Kenapa kena solat tarawikh?

Salam Ramadhan 1432H, lagi seminggu nak raya. Mesti ramai yang sibuk buat macam-macam persiapan menjelang raya. Yang mengambil tempahan le paling sibuk, biskut raya, baju raya, langsir raya dan macam-macam lagi le. Sibuk sesangat sampaikan kadang-kadang terawikh pun dah tak buat. Alahai rugi nyer! Ramadhan setahun sekali je. Raya dua kali, weh! Ala, kan lepas Raya Puasa, Raya Haji pulak.

Fenomena biasa di masjid dan surau, hujung-hujung dekat nak raya, memang selalu kurang/lengang. Makin hujung, makin kurang, masa awal-awal dulu ramai je. Orang patutnya, masa awal-awal le kurang, masa hujung-hujung baru ramai. Kenapa pulak?


Kan Lailatul Qadar terjadi pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Rebut le pulang ni! Ada satu masjid ni siap pasang banner buat program sepanjang Ramadhan, 10 malam terakhir iktikaf di masjid, selain tarawikh, takzirah.

Mesti ada yang cakap “Orang laki boleh le, kami orang perempuan sibuk nak buat kuih, kemas rumah le, pasang langsir le” Tapi masalahnya jemaah lelaki pun kurang jugak, kalau jemaah perempuan tak kisah. Eh, mana korang pergi ar? Kalau perempuan tahu la sebabnya. Ada yang jawab “Nolong orang perempuan kat rumah ni, teman kan dia sekali” Owh, so sweet! Boleh percaya ke? Nampak benor nipunye. Ada jugak yang kata “Kami terawikh di rumah je” Ye ke? Tarawikh ke Tawarikh? Ada jugak yang kata “Ala, terawikh sunat je bukannya wajib tu pun nak kecoh ker? Aku pulak kata persiapan raya tu wajib ke? 

Owh ye, sebelum aku nak teruskan, apa kata korang baca artikel lama yang aku tulis masa mula berdaftar di blogspot.com ni. Bukan pe, supaya lebih mudah faham apa yang aku nak sampaikan seterusnya nanti. kelebihan solat tarawikh dari sudut sains

Macam mana dah baca? Baiklah, kita continue isi dalam artikel lepas. Dulu aku ada sebut, kenapa solat tarawikh hanya ada di bulan puasa? Aku jawab “untuk memudahkan dan memberi tenaga untuk kita bangkit sahur & memulihkan tenaga setelah berpuasa di siang hari tadi"

Dan aku nak tambah lagi, ia juga memberi tenaga yang hebat ketika berpuasa pada keesokan harinya. Mana tau ni. Ni la yang aku alami dalam bulan puasa ni. Aku dapati bila aku malas nak solat tarawikh, esoknya mesti lembik, lemah, longlai, tapi bila buat rasa sungguh bertenang, hebat, giler cool. Sungguh ajaib. Dulu masa dekat sekolah, rileks je budak laki main ping pong dalam kelas, langsung tak rasa letih katanya. Dan bila sembang pasal makanan tak rasa terliur pun. Hebat kan!

Ni semua tanda kasih sayang Allah pada kita semua umat islam, umat Muhammad SAW (Sallahualaihiwasallam). Alhamdulillah Subhanallah. Masa mula-mula puasa rasa malas je nak buat tarawikh, sekarang dah rasa feel nya jadi rajin lak.  

Tu sebabnya bila diumumkan besok akan mula berpuasa, malamnya dah kena mula buat tarawikh. Kemudian, bila diumumkan besok raya, dah tak payah dah buat tarawikh. Pasal apa? Sebab energy tu nak digunakan masa puasa Ramadhan je, raya kan dah tak payah puasa. Yang kita kena buat bertakbir raya.

Sebelum ni, bila siang aktif, nak makan masa berbuka pun jadi tak lalu. Sekarang ni bila aktif pulak siang hari, malam nak tarawikh rasa macam ada super energy. Kebetulan malam tu pulak, mak suruh urut sikit, mak jerit-jerit sambil kata “Aduhh sakit, eii macam orang jantan. Makan radix (RFC) jadi kuat pulak.” Hehehe..

Jadi korang yang busy giler nak buat persiapan raya jangan sekali-kali ada hati nak tinggalkan tarawikh. Rugi besar, cuba bayangkan tarawikh tu macam emas ke, silver ke, duit ke, mesti nak rembat kan? Ni pahala tak nampak macam tu punya. Kalau korang buat mesti akan rasa sungguh bertenaga nak buat semua persiapan raya. Kerja pun jadi cepat siap dari biasa dan menjadi. Tak nak ke kerja jadi cepat siap dan menjadi? Kalau tak jadi, kan kena ubah dan buat balik. Kan jadi susah, kan jadi payah. So fikir-fikir lah, tak rugi pun, untung sudah pasti. Tapi, jangan terlampau aktif pulak, takut nanti tak terbangun sahur, pasalnya dah letih sangat.

Tak payah le rempit dekat luar sana tu, baik rempit dekat surau/masjid, cey challenge sapa dapat buat solat tarawikh paling banyak, tak pun paling lama. Lumba sapa dapat buat banyak ibadah dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki ni. Patutnya kita sedih Ramadhan nak berlalu, bukannya tak sabar-sabar nak sambut raya. Ni tak, puasa pun tak penuh, puasa pun entah bagus ke entah berkualiti ke, entah-entah setakat menahan lapar dahaga je. Tapi semangat raya berlebih-lebih dari orang yang puasa penuh dan berkualiti. Raya adalah meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, menahan ,melentur nafsu. Jadi raya lah secara bersederhana, kang kalau terlalu over jadi lain pulak nanti.

Akhir kata, harap dimaafkan silap dan salah, andai ada terkasar bahasa sepanjang berada di arena blogging ni. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah wajib serta sunat di bulan yang penuh berkat ni. Jom rebut peluang yang masih berbaki ini. Erk, zakat jangan lupa bayar! Tak kan nak tunggu pagi raya, amil zakat sibuk bersiap nak sembahyang raya ler.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!