pengeluaran pasport bagi permohonan melalui MyONLINE*PASPORT mengambil masa dalam 2 jam atau berdasarkan tempat, tarikh dan masa pungutan yang dipilih ketika permohonan MyONLINE*PASPORT.
- Pemohon perlu hadir sendiri di Pejabat Konsular dan Imigresen,
* Tiga (3) keping gambar ukuran passport.
* Kad Pengenalan atau Surat Beranak serta salinannya.
- Cap jari kanan hendaklah dirakamkan dengan jelas, jika sekiranya ibu jari kanan kudung atau cacat, ibu jari kiri boleh digunakan. Jika sekiranya tiada kedua-dua ibu jari, maka mana-mana jari boleh diambil rekod dengan syarat catitan hendaklah dibuat (kudung, cacat dan sebagainya).

p/s : Jika anda seorang yang jenis tidak tahan dengan godaan dan lekas gelap mata. Nasihat saya lupakan sahaja jawatan ini dan yang sewaktunya dengannya seperti kastam, penguatkuasa, polis, askar, tentera. Jangan buat malu negara dan keluarga.

Ingat kesan duit haram jika anda beri makan pada keluarga. Kalau anak dan isteri bermasalah, andalah orang pertama yang mesti dipersalahkan! Jangan kerana anda, negara ini porak peranda! Pekerjaan anda bukan sebagai pasukan unit beruniform, jadi pergilah cari kerja lain. Tapi kalau korang ni jenis lurus, dengar kata, tetap pendirian, ada jati diri yang gemilang boleh lah teruskan cita-cita anda tu.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

25 respon pembaca:

  1. Hebat jugak sekali bermain dengan SEO ni er, jai mmg x reti.. hu3...

    BalasPadam
  2. msih dlm proses bljar lg..seo thp silver je blum thp gold lg. seo ni berdsrkn trafik & content.

    BalasPadam
  3. SEO singkatan kepd search engine optimization

    BalasPadam
  4. hehehe..main seo lagi best dari main game (^_^)

    BalasPadam
  5. best la pandai seo.. tak paham sgt =_=


    apa2 pun sumber rezeki biarlah halalkan :)

    BalasPadam
  6. to amirrah : tak de le pndai sgt...ye, mncari yg halal itu fardhu bg umat islam.

    to farah : ada temuduga jwatan ini ke?

    BalasPadam
  7. tq unt admin..entry ni sgt2 mmbantu..klau xjmp blog ni,,mgkn sy xley jwb tym tmudga 2 ari lps..

    BalasPadam
  8. tq unt admin..entry ni sgt2 mmbantu..klau xjmp blog ni,,mgkn sy xley jwb tym tmudga 2 ari lps..

    BalasPadam
  9. Tq Sgt2 k....
    Moga2 murah rezeki coz sumbg ilmu kepada org memerlukan....

    BalasPadam
  10. Hi Admin,

    Trima kasih membuat blog ni..
    puas sye cri blog ni..baru jumpe..
    Tahun lepas sye refer blog ni mase interview..alhamdulilah..dapat calon simpanan lantikan..dan kini da tuka status ke lantikan tetap..Terima kasih juga kerana dengan izinNya..

    BalasPadam
  11. @ Fahmi Bahaudin : Hai fahmi.. very happy for u.. tahniah segala usaha dan doa anda menjadi realiti. Kerja elok2 (^_^)

    BalasPadam
  12. Makaseh atas perkongsian ini :) doakan interview sy esok

    BalasPadam
  13. Makaseh atas perkongsian ini :) smoga bermanfaat utk interview sy esok

    BalasPadam
  14. @Emma Abduljamal: sama2..ye..saya sentiasa doakan semua pembaca berjaya dalam interview mereka.

    BalasPadam
  15. saya nak pergi interview 9/5 ni Alhamdulillah jumpa ilmu yang bermafaat untuk di bawa interview nanti terima kasih kepada admin semoga Allah membalas jasa baik admin didunia dan akhirat..doakan saya nik aziz mustaffa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nik aziz mustaffa, sma2..smoga berjya dalam interview nanti..

      Padam
  16. Saya interview 13 may ni akhirnya jumpa jugak blog nih terima kasih ats informasi tmbahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2, moga bermanfaat. mcm mana tmuduga ari tu?

      Padam
  17. next week interview. doakan kejayaan lina. semoga admin murah rzeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. smoga brjaya, terima ksih ats doanya..

      Padam
  18. saya temuduga 21/8/2017 nti admin, doakan sy boleh bt dgn baik. terima kasih utk info n

    BalasPadam
  19. thanks 4 d info admin. byak membantu!

    BalasPadam
  20. hello nak tanya berkitn dengn isu semsa.. brpa bnyk isu semasa yg perlu kta ktakan nanti?

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!