Dulu masa kecik-kecik bila sebut tahi bintang, timbul macam-macam persoalan. Bintang pun berak ke? Mak ai, dah berak boleh terbang-terbang pulak tahinya. Apa punya bintang entah. Nama pulak tahi, mesti geli kan. Siapa suka dengan tahi kecuali tahi lalat. Entah pasal apa, panggil tahi bintang. Ada sesiapa tahu tak? Orang kita, makanan pun bagi nama pelik-pelik dan kadang-kadang dengar pun geli-geliman.
Nama sainsnya meteor. Kalau dah nama pun geli, nak tengok apatah lagi kan. Kalau nampak mesti nak lari jauh-jauh, ye la tahi, eei, najis! Nak tengok pun tak ada selera. Sekarang ni tidak lagi. Semua sibuk nak cari tahi bintang, lebih-lebih lagi peminat filem X-ray yang Aziz M. Osman punya cerita tu. Bermula ekspedisi mencari tahi bintang yang jatuh ke bumi(dah jatuh namanya jadi asteroid). Kononnya banyak khasiat. Akhirnya muncul Erma Fatimah turun ke bumi nak ambil balik asteroid disebabkan ramai yang berebut-rebut nak kan asteroid sampai kacau-bilau jadinya.
Lupakan seketika kisah tu. Nak tanya ni pakcik, makcik, dato, datin, abang, adik, kakak siapa pernah tengok meteor? Jangan pulak kata Meteor Garden, tu tajuk cerita drama korea. Tahi bintang nama lainnya meteor. Bulan Disember ini, dikatakan munculnya meteor dengan banyak sekali. Peristiwa ni dinamakan Hujan Meteor Geminids. Berapa banyak jumlah meteor yang muncul dilangit? Lebih kurang 120 meteor dalam masa 1 jam! Kalau cuaca elok, beratus-ratus tahi bintang boleh anda lihat sampai pagi. Bagi peminat astronomi pasti anda tidak sabar-sabar bukan? Saya pun sama juga.
Berita baik bagi anda kaki lepak, yang suka keluar malam-malam, mat rempit sekalian, kupu-kupu malam. Malam ni, apa kata lainkan aktiviti anda, dengan melihat ratusan tahi bintang muncul di langit. Oh, yea yang bukan dalam kategori yang disebutkan tu, jom tengok juga. Mari lihat keindahan malam ciptaan Tuhan ini. Bukan selalu boleh tengok ni.
14/15 Disember 2010 merupakan kemuncak peristiwa ini iaitu pada pukul 10 malam. Sebenarnya ia dah mula aktif sejak 7 Disember hingga 17 Disember lagi. Maka tak usah pelik kalau dalam seminggu dua ni, secara tak sengaja anda terlihat tahi bintang. Dan peristiwa ni boleh anda lihat sepanjang malam sehingga matahari terbit. Kalau tak dapat tengok pada malam kemuncak, jangan sedih, keesokkan hari pun boleh tengok sehingga 17 Disember.
Bagi anda yang teruja dan tertanya-tanya kena pakai peralatan mencerap atau tidak? Jawapannya tak perlu. Hanya guna mata kasar anda yang cantik tu dan menghadap ke langit. Cuma sedikit peralatan yang menjamin keselesaan anda iaitu tikar, bantal, segelas minuman panas yang anda sukai dan ubat nyamuk. Jangan biar kegembiraan anda terganggu dengan nyamuk! Mungkin juga belerang (untuk keselamatan) boleh tabur di sekeliling tikar anda. Itu pun jika lokasi anda merupakan kawasan pedalaman yang banyak katak. Mungkin juga anda ingin merakamkan aktiviti anda, jalan lupa bawa handphone kamera atau videocam, kamera khas untuk aktiviti astrofotografi.
