Keselamatan Ketika Online Banking

Mengenangkan sekarang ni bulan puasa, memang kita akan cepat letih, mengantuk dan sebagainya. Bertambah letih apabila banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam masa 1 hari. Perlu kejar ke sana kejar ke sini. Jalan pulak kadang lancar kadang jem, jem ada roti tak ada terutama waktu puncak. Kadang tu kena pergi berkali-kali. Iye la, bil bukannya datang serentak.

Tambah meresahkan hati, ramai orang, kena queue pulak. Jalan penyelesaiannya ialah semua hanya di hujung jari sahaja iaitu buat pembayaran melalui online banking. Kita boleh akses di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Di sini penulis nak kongsikan beberapa tips keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan online banking. Bukan setakat bayar bil je, pemindahan wang, online shopping semua boleh dibuat secara atas talian (online). E-commerce ler katakan.
Tanpa berlegah, dibawah ini beberapa tips keselamatan penting yang kita sering terlupa dan terlepas pandang yang akhirnya menyebabkan kita kerugian beratus-ratus ringgit atau lebih. 

1. Hanya akses akaun online banking di komputer kepunyaan anda sendiri. Maknanya jangan akses di cyber cafe, komputer kawan, komputer pejabat. Sebab tau-tau je la cyber cafe kadang-kadang ada virus, ada malware, spyware. tak pasal-pasal user ID dan password anda kena curi. Kalau komputer sendiri kita tau le kan security nye macam mana.

2. Jangan buka apa-apa aplikasi lain (software) ketika sedang akses akaun online banking anda. Peringatan bagi anda yang suka chatting. Logout yahoo messenger, skype dan sebagainya. Kenapa?? Bila penulis gunakan yahoo anti-spy, spyware yang dikesan datang dari aplikasi yahoo messenger. Jadi anda hanya buka tab browser website online banking sahaja. Yang lain semua tekan pangkah (close) okay. 

3. Clearkan cookies, cache internet browser anda sebelum dan selepas menggunakan perkhidmatan online banking. Nak mudah guna CCleaner. Kadang kita ni bukan pakai satu browser je tapi banyak. 

4. Jangan dedahkan user ID dan password anda pada orang lain walaupun sahabat, mahupun family kecuali jika mereka buta IT dan sangat jujur serta amanah. Kalau anda mudah lupa simpan di tempat selamat. Kalau simpan dalam notepad @ microsoft word kuncikan fail itu.

5. Pastikan anda taip sendiri url (address) website internet banking bukan klik dari mana-mana link. Misalnya dari emel kononnya dari perbankan internet anda. Sebab link itu adalah link palsu, bukan website sebenar. Jika anda login dari link itu, user ID dan password akan telah dicuri. Bank anda tidak akan hantar emel mengenai masalah akaun anda atau apa-apa saje, kecuali ada orang transfer duit ke akaun anda.

6. Segera hubungi pihak bank jika anda telah terlogin pada link palsu itu agar akaun anda disuspendkan buat seketika atau reset password. Tukarkan user ID dan password anda yang lama kepada baru. Kalau tak buat, nanti tak pasal-pasal duit dalam akaun hilang.
 
7. Jangan tinggalkan komputer ketika anda sedang login website internet banking. Kebiasaanya jika anda tidak lakukan apa-apa selama 1 minit, anda akan di log outkan secara automatik. Barangkali ada yang mengintai ketika anda sedang login website tersebut, dan menunggu pulang menceroboh akaun anda semasa ketiadaan anda. 

p/s : Jika terpaksa tinggalkan komputer untuk apa-apa urusan ke tandas ke, bos panggil ke. Make sure log out akaun anda. Lebih-lebih lagi website internet banking. Jika emel, ym, facebook, blog, sila log out sebelum tinggalkan komputer anda. Save semua kerja anda dan buat back up atau copy dalam pendrive peribadi anda. Bukan semua orang dalam dunia ni jujur dan boleh dipercayai. Bukan semua orang yang baik tu nampak baik. Penjenayah zaman millenium bukan berwajah buruk, penampilan selekeh, tapi mereka segak dan bergaya.

p/s : rasa macam dah buat tips ni dulu..erm, tak pe le..ni versi upgrade punyer. 

updated 20/9/2011


8. remove dan delete tracking cookies dengan antivirus seperti Norton Internet Security. Sebelum buka website online banking, pastikan tracking cookies telah dihapuskan. Tracking cookies ni selalu ada ketika dan selepas guna yahoo messenger (YM) dan aplikasi chat pada emel. Jika tidak buka website online banking pun apa salahnya hapus tracking cookies ni. Menganggu privasi kita jer. Tu sebab tips no 3 tu MESTI dipraktikkan selalu.

p/s : Jangan dedahkan no pin kad ATM anda beserta nombor siri kad ATM. Kalau diorang dapat nombor kad ATM tu boleh diduplicate & duit korang boleh lesap macam tu je.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

6 respon pembaca:

  1. betul tu, kena jaga keselamatan tak kira kira di mana

    BalasPadam
  2. terima kasih untuk info ini, kadang kita leka main hentam je guna komputer awam...sekarang dah lebih behati-hati.penjenayah dimana-mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2, smoga bermanfaat & dipraktikkan selalu untuk kesihatan & keselamatan kewangan anda.

      Padam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!