Di tempat orang ramai berhimpun tak kira dalam majlis atau temasya merupakan kesempatan yang tidak boleh disia-siakan terutama bagi mereka yang minat berniaga, pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Namun, tidak semua peluang atau kesempatan boleh direbut. Lebih-lebih lagi temasya yang melibatkan perayaan agama lain.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Kaafiruun :
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Jangan pernah kita mencampuri urusan agama lain. Begitu juga para penganut agama lain, jangan pernah mencampuri urusan agama kita (Islam). Bagaimana yang dikatakan mencampuri urusan agama itu? Mari kita kupas secara ringkas dengan beberapa contoh yang mudah difahami.
Ramai yang salah tafsir berkenaan konsep 1 Malaysia. 1 Malaysia tidak bererti 1 agama tetapi semua bangsa adalah 1 Malaysia. Konsep ini hanya menyatupadukan bangsa, perpaduan kaum BUKAN menyatupadukan agama!
Berjual-beli untuk ritual keagamaan adalah haram dan berdosa. Jika kita menjual bererti kita terus menyokong, membenarkan perbuatan mereka dan membiarkan mereka terus di dalam kegelapan. Malah redha dengan pegangan kufur mereka. Jika mereka datang kepada kita untuk membeli sesuatu dari kita. Wajib bagi kita bertanya keperluan tersebut. Adakah untuk upacara keagamaan atau tidak? Jika jawapannya Ya, haram menjual. Jika Tidak, haruslah menjual.
Contohnya Perayaan Thaipusam. Kita tengok ramainya orang berarak di atas jalan raya. Kebetulan mereka lalu depan rumah kita. Rumah kita pulak hampir dengan kawasan kuil. Tiba-tiba kita pulak nak ambil kesempatan dengan buka gerai ais kacang, nasi lemak atau lain-lain. Tak boleh, haram! (jadi jangan nak berangan ok) Ataupun, kita ada kebun kelapa, berbuah lebat. Tetiba dia datang nak beli untuk upacara Thaipusam. Tak boleh, haram. Kita ada kebun buah-buahan, datang seorang ni nak beli untuk letak di tokong. Tak boleh dan haram.
Begitu juga dengan urusan agama Islam. Kita tidak boleh membeli dari orang bukan Islam. Al-Quran atau kitab perihal agama Islam tidak boleh dibeli dari bukan Islam. Mereka juga dilarang menjualnya. Tiada tawar-menawar semasa membeli Al-Quran. Kalau harganya RM50, RM50 la. Kenapa? Jawapan secara peribadinya. ”Hey, nak beli Al-Quran pun nak berkira ke?”
”Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”
Itu untuk urusan jual-beli, bagaimana pulak jika mendapat jemputan majlis rumah terbuka atau party perayaan agama lain? Hukum asal menerima jemputan/undangan adalah wajib. Namun hukum boleh berubah mengikut keadaan dan situasi. Dalam kes ini, hukumnya boleh jadi harus dan haram. Selagi tidak melibatkan apa-apa ritual keagamaan, harus untuk menerima jemputan. Makanan pula, jika halal boleh makan. Sila faham betul-betul perayaan kaum dan agama sama sesekali berbeza.
Contohnya Tahun Baru Cina dan Deepavali. Tahun Baru Cina bukan pesta keagamaan tetapi perayaan kaum cina. Sementara Deepavali merupakan perayaan keagamaan bagi penganut Hindu. Mereka yang kahwin campur biasanya mengalami konflik ini. Teragak-agak untuk hadir atau tidak. Hadir dengan niat untuk menziarahi keluarga dan sahabat adalah harus, namun boleh jadi haram jika kita turut melakukan amalan/ritual perayaan mereka. Bagi Cina Islam, mereka juga sambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya, tetapi tidak mengikuti upacara yang bertentangan dengan Islam.
Di Hari Krismas/Natal, amalan bertukar-tukar hadiah adalah kebiasaan bagi penganut agama Kristian. Tiba-tiba kita datang bawa hadiah, tuan rumah pun balas dengan hadiah juga. Selain itu, tolong mereka pasang pohon krismas dan lampu. Perbuatan ni boleh merosakkan akidah. Seolah-olah kita pun sambut Hari Krismas juga.
Sambutan Hari Halloween dan Hari Kekasih adalah perayaan penganut Kristian. Ia bukan budaya kita sebagai penganut agama Islam. Hari Halloween adalah hari memuja roh atau semangat dan hantu. Perbuatan memuja makhluk ghaib adalah syirik dan berdosa besar. Valentine Day pula hari mengingati kematian si kekasih yang bernama Valentine. Hari itu juga merupakan kejatuhan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol jadi penganut Kristian merasa bebas melakukan apa sahaja. Malangnya setiap tahun tarikh tersebut diingati dan disambut seluruh dunia sebagai hari kekasih.
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud dan dishahihkan Ibnu Hibban)
Owhnya, bagaimana pula kalau memberi dan membalas ucapan selamat kepada mereka? Sendiri fikir pulak, kalau nak sambut, nak buat urusan jual beli pun tak boleh, nak hadir majlis pun tak boleh, apatah lagi kalau memberi dan membalas ucapan selamat atau happy untuk perayaan mereka. Hukumnya haram. Semua perkara ni boleh menjadikan kita kufur.
Kita sewajarnya mengambil tahu apakah perayaan itu dan mengapa disambut sebelum kita menghadiri atau terlibat dengan perayaan tersebut. Agar akidah dan iman kita terpelihara dari perbuatan yang boleh mencabut nilai keislaman dalam diri kita.
”Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”
semoga kita diberikan ilmu yang tinggi untuk mengetahui yang mana boleh dan yang mana tak boleh
BalasPadamto sharinginfoz : Amin. InsyaAllah
BalasPadamto hans : Syukran ala wajib
wahh. good info. baru tahu. hehe. terima kasih sudi bkongsi ilmu ^_^
BalasPadamto ira : sama2..moga manfaatkn ilmu ini
BalasPadamterima kasih dgn perkongsian ini ye...
BalasPadam