Tips Jimat Cermat, Poket pun Lebat

Hello, hai readers semua. Apa khabar? Berapa punya lama kita tak bersua di sini. Hari ini baru aku memunculkan diri. Baiklah, di kala dunia dilanda kejatuhan harga minyak mentah dan kejatuhan mata wang beberapa negara, dan juga harga minyak yang dah naik balik start semalam. Aku dengan sukacitanya nak berkongsi beberapa tips jimat cermat aka tips poket lebat khusus untuk rakyat marhaen macam kita-kita ni kan. Golongan kaya-raya apa ada masalah kan. Tu pun ada jugak yang kecoh bila dikenakan bayaran mahal. Ke nak tunjuk dia banyak sangat duit sampai boleh belanja banyak macam tu. Iskhh, tak baik, buruk sangka kan.

Ok, tanpa melengahkan masa dan meleret panjang. Tipsnya adalah :

1. Tabiat Menyimpan
Kalau tak ada tabiat ni, memang susah la korang nak survive, tambah-tambah bila time korang tengah pokai. Duit gaji yang korang dapat tiap-tiap bulan tu, korang set lah berapa korang nak simpan contoh RM10. Eh, apa dah RM10 je simpan. At least, ada juga menyimpan dari langsung tak menyimpan kan. Ikutlah, berapa RM50 ke RM300 ke, yang penting korang ada simpan. Simpan duit tau bukan simpan skandal gula.

Bab simpan ni bukan setelah korang joli sakan sana sini tau. Tapi sebelum korang berbelanja, korang mesti simpan dulu. Kalau tak, alamatnya nak simpan RM10 pun tak lepas. Ingat! Baki simpanan tu yang dibelanjakan. Bukan baki perbelanjaan yang disimpankan.

2. Beli Ikut Keperluan bukan Kehendak
Bila masuk bab shopping ni, memang menang dekat orang perempuan la. Suruh la beli apa-apa barang keperluan rumah. Memang macam dibelinya. Kalau dah masuk tu berejam-rejam. Kekadang benda yang tak patut dibeli dan tak suruh beli pun dibelinya. Puncanya kelabu mata. Tapi kalau dah kelabu mata tu bukan shopping barang keperluan tu barang kehendak. Aku yang selama ni bershopping barang keperluan tak pernah pulak kelabu mata. Korang pernah? Tapi yang pasti bila dapat resit mak aii, berjela panjangnya. Bolehlah la dua tiga kali lilitan tangan aku. Biasanya aku beli banyak-banyak senang, tak payah nak datang lagi. Apa ingat aku tak kerja lain ke nak buat selain pergi shopping.

Nak buat macam mana shopping ni salah satu terapi emosi orang perempuan. Jadi para lelaki di luar sana, tak payah lah nak hairan sangat, kenapa orang perempuan ni suka sangat shopping. Kekadang setakat window shopping je pun dah ok, belum lagi kalau betul-betul shopping. Lagi la mujarabnya. Tu kalau poket lebat, kalau poket nipis macam mana.

Kalau dah tau poket nipis, sebelum shopping tu, listkan dulu barang apa yang nak dibeli. Dalam erti kata lain, rancangkan pembelian tu. Tak ada la, terlupa barang yang nak dibeli. Karang kalau pergi banyak kali yang tak ada dalam list pun dibelinya nanti. Ingat! Utamakan keperluan dari kehendak. Kalau kehendak habis satu shopping complex korang borong nanti. Senang cite, kalau yang tak penting tu tak payah beli la. Bukan mati kebulur pun kalau tak beli. Iye tak. Tapi kalau tengah sales, rembat je la banyak-banyak, asal korang sempat habis guna, makan dan pakai sebelum tarikh luput. Kalau tak membazir je.
Beli barang keluaran bumiputra. Sokong produk orang kita.
3. Bandingkan Harga Baru Beli.
Tabiat wajib orang perempuan semasa shopping adalah membelek. Masa belek tu mesti lah belek harga sekali bukan takat tengok elok ke tak je. Lepas tu ambil letak dalam troli. Tengok harga, tengok tarikh luput dulu. Masa bandingkan 2 jenis pilihan iaitu jenama, korang mesti tengok berat dan harga dia. Mana yang lebih murah dan menguntungkan. Sama ada untung beli kecik atau besar. Jenama mana yang lebih untung.

