KEAJAIBAN PETA DUNIA

Anda perasan tak apa-apa yang pelik, ganjil atau luar biasa dalam photo di bawah ini?
Masih tak nampak-nampak lagi! Langsung tak nampak?Cuba tengok gambar di bawah ini pula?
Bagaimana?


Sudah nampak apa yang mahu saya sampaikan? Syabas! Alhamdulillah, Anda seorang yang celik mata.

Ajaibkan, ada imej manusia sedang solat menghadap ke arah kiblat dalam tahyat sedang bertashahud mengucapkan La Ilaha IlaAllah kelihatan pada peta dunia Timur Tengah. SubhanaAllah!!!

“Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya” Surah Al-Kahfi : Ayat 54

Palestin kepala yang berlebai. Tapi dalam peta tulis Israel. Tak nak sebut Israel sebab negara tu negara haram. Siapa suruh tak nak masuk ke tanah baru yang dijanjikan itu. Nabi Musa suruh berlawan dengan orang di situ, takut dan tak sanggup sebab mereka kuat dan gagah perkasa. Nampak sangat sebenarnya Israel lemah dan penakut. Tapi siapa bangsa yang ditakuti Bani Israel ni? Ke mana bangsa yang kuat dan gagah perkasa ini menghilang? Kini hampir keseluruhan Palestin dirampas! Setelah bertahun lama, baru sibuk nak masuk ke tanah yang dijanjikan itu! Agaknya berani nak masuk sebab bangsa yang kuat dan gagah perkasa sudah tiada di situ atau telah hilang kegagahan dan keperkasaan mereka.

Masjidil Aqsa hendak dirobohkan. Tu pun ramai yang salah faham anggap kubah emas tu Al-Aqsa (sebab media selalu tayang kubah emas bila timbul kisah Palestin). Kubah emas tu Dome of the Rock, tempat batu tergantung. Al-Aqsa yang kubah hitam. Di sinilah mereka menjumpai harta karun (kitab-kitab sihir kuno yang Nabi Sulaiman rampas dan tanam). Kerja penggalian bawah tanah berterusan sehingga Al-Aqsa runtuh. Kawasan Dome of the Rock sikit pun mereka tak usik, sebab tu elok je kita tengok. Kemudian di tapak itu mereka akan membina Solomon Temple untuk Raja Kejahatan bersemayam (Al-Masih Dajal). Namun mengganggap Dome of the Rock bukan sebahagian Al-Aqsa juga salah. Kedua-duanya adalah kawasan masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Makkah.

Melalut sudah! Alahai, dah masuk topik lain le pulak!! Sambung balik. Lebanon ekor lebai. Jordan bahagian muka sampai ke dada. Iraq dari pusat sampai hujung kaki duduk dalam keadaan tahyat.  Negara Syria bahagian belakang badan (tulang belakang). Jari bertashahud Kuwait. 6 negara kesemuanya. Muka dan badan menghadap ke arah kiblat dan bertashahud ketika tahyat.

Hmm, sebut tentang Jordan, dalam peta nampak macam ada tasik dekat situ le. Agaknya tu la dia laut mati, kesan dari azab (bumi diterbalikkan) kaum Nabi Luth yang bersifat keji, berhajat pada kaum sejenis (gay). Namun adalah tidak molek, sekiranya kita berkunjung ke tempat ini, takut terkena sisa azab kaum Lut. Tak tahu la tak pernah pergi tapi kata orang yang pernah pergi. Kawasannya berpagar kalau pergi jangan pandang (sambil teringat kisah kaum Lut) bila sampai ke tempat itu, jalan je macam biasa. Laut Mati, masin sangat siap boleh terapung lagi sebab kandungan garam sangat tinggi. Ada orang pergi untuk mengubat penyakit kulit. Tak berkesan pun, kalau berkesan mesti ada liputan media dibuat. Dah nama pun tempat bekas azab, tak ada khasiatnya. WaAllahua’alam.

Bila sebut Syria, teringat sesuatu, ustaz ada sebut dalam ceramahnya, Baginda SAW pernah berkata Maju mundurnya bangsa Arab, terletak pada negeri Syam (Syria). Maka benarlah kata Baginda SAW. Sebab ada imej tersebut Syria terletak pada bahagian belakang badan dan di situ terdapat tulang belakang. Kan ada simpulan bahasa tulang belakang bermaksud tonggak utama atau orang harapan. Kalau negara Syria membangun, bangsa Arab kuat le. Nak tengok macam mana keadaan bangsa Arab, tengok le pada negara Syam. Syam maju Arab kuat, Syam mundur Arab lemah. Syam negara perdagangan, kan Nabi SAW selalu pergi berniaga barangan Siti Khadijah ke negeri Syam.

Berkenaan rakyat Syria, ustaz ada bagitahu orang Syria ni baik-baik orangnya. Sampaikan bila tetamu datang, mereka ambik stoking dan basuh. Lepas basuh keringkan dan letak balik pada kasut. Tetamu balik terus je pakai, tak tahu pun stoking dibasuh. Kalau singgah ke Syria, jangan pakai stoking koyak, buat malu je. Kalau Nabi SAW tak berhijrah ke Madinah, nabi akan berhijrah ke Syam, pasal orang Syam baik. Kiranya orang Arab paling baik, Arab Syria la. Perangai elok, budi bahasa pun baik.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” Surah Fussilat: Ayat 53

***Gambar dari Saudara Muhammad Ahmad penulis blog surahAl-Kahfi***
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

27 respon pembaca:

  1. yup, jika msih tak nmpk cuba lihat gmbr yg ketiga

    BalasPadam
  2. Baru perasan
    thanks share

    BalasPadam
  3. sapa yg research nie..
    hebat la..
    tabik3..

    BalasPadam
  4. to aizuddin, nur, shah87, saff's Words, tuan-belog, miss osixnine :

    SubhanaAllah! sama2 pkongsian yg wajib. mse mula Fannun tgk pun tak brapa nk perasan, gmbr yg ke-3 baru fhm.yg wt research ni ada tulis kt bhgn bwh entry ni..Fannun cuma ulas lbh lanjut je.

    BalasPadam
  5. to dak eina : ye, sama le.

    to miecyber : menakjubkan. SubhanaAllah

    to caliph : sama2, sudh kewajipan

    BalasPadam
  6. yup, gmbr no 2 jwpn kpd persoalan anda.

    BalasPadam
  7. ye la
    baru nampak

    BalasPadam
  8. to hana : (^_^)

    to nana : seronokkn ble dh nmpk

    BalasPadam
  9. Bismillah: Al-Hamdulillah. Syukur.

    BalasPadam
  10. to Qaseh : Ya, Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia2.

    to Muhammad : Barakallah.

    BalasPadam
  11. Subhanallah...
    Allah Maha Besar..
    Saudari.. Saya mohon share dalam blog ye.. Saya akan link ke blog anda..
    Syukran... =)

    BalasPadam
  12. to solihin : Alