Apa Erti Kemerdekaan Yang Sebenar?

Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Dah nak habis bulan Syawal. Tapi jemputan rumah terbuka & jamuan masih ada lagi. Selagi tak habis bulan Syawal macam tu la. Kadang boleh terlajak sampai ke bulan Zulkaedah. Tapi sekarang dah tambah mood baru, iaitu mood MERDEKA!
Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-56! Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku. Merata-rata tempat sekarang ni kita boleh lihat bendera Malaysia berkibar megah. Dekat rumah, bangunan, pejabat, kenderaan dan yang setempat dengannya. Tanda kemegahan jalur gemilang negara tercinta. Tanda kebebasan dari cengkaman penjajah. Merdeka dari penjajah (Portugis, Belanda, British, Jepun yang terakhir British).

Namun, erti sebuah kemerdekaan bukan setakat bebas dari cengkaman penjajah. Malah lebih dari itu. Ya, sekarang ini kita bebas boleh perintah negara sendiri. Kemerdekaan yang kita cekapi ini cuma pada zahirnya sahaja. Apa-apa pun kita wajib kekalnya dan realisasikan supaya kita bukan setakat merdeka pada zahir sahaja tapi pada batin jugak. Tanggungjawab siapa tu? Pemimpinlah siapa lagi! Oh, tidak-tidak! Kita semualah. Terutama sekali golongan muda Generasi Y.


Merdeka pada batin atau dalam erti kata sebenar. (Ehmm....Oh, banyak sangat yang masih terjajah lagi.) Ada banyak segi, aspek, perkara, sudut dll. Erti merdeka pada diri ialah bebas untuk memilih dan membuat keputusan. Itu adalah hak kita sebagai manusia. Kita bebas untuk membuat apa sahaja pilihan tanpa sebarang paksaan, tapi kalau buruk pilihan yang kita buat kita sendirilah yang tanggung akibatnya. Kalau pilihan tu baik, beruntunglah kita. Sebagai contoh memilih bidang pengajian, kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya. Bab ni selalu ada sekatan, tekanan dari pihak keluarga terutamanya. 

Kita juga bebas untuk pilih Syurga atau Neraka. Allah dah beri pilihan terpulang pada kita. Kalau syurga yang kita pilih, kenapa ambil jalan untuk ke Neraka? Di situ letaknya kebebasan membuat keputusan. Kita boleh putuskan sama ada nak jadi baik atau jahat. Contohnya kita bebas buat keputusan sama ada nak terima rasuah atau tidak atau sekadar nak tolong orang. Tiada siapa boleh desak atau paksa kita. Keputusan yang kita ambil akan berpatah balik pada diri kita akhirnya, walaupun mulanya nampak sweet.

Kalau sebut merdeka pada diri sendiri ni banyak sebenarnya tak terhad macam yang dah sebut dekat atas ni. Seperti jiwa bebas, hati bebas dari sifat dan perasaan negatif, fikiran bebas dari belenggu penjajahan minda, anggota badan bebas dari sebarang penyakit berbahaya, pergerakan juga bebas hendak bergerak ke mana sahaja. (bukan bererti pergaulan bebas!)  

Erti merdeka pada keluarga ialah bebas dari pertelingkahan & perselisihan faham sesama suami isteri, adik-beradik, ibu bapa dengan anak-anak. Keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah adalah suatu realiti bukan fantasi. Sesama ahli keluarga saling memahami dan meringankan beban sesama ahli keluarga. Kebanyakan masalah yang melanda berpunca dari kegagalan sesebuah institusi rumahtangga. Baik buruk seseorang itu ada kaitannya dengan keadaan keluarganya.

Erti merdeka pada masyarakat ialah bebas dari perpecahan, pergaduhan, perselisihan faham, pertikaian pendapat. Hidup aman harmoni menjalani prinsip rukun tetangga. Saling menghormati, tolong-menolong sesama jiran, komuniti dan orang di sekeliling. Perkataan 'jaga tepi kain orang' mesti bertukar jadi ambil berat dan prihatin sesama jiran tetangga.

Erti merdeka pada agama ialah bebas dari kesalahfahaman tentang agama yang dianuti terutama Islam, ajaran agama yang dianuti bebas dari ajaran sesat dan bebas dari fahaman yang merosakkan akidah seperti syiah. Merdeka pada agama bukan bererti bebas dari larangan dan syariat agama terutama Islam. Islam adalah agama yang memberi kebebasan dan erti kemerdekaan yang sebenar. Umatnya bebas melakukan apa sahaja, bebas untuk membuat pilihan dan keputusan SELAGI TIDAK melanggar batas-batas syariat dan larangan dalam Islam. Sebabnya perbuatan akan mendapat balasan di akhirat kelak tak kira kecil atau besar, baik atau jahat. Bukanlah bererti merdeka kalau tidak mampu mempertahankan agama rasmi negara iaitu Islam, malah membiarkan apalagi membenarkan pihak lain mencemarkan kesucian agama Islam.

Erti merdeka pada negara tentunya negara diperintah oleh rakyatnya sendiri. Mengubal undang-undang, membuat dasar jugak adalah rakyat sendiri bukan orang luar. Tapi erti merdeka pada negara belum lengkap, belum sempurna andai tidak melaksanakan undang-undang agama rasmi negara iaitu Islam ditambah pula dengan banyaknya aktiviti jenayah yang masih bermaharajalela. Hanya undang-undang yang mengikut syariat Islam sahaja mampu menyelesaikan semua permasalahan terutama masalah jenayah.

Namun semua yang telah dibincangkan di atas tidak bermakna apa-apa andai kita masih dibelenggu oleh penjajahan minda, apalagi anasir-anasir jahat. Jika minda tidak bebas, buatlah apa-apa sahaja tetap tidak menjadi. Penjara minda itu sendiri yang akan menolak anda untuk TIDAK melakukan sebuah transformasi ke arah yang jalan yang lebih baik dan lurus. Jadi bebaskan minda anda. Free your mind. Setelah itu barulah anda akan mengecapi kemerdekaan dari segi zahir & jugak batin. Salam kemerdekaan!
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

5 respon pembaca:

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!