Tu la pentingnya tengok katalong/brochure barang sebelum beli. At least boleh jimat masa dari membelek satu persatu dan boleh jugak ambil bawa balik. Sesetengah pasaraya jual barang tu murah, sesetengah yang lain barang ni yang murah. Pandai-pandai la buat pilihan bijak. Kalau ada yang tawar harga murah kenapa mesti beli dengan harga yang mahal. Ada tiga jenis pasaraya yang aku biasa beli. Mydin, billion & UO superstore. Masing-masing tawarkan harga murah. Misalnya biskut jagung pingpong lagi murah kalau beli dekat billion. Beras kadang lagi murah beli dekat Mydin.

4. Pilih Rakan Shopping yang Tepat
Biasanya shopping ni berteman baru best, ada jugak kawan nak ditanya pendapat. Tak da la cakap sorang-sorang, fikir sorang-sorang. Tak kira la family ke, boyfriend/girlfriend ke, member-member ke. Persoalannya sekarang rakan shopping korang tu bagi effect pada lebat atau nipisnya poket korang ke tidak. Kalau yang dah ada anak, make sure korang tak bawa sekali masa poket korang tengah nipis. Karang macam-macam keinginan diorang yang perlu dipenuhi dan macam-macam ragam dan taktik bila korang say NO.

Adalah sorang anak sedara aku ni, asal ikut pergi shopping je dalam kepala otak dia tak lain. Guess what? Mainan. Biasalah lumrah dunia kanak-kanak. Tu sebabnya tips no 1, 2, 3 ni penting korang follow. Takkan lah korang sampai hati tak nak bawa si kecil ikut sekali. Nak-nak 10 kali dalam sebulan korang pergi terjah pasaraya. 5/10 mesti kena bawa kan.

Kalau member pulak, make sure bukan spesis boros dan kaya banyak duit. Diorang ni bukan boleh halang dan menyelamatkan duit korang pun. Buat semak je bawa. Kot-kot korang shopping macam overdose. Diorang buat dek je nanti. Kot boleh hulur duit barang seratus dua berguna jugak la ajak. Ni tak, sampai kena pakai dua troli nak usung ke tempat cashier. Berbeza pulak kalau korang ajak member yang jenis kedekut, selalu pokai, paling bagus pandai jimat cermat. Perghhhhh. Memang terbaik la penangannnya. Walaupun korang rasa rimas, itu tak boleh, ini tak kena. Macam kena kontrol je. Itu lagi baik dari member yang sokong korang beli, bila balik rumah baru korang rasa menyesal tak sudah. Pandai-pandai lah korang pilih nak ajak sapa. Aku ke?

5. Jangan Beli Time Malam Jumaat.
Mak aku punya perangai kalau hari khamis je, cepat-cepat beli barang sebelum masuk waktu maghrib. Dah jadi amalan kehidupan seharian. Kalau pergi pasar malam hari khamis je, lepas asar je mesti dah siap-siap nak pergi. Biasa la, kalau pergi awal mesti boleh balik awal kan. Tu kalau hari khamis, kalau hari lain, selagi tak cukup barang yang nak dibeli, perkataan BALIK RUMAH tu memang tak kenal dah. Bila dengar bunyi azan, dan-dan tu baru kenal perkataan balik, rumah pun dah terbayang. Aku pun dah berjangkit sama.

Ni sebenarnya petua orang jawa. Walhal parents aku bukan jawa. Tok nenek pun bukan. Kalau korang perhati la kan, spesis jawa, tak kira jawarian ke jawa rangers ke, diorang punya perangai memang pelik bab duit time malam jumaat.

