Dunia Perniagaan Masa Kini

Dunia perniagaan kini semakin berkembang pesat terutamanya business online (perniagaan atas talian), nama lainnya E-Commerce (E-Dagang). Tahun ni rasanya mungkin akan berkembang lagi. Ya lah, nak tampung kos sara hidup yang semakin meningkat ni semenjak GST diperkenalkan pada bulan April 2015. Malangnya GAJI tak meningkat pun.
gambar ambik dekat google
Lately ni, aku nampak banyak sangat produk kesihatan & kecantikan di pasaran. Macam-macam jenis. Rambang mata kalau tengok. Boleh dikatakan sekarang ni semua produk kecantikan wajib ada kollagen. Ada yang baru dilancarkan, ada yang penjenamaan semula (rebranding) Semua pakat nak jadi usahawan. Tak ada produk sendiri, jadi agen pun jadilah kan. Janji bisnes. Janji ada duit masyuk, iye tak?

Tak kisahlah apa pun jenis produk atau perniagaan yang anda jalankan, tapi pastikan yang halal, berkesan dan tidak memudaratkan pengguna. Maksudnya tak bagi kesan sampingan di kemudian hari. Contohnya ada bahan berbahaya seperti merkuri (raksa), hydroquinone, streoid dan banyak lagi. Pasal ni nanti aku cerita dalam artikel akan datang ye.

Bermacam cara yang digunakan untuk tarik perhatian pembeli. Kotak packaging yang cantik, model yang cantik, ayat promosi yang memukau, testimoni dari pengguna. Tak kisahlah apa cara sekalipun, yang penting produk tu betul-betul berkesan dan tidak menipu pengguna dengan iklan promosi jualan yang melampau. Kalau iklan melampau pun setidak-tidaknya produk tu terbukti berkesan.

Tu baru kisah produk kesihatan & kecantikan, belum lagi produk lain. Kadang-kadang jadi satu trend dan bermusim pulak. Kalau musim jual pisang goreng cheese, semua nak jual benda yang sama. Pergi mana-mana pun ada. Datang musim aiskrim ABC dalam pasu, semua nak jual benda yang sama jugak, tapi nasib baik inovatif jugak ada yang buat dalam bekas lain macam tempurung, macam-macam bekas lagi korang jual. Ha sekarang ni pulak musim coffee, macam-macam jenis aku tengok, nama pun boleh tahan. Tapi harga rata-rata RM5 sebekas.

Cubalah jadi kreatif sikit, ni tak kalau jiran sebelah jual nasi lemak, dia pun sibuk nak jual nasi lemak jugak, cuba lah jual satay ke, burger ke, kebab ke, nasi dagang ke. Pelanggan pun terliur je nak beli semua nak rasa semua. Ni tak confius je nak pilih gerai yang mana satu. Lepas tu bila tengok perniagaan dia tu maju sikit dari korang pandai betul pulak penyakit hasad dengki tu datang. Tok bomoh juga yang untung. Ya la satu kali servis beratus jugak habisnya. Tu dengki jenis kuno. Kalau yang moden pulak, reka macam-macam cerita fitnah lingkopkan perniagaan tu. Buruk perangai betoi la. Dengki sesama sendiri tak habis-habis. Patutlah tak maju-maju, kuno je memanjang.

Kalau nak jual benda yang sama jual la jauh sikit, kawasan lain ke, ni tak sebelah je, nampak sangat dengkinya tu. Yang ni perniagaan jenis offline. Kalau online perniagaan yang hampir sama tu namanya persaingan. Itu kira biasa, cara online tempat lain-lain cuma medium yang sama je-internet. Jumlah pelanggan & jual produk pun lebih banyak.

Pelanggan pun happy, tak payah keluar redah panas, segala jem, beratur parking semata-mata nak beli barang je. Bank in je duit, barang sampai depan rumah. Dunia jadi semakin mudah. Segalanya dihujung jari sahaja.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

9 respon pembaca:

  1. betul...skrg ni macam-macam yang ada kann...hahahaha...kena bijak memilih!

    BalasPadam
  2. @Sally Samsaiman : hahaha..tau tak apa

    BalasPadam
  3. Haha trending ! Di Maaysia ni , kalau satu tu berjaya "Mmg comfirmlah ramai copycat" Haha . Tak salah pon , setuju dgn admin sampaikan at least contoh kalay buat nasi lemak tu , jangan lah nasi lemak je , Kreatif sikit . Nasi lemak berapi takde sapa boleh pegang . haha . tp tu lain cerita pula . org dtg tengok je bukan membeli tp comfirm jd viral . Haha #ItuLahMalaysia

    BalasPadam
  4. @Syamsid Dhuha : haa, tu la masalahnya org kita ni..bab mngopy ni no 1..

    BalasPadam
  5. hmmmm part rebranding tu sedih :(
    qila terbaca hm local products mcm byk merkuri and harmful stuffs but who knows kan.

    And yes kak, sedih part copy cat tu alahai. Huhuhu.

    BalasPadam
  6. @aqilah azmi : so better kna check dulu la ingredients dia..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, tu la ada kapur barus bole mengikis kan.. betul kena berhati2 memilih.

    BalasPadam
  8. @babYpose : Wa'alaikumsalam..kapur barus??

    @Aya Zuki : biasa semua benda nak senang je tak nk susah

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!