Oh, yea, keseronokan melihat tahi bintang bergantung pada cuaca. Kalau langit berawan jumlah meteor yang dapat dilihat mungkin sedikit. Jika awan mendung, lupakan sahaja niat anda, tunggu sehingga langit cerah semula. Pastikan juga lokasi pilihan anda jauh dari cahaya lampu, sebaiknya pilih kawasan yang gelap seperti kampung dan pedalaman.
Berkenaan malam ni, Buruj Gemini merupakan punca di mana tahi bintang keluar sekitar jam 9 malam. Masa ni ia sangat rendah di langit timur, jadi tak sesuai sangat nak mencerap, tunggu pukul 10 la. Kalau pukul 12 setengah, buruj ni berada di atas kepala (kena berbaring la kalau nak tengok, sakit kepala & tengkok nanti). Sambil menanti meteor melintas, jom tengok bulan yang berada hampir ke langit barat. Di sebelah bulan terdapat bintang yang sangat terang. Itu planet Musytari sebenarnya. Kalau ada teleskop canggih boleh tengok rupa Musytari. Sama tak macam dalam gambar buku teks?
Kalau nak tengok meteor tanpa gangguan cahaya bulan, 1.30 pagi adalah masa terbaik kerana bulan akan mula tenggelam ke langit barat dan tidak lagi menenggelamkan meteor yang kelam.
Selamat mencerap. Jika rakam gambar meteor jangan segan untuk berkongsi dengan saya.
***Info dan gambar dari blog Astromas dan forum FalakOnline.***
wahh nk tgk la kene tggu kol 10 malam ni...hihi
BalasPadamp/s:jum bc n3 terbaru
saya dtg nk bkwn dn folo..folower ke-340..jengukla kita dn folo kita ugek ye..keep in touch..lawak gila ayat intro awak kat atas ni..hehe
BalasPadamto azi nur : brgntung pd cuaca. nk senang nmpk tunggu bulan condong ke barat.
BalasPadamto qasehraihan : terima ksih follow, salam perkenalan. lawak ke..hehehe..
salam Nur Fannun,
BalasPadamTahi bintang bila saiz nya kecil tetapi bila sebesar sedikit dipanggil asteroid.. yang itu saintis takut kena bumi...
Masuk pasal ilmu falak pula...
tahi bintang memang ciptaan yang sangat unik kan
BalasPadamto capt : salam capt, eh, terbalik la..
BalasPadammeteor msuk astmosfera bumi terbakar. so dh jd kecik la.oleh itu hargai lah lapisan ozon kita jangan buat aktiviti yg blh menipiskn lapisan ozon.it's best protection for our earth.
to sharinginfoz : betul tu.
nak tgk tahi bintang akak meteor jgk...
BalasPadamNur Fannun: mmg ciptaan yang luar biasa oleh-Nya
BalasPadamp/s; slm kenal....terima kasih sudi datang dan komen kat blog saya...AZZEY....
to cik tom : msih lagi bln dlm minggu ni tp tgh mlm la.
BalasPadamto azzey : ye, betul tu..salam kenal juga..sama2..
hahhah...bintang yang banyak mengeluarkan tahi....
BalasPadamsgt2 BAD....woohaaa
alaaa...tak sempat tengok pun....
BalasPadamala........terlepas...ayu bru je bace pasal i....uhuk...uhukk
BalasPadamSalaam. best jugak tengok hujan meteor tu baru2 ni, subhanALlah :)
BalasPadamto yutaka : tapi best ble dpt tgk. agaknya bintang byk sgt mkn tu pasl byk keluar tahi..hahaha..
BalasPadamto eita : jgn risau thun depan ada lagi..
to ayulunera : jgn sedih k, yg terbaru 4hb jan ni, ada lg meteor.thn depan hmpir 11 kali peristiwa hjn meteor.
to Neezhom : wasalam. brapa byk dpt tgk? ada ambil gambr, kongsi la..($_^)
hehe baru nak betulkan dah ada orang beyulkan
BalasPadamto zaira : betulkn pe?
BalasPadam