Keyword mengenai temuduga pegawai imigresen melekat le pulak dekat blog ni. Maka untuk tidak menghampakan anda. Saya bawakan jawapan kepada pencarian anda itu dari Saudara Jamal.
Temuduga pegawai imigresen, Gred KP17 telah pun bermula pada 10 Februari 2011 dan akan tamat pada 25 Februari 2011. Untuk jawatan ini, terdapat 164,473 yang memohon. Wow! Ramai giler. Tapi yang berjaya dipanggil temuduga adalah seramai 7939 calon sahaja dan kekosongan jawatan yang ada 320 manakala senarai calon simpanan adalah seramai 500 orang.
Sekali imbas, memang kecut calon dibuatnya. Persaingan sangat sengit. Hanya calon yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Don’t worry, be happy. Jika mahu berjaya dalam temuduga ini, buatlah persiapan yang terbaik. Hanya dengan membuat persiapan terbaik ianya mampu membantu anda, selain dari permohonan doa kepada Tuhan. Temuduga ini tidaklah sukar kerana kelayakan minimum yang diperlukan ialah SPM berbanding dengan jawatan yang lebih tinggi dalam Jabatan ini, seperti Penolong Penguasa Imigrisen KP27, Penguasa Imigrisen KP41. Berikut adalah tipsnya :
1. Ketahui jawatan Pegawai Imigresen
Anda perlu tahu apakah grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya, tugas-tugasnya. Yang popular dalam temuduga kerajaan adalah tugas jawatan yang dipohon.
Gred : KP17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Imigresen
Jadual Gaji : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Deskripsi tugas pegawai imegresen :
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
2. Pastikan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera terlebih dahulu
Memang semasa ditemuduga ianya akan dinilai, tapi sebaiknya anda nilai fizikal dan pancaindera anda terlebih dahulu. Patuhi syarat-syarat permohonan yang pernah dinyatakan semasa anda memohon dahulu.
Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu dan BMI adalah baik. So, pastikan BMI tubuh badan anda ok/normal.
Cara check BMI(Body Mass Index)
Pengiraan mudah BMI adalah membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian kuasa dua (dalam meter square)
BMI = kg/m2
Petunjuk Indeks
Bawah 18.5 Kurang Berat
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Terlebih Berat
30.0 ke atas Obesiti
Contoh tinggi anda 1.70meter dan berat adalah 85kilogram.
Kuasa duakan tinggi menjadi 2.89. BMI adalah 85kilogram dibahagi dengan 2.89m2.
Maka akan dapat BMI 29.4. Maksudnya terlebih berat, hampir nak obesity tu.
TIPS:
BMI – terlebih tu, contohnya obesity tu, digalakkan jangan pergi, nanti dia suruh balik (ni bukan saranan, (pandangan sahaja). Yang kurang berat tu, makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.
-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)
-mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
-lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’.
-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
Setelah anda nilai sendiri, anda mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan penglihatan, seperti kurang tinggi atau rabun saya nasihat anda tak payah pergi. Bukan apa, anda pun dah boleh agak bukan? Jadi jangan buat masa penemuduga & masa anda! Patutnya awal-awal lagi semasa memohon anda, anda dah nilai diri anda. Maka anda juga tak perlu bersedih jika gagal sebelum layak ditemuduga.
3. Persiapan Semasa hari temuduga
Standby dengan pakaian sukan. Maknanya datang terus dengan pakaian sukan. Dan jangan lupa bawa pakaian khusus untuk ditemuduga (baju kurung (wanita), kemeja,tie (lelaki). Selepas ujian fizikal/pancaindera anda lulus, anda akan menjalani sesi temuduga. Jika melepasi ujian fizikal dan berjaya ke temuduga seterusnya. Barulah tukar kepada pakaian yang formal seperti yang ditetapkan SPA seperti di bawah:
Nanti calon akan diperiksa ketinggian, berat badan, ujian penglihatan, BMI. Jika lulus, baru akan hadapi temuduga pula. Jika gagal, calon disuruh balik lah:-)
Please introduce yourself in English
Isu semasa berkenaan imegresen (kena terangkan)
Isu melibatkan Negara (kena terangkan)
Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen
4 fungsi utama jabatan imigresen
objektif jabatan imigresen malaysia
apa tugas pegawai imigresen
3 buah pintu masuk ke Melaka
pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut
Jabatan imigresen bawah kementerian mana- Kementerian Dalam Negeri
Siapa menterinya - Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein
proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)
apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini
Anda dinasihatkan membuat preparation dengan membaca laman web Jabatan imigresen Malaysia seperti di sini http://www.imi.gov.my/
p/s : Kalau kena kawat, kawat je macam biasa. Macam kawat hari sukan tu. Pastikan anda jalan tegak lurus ke hadapan. Tangan hanyun 900C.
Semoga berjaya!
info menarik. :)
BalasPadamSalam ziarah... ;p
moga bermanfaat..terima ksih ats kunjungn
BalasPadamsory nak tanya klau yg dtng ujian pacaindera tu baru lepas bersalin kurang dari satu tahun kena terima tak???... sorry..
Padamad sy bace dri email.. kalau bersalin normal, atleast 6bulan..kalau cser setahun slepas brsalin😊
PadamThank you jawabkan..
Padammenariklah ..
BalasPadam=)
thanks
(^_^) sama2
BalasPadaminfo menarik. tengs :)
BalasPadammaafkan saya..saya layak dapat muduga tu...masalhnya saya ni obesity yang tahap 3 tu...tinggi mencukupi...xpakia sepatu...160cm...mcm mana ek
BalasPadampergi@tidak?
masalahnya skarang..ayah saya yang suruh pergi...tp bla tgok ulasan anda...saya menjadi lebih tidak yakin utk pergi tmuduga
to siti: pergi sje temuduga itu..kn dlm artikel ni de sebut berat boleh kawtim, tinggi xblh..tinggi agak mustahil utk ditambah. tp berat TIDAK mustahil utk dikurangkan..
BalasPadamlagipun, klu mse interview ni berat normal tak mustahil mse keje akn jad obesiti.
utk kurangkan berat bdn, kurangkan makanan yg berlemak & berkolesterol tinggi, (cth ayam jgn mkn kulit, mse basuh aym buang lemaknya) mkn nasi yg kurang kaji, mcm beras jati /faiza.
selalu bersenam atau pergi ke gym, jgn mkn mknan berat slps pukul 8/9.kurangkn minuman manis, banyakkn minum air masak/putih.
assalamualaikum..sy dtwrkn t/d pd 18/4 ni..sblm ni sy prnh t/d peg bomba..syarat2 yg dttpkn sume lulus..tp skrg ni sy pregnant 3 mggu.ape nsihat utk sy?
BalasPadamberat bdn saye ok, tapi tingi 2 1.52jerrr... temu duga hjung bln 4 ne. x yakin la....
BalasPadaminterview ujung bln 4 ne... brat bdn 2 rasany ok. tpi tngi 1.52-1.53m jerrr... x yakin la Nur Fannun
BalasPadamthnx coz bg tips2 yg bmanfaat... mmg sgt bergune bg calon yg xmgerti ape2 ni..:)
BalasPadamberat badan sy kurang dr 46kg . huhu. so, sy x pegi interview tu. confirm kena reject . hoho
BalasPadamSaye nie jenis Overweight... cuma takut2 kena halau balik... ada saranan tak...
BalasPadam@ mirza aman : wa'alaikumsalam..em, pasal pregnat xde lak disebut..klu rasa sempat lepas berpantang keluar result pi je la lgpun utk bomba pun lulus, bomba punya syarat lagi ketat..kn sesuatu prmohonan tu ambik mase setahun sblm diterima bekerja..klu tak dpat terus maybe dpt calon simpanan.
BalasPadam@ may-may : tinggi mrka nk 1.53 bg wnita. ok la tu cukup-cukup je..so pi je la..
@ ruriey wanatakie : eh, pi je la..kan at least nak 46 kira ok la tu. kurang banyak ke sikit? ala, makan le banyak sikit supaya leh tambah berat dalam masa terdekat ni. makan banyak makanan karbohidrat.
BalasPadam@ john : so apa tunggu lagi berusaha la utk kuruskan badan..kurangkan makanan berlemak & berkolesterol tinggi, karbohidrat kurangkn sikit..mkan nasi kurang kanji. rajin buat senaman. nak lebih effective bersenam waktu malam.
terima kasih atas saranaan itu.. saya ada 2 soalan.. jika pumping ikut masa ditetapkan atau kena pumping ikut masa sendiri dan jauh 2.4 km brapa jauh?