Misalnya, korang tetiba rasa macam tak cukup duit nak bayar, korang pun pandang muka member korang dengan muka nak raih simpati dan luahkan permintaan korang bernadakan sayu dan risau dengan harapan boleh pinjamkan duit atau belanja korang yang tengah pokai tu. Dengar je perkataan duit member korang tadi terus buat muka innocent sambil menghampakan permintaan korang. Korang yang dah despreate giler ni, memang tak putus asa. Member tu terpaksa hulur la jugak tapi muka yang innocent tadi sekelip mata jadi muka ketat. Dan sampai rumah pun terus ketat, secalit senyuman pun payah nak dilemparkan. Masa tu kalau korang buat lawak, muka dia innocent je, kesan marah tak habis semata-mata nak penuhi permintaan korang tu.

Tapi bila korang hulur duit, refund duit tadi ke, atau bayar hutang time malam jumaat, kalau korang perasan muka dia biasa je macam nak cover perasaan happy lalu yang tinggal secalit senyum je di wajah member korang tadi.

Nak kata pantang-larang pun tak jugak, tapi pada aku petua; untuk duit tak cepat habis atau pokai. Mak aku kata hilang berkatnya nanti, Iye la memalam jumaat sibuk nak beli itu ini, macam esok hari tak boleh iye dak. Kalau dah terdesak sapa suruh tak beli awal-awal. Tapi kalau dapat duit, simpan duit tu boleh dapat berkat. Lagi pun memalam jumaat kan malam untuk beribadat, bukan joli sakan habiskan duit sana sini.

6. Limitkan Duit dalam Dompet
Korang tak perlu nak usung duit yang banyak dalam dompet setiap masa. Lebih-lebih lagi masa korang nak shopping. Bila korang confident duit korang banyak, kemain korang shopping tak ingat dunia. Sampai troli pun naik penuh. Korang pun confident boleh belanja banyak-banyak dan tak kisah berapa harga untuk setiap barang yang korang nak beli tu. Berbeza kalau korang bawa duit sikit seperti yang korang bajet. Sebelum nak bayar, korang sure akan kira semua jumlah barang yang korang nak beli tu. Masa tu baru korang tahu betapa pentingnya belajar matematik masa sekolah dulu. Giler malu kot, kalau jumlah bayaran lagi banyak dari jumlah duit dalam dompet korang. Masa tu nak tak nak terpaksalah skip barang yang tak perlu supaya korang cukup duit untuk bayar.

7. Kitar Semula dan Guna Semula
Kita ni setiap hari pasti akan menghasilkan sampah. Tak semua sampah yang korang buang tu betul-betul sampah. Adakalanya boleh mendatangkan duit dan menjimatkan duit. Biasanya kita tahu surat khabar lama boleh buat alat pembungkus, contoh mudah nasi lemak. Tin minuman berkarbonat tu kalau kumpul boleh dapat jual. Aku confident benda basic ni semua orang tahu kan.

Ok. Start dari bab kitar semula. tisu, plastik, kaca, aluminium kalau kumpul boleh dapat duit bila korang jual dekat keling botol pengutip barang terbuang atau hantar terus dekat pusat kitar semula. Tapi macam mana dengan makanan yang dah basi, sisa makanan korang tu. Mesti ke tong sampah kan. Daripada korang buang baik korang simpan buat baja. Kan dah jimat kos pembelian baja. Macam tu jugak dengan sisa ikan, ayam yang korang proses sebelum nak masak tu. Lagi satu bagusnya tak ada la busuk sangat bau sampah korang tu. Pekerja bandaran bukannya hari-hari kutip sampah. 3 kali seminggu je.

Kain baju, seluar dan segala jenis pakaian korang yang korang dah tak nak pakai atau nak buang. Korang boleh guna semula. Misalnya buat kain buruk ke, sarung bantal baru ke, selimut baru ke. (Pantang larang orang tua-tua, kain atau seluar tak boleh dibuat baju. Tapi baju boleh dibuat kain atau seluar) Kan dah jimat sikit tu. Korang juga boleh suai padan atau tambah manik ke labuci pada baju/dress/blouse korang. Bila korang pakai sure member korang ingat tu baju baru.

Kertas yang salah cetak atau surat cinta yang gagal dikarang dengan baik boleh diguna semula pada back side seperti tulis list barang shopping, kira duit yang dah dibelanjakan ke atau apa sahaja yang korang nak rasa tulis, lukis atau conteng. Jangan asyik nak tong sampah kan je. Ni tak bila salah cepat sangat baling ke tong sampah. Dan lah korang bukan shoot shutter. Kutip balik tak nak pulak tu.

Air yang terpakai misalnya air sisa dari washing machine tu, apa kata korang tadah buat jirus tandas. Walaupun tangki pam tandas korang tak rosak pun. Kalau dah simpan banyak tu jangan lupa tutup bekas air tu. Karang tak pasal-pasal korang menternak jentik-jentik pulak. Dah la musim denggi sekarang ni. Air hujan pun boleh tadah untuk jirus pokok bunga atau kebun korang. Air last washing machine pun boleh untuk siram tanaman korang. Maklumlah bil air bukan murah. Air dekat empangan pun sentiasa dipantau.

8. Manfaatkan ruang tanah di kawasan rumah anda. 
Di musim harga sayur yang tak menentu dan bekalan sayur yang lambat sampai ke pasaraya atau kehabisan sayur. Tabiat berkebun boleh memberi pulangan yang lumayan dan memuaskan hati. Misalnya cili, cabai, serai, daun kunyit, daun kesum, daun kari, daun limau purut, lengkuas antara barang masakan yang sering digunakan. Dan jumlah yang perlu digunakan untuk setiap masakan bukanlah banyak mana pun. Tetiba aku macam dengar ada suara bantahan. "Habis kami yang duduk rumah flat, apartment ni macam mana?" Ala, pokok cabai, pokok kari, daun kunyit, daun kesum, bukan perlu tanah yang luas pun. Dalam pasu pun boleh apa. Masa nilah korang boleh guna tips no 7 bab baja dan air tu.

Apa macam cukup dah ke belum tips yang aku bagi ni. Aku nak letak pena ni. Banyak lagi topik aku nak karang ni.Kalau ada korang ada idea yang lagi genius boleh share semasa dekat sini. Letih aku nak ingat balik tips yang parents aku dah praktikkan.

p/s : perghh heaven, kalau boleh bela ikan dekat rumah. Agak-agaknya lapar boleh pancing dan masak. Maklumlah orang-orang busy macam kita-kita ni mana ada masa nak ke pasar ye tak. Peti ais bukan besar mana pun. Harga ikan time chinese new year ni pulak kemain mahal kalah musim tengkujuh.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

9 respon pembaca:

  1. Untngnya kalau ada kebun sndiri kan.. Apa2 pun tq for the tips

    BalasPadam
  2. @ chedacheyu : ha'ah. tapi klu ada kena jga la, klu tak rugi je. sama2

    BalasPadam
  3. Benar sekali. Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan. Sebenarnya berjimat semasa mewah bukan masa susah. Supaya tabungan semasa mewah boleh bantu kesempitan di masa susah. Dimasa susah tu bukanya berjimat tetapi catuan. Cadangan penulis memang baik dan praktikal. Terpulang diri masing-masing melaksanakanya.

    BalasPadam
  4. @Rahman Yasin : ha'ah btul tu. time mewah jarang org beringat nak mnyimpan kebanyakkannya 'lupa diri' berbelanja sakan. Kononnya reward untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  5. Terima kasaih atas perkongsian.Sangat membantu..
    bariahpilah.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nur Bariah Zakaria :sama2..smoga bermanfaat.

      Padam
  6. Betul tu, kalau nak pergi berbelanja, masa duit nipis, kalau boleh elakkan bawa anak2..nnt dia buat muka suci...cair la mama 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe..kalau mintak makanan & minuman tak pe la, buatnya mintak mainan, bnda2 bkn kperluan memang naya la.

      Padam
  7. Ayat terlalu panjang dan gambar terlalu sedikit. Tips2 yang diberikan amat berguna. Teruskan usaha anda.

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!