Minyak Wangi Pilihan di Hari Lebaran

Semalam masa penulis check keyword yang melekat dekat blog ni. Betul-betul buat penulis geli hati. Ada ke cari minyak safarun. Mana ada minyak ni. Entah apa sebenarnya yg dicarinya. Penulis mula terfikir, kalau guna jenama ni pun bagus gak (^_^).

Minyak Safarun tak ada ok! Yang ada minyak wangi Munif Hijjaz. Yang bestnya pasal minyak wangi ni berinspirasikan jenama antarabangsa. Selain botol yang mewah, haruman yang mantap, halal dan tanpa alkohol, diperbuat dari pati tulen membolehkan keharumannya kekal sepanjang hari. Cara memakainya sapukan pada kulit & pakaian. ELAKKAN dari berjemur di tengah panas matahari.


Bahagian kulit yang harus disapu semestinya pergelangan tangan dan leher kerana di situ letaknya nadi. Kan doktor kalau nak check nadi pesakit, periksa dekat bahagian pergelangan tangan tak pun dekat leher. Biasanya sapuan di bahagian ini tahan lama.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma sudah semestinya memakai minyak wangi menjadi suatu kemestian. Maklumlah nak jumpa sanak-saudara sahabat-handai, rakan taulan. Mesti nak kelihatan berseri-seri, cantik, segak, tampan. Tapi tak lengkap jika tidak dengan berwangi-wangian. Bayangkan baju cantik, tapi badan berbau..Eeii, rosak mood raya.

Diingatkan jangan berlebih-lebih pakai minyak wangi sampai sebatu dah bau. Pakai biasanya je. Siapa yang berpeluk cium dan salam je dapat bau! Yang jauh sedepa tak dapat bau. Nanti tak pasal-pasal dari nak cari pahala ikut sunnah Rasulullah saw berwangi-wangian alih-alih dapat dosa zina. Perempuan yang berjalan dalam keadaan memakai wangian melewati sekumpulan lelaki, dan bau harum wangian tersebut dapat dicium lelaki tadi, maka mendapat murka Allah dan dosa seperti zina. Begitu juga lelaki yang melewati kaum perempuan. Sunat berwangi-wangian untuk suami/isteri dan harus untuk ahli keluarga. Berwangi-wangian untuk boyfriend atau girlfriend dapat dosa, tapi untuk suami atau isteri dapat pahala. Anda buat anda dapat, Renung-renungkan, selamat beramal!

Berbalik pada minyak wangi Munif Hijjaz ni. Penulis seakan teringin nak mendapatkannya. Tapi memandangkan penulis dah ada minyak wangi, yang agak setara dengan yang ini. Maka tak dapat la beli. Masih banyak lagi, boleh pakai sampai raya tahun depan. Free pulak tu, Dara.com bagi. Dari segi harga, yang Dara.com bagi lagi mahal. Wah! Nama minyak wangi tu Sumaiyyah Perfume Spray Salsabil (Spring In Jannah) khusus untuk wanita. Kalau lelaki Sumaiyyah Perfume Spray Kameel (Perfect). Bau dia sedap, best dan selesa paling penting tak kuat dan tak menyakitkan hidung.
Minyak wangi Munif Hijjaz Perfume ni terdapat 18 pilihan. 6 pilihan untuk lelaki, 12 pilihan untuk wanita. Antaranya nama yang menarik Calvin Klein, Paris Hilton, Britney Spears, Jennifer Lopez, Ralph Lauren. Yang penulis kenal cuma paris, britney dan JLO je, 2 lagi tak tahu sapa entah. Agak-agak minat dengan JLO pilih W9 Jennifer Lopez – Live. Harga cuma RM22 sahaja sekotak. Untuk Sabah dan Sarawak RM25. Minimum tempahan sebanyak 2 kotak maknanya RM44 untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak RM50. KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA!! Service courier yang digunakan POS LAJU. Jaminan tempahan anda akan sampai dalam masa 3 hari bekerja. 

Tidak untuk Aidilfitri yang bakal menjelma lagi 2 hari, hadiahkan untuk bakal tunang atau isteri/suami anda! Kan masa raya ni ada yang tunang la kahwin la. Pening-pening kepala nak bagi hadiah masa menghadiri jemputan kenduri kahwin. Nah, ni dia minyak wangi Munif Hijjaz Perfume. Biasanya hadiah yang diberi set pinggan mangkuk, peralatan elektrik untuk penggantin tapi anda, minyak wangi, class gitu.

p/s : tahukah anda memakai minyak wangi boleh menghindarkan diri dari gangguan jin?
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

1 respon pembaca:

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!