BalasPadamsalam..info berguna,,,
BalasPadamesk sy ade interview!!!!!!..wish me luck
hmmm dapat itvw 26/6/2013 ni... mmg overweight... mata plak x brapa nak ok vision... kalau drive kena pakai spek...kalau biasa2 ni x perlu spek...dekat ok, jauh problem... hmmm... mesti frust nnti kalau fizikal x lepas
BalasPadamthank 4 the info..sgt brguna :D
BalasPadamsalam...sy dpt temuduga ni....tp mslhnya saya rabun jauh....mmg cnfem2 la x lulus kan...so suggest sy pgi x tmuduga ni?
BalasPadam@ syiera : wlsm, moga bermanfaat
BalasPadam@ wahidah hussin : ;-) my pleasure.
@ AD : wasalam, tak..
terima kasih
BalasPadamBolehkah anggota tentera (berhenti tidak berpencen) memohon untuk pengisian jawatan kosong di jabatan imigresen? Kalau boleh, boleh tak kongsi mcm mana cara nye? Mohon penjelasan. trima kasih :)
BalasPadamboleh, lagipun dah pernah masuk army kan, syarat dia tak jauh beza pun. register & isi la form dekat website SPA. sekarang ni semua pakai online je.
BalasPadamsy dpt interview 16/11 ni. masalah sy sekarang sy dalam proses pemulihan.. bulan 8 haritu sy sport injury. so sekarang makin pulih cuma ada masalah nak tegak je. agak2 pegawai tu boleh consider tak ek? sy memang aktif bersukan.. risau sangat :(
BalasPadamAssalamualaikum.. bagaimana jika rabun?? Mesti di reject.. sy dapat tapi xthu samada mahu pergi atau tidak..
BalasPadam@AzieLambretta : tahniah dapt interview. Azie pi ke tak ni?
BalasPadam@Niey Shah : Wa'alaikumsalam. kalau rabun sorry to say la.
Kak..selalu brapa lama dia nk panggil..sebab sy di laut
BalasPadambiasanya government ni 6 bulan dr trikh tutup/tmuduga bru dpt result. Mesti yg di darat akn maklumkn jika dpt pnggil. don't worry k.
Padamsalam..saya dpt temuduga imigresen..tp spa8 tlis masa dan tempat akan d tentukan..kalau BMI 29 agak2 boleh lepas ka ujian fizikal?
BalasPadamwslm..owh, sbb mslh cuaca sekarang ni kot tak boleh nak decide tempat. Kalau masalah berat boleh dipertimbangkan, kalau tinggi sorry to say la. sementara ada masa ni, boleh la usaha kurangkan berat badan. Semoga berjaya.
Padamtinggi saya xda mslh 159 jg..skrg tengah daiet..bmi turun sikit je baru 28..lpas tu tarikh temuduga tinggal 6 hari je lagi..xtau dapat ka ne capai target BMI 26 :( RIsaunyeeee la
Padammacam mana dgn interview ari tu? sempat tak kurangkan BMI?
PadamSaya tengok ade je pegawai imigresen pakai spec. means rabun. umor dlm lingkungan 28-35. boleh beri penjelasan?
BalasPadamkalau dah jadi pegawai imigresen rabun pun tak apa. Yang penting masa sesi pemilihan tu tak rabun, penglihatan jelas terang-benderang. Sama la juga dengan jawatan beruniform yang lain. Macam polis, bomba, kastam dll.
PadamKalau tinggi Cuma 149.5 mmg x lps la kan?
BalasPadamSaya dapat juga iv imigresen. Tapi saya tinggi 150.Patut ke saya pergi? 😢😢😢😢 saya nakkkk.. ðŸ˜
BalasPadamSaya dapat juga iv ni. Tapi tinggi saya 150.ðŸ˜ðŸ˜ macam mana? Patutkah saya pergi. Saya nak. ðŸ˜
BalasPadamSusah plak yg rabun nk keje spa
BalasPadamboleh apply jawatan lain bro
PadamSaya berminat, tapi macam mna nak mohonðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢
BalasPadamisilah borang SPA.
PadamSalam nk tanya,,kalau kita dpt iv untuk gred29 tapi kita ade spm, matrik ngan degree,,perlu bawak sijil2 degree tu?
BalasPadamwasalam, bawa je..bonus untuk u
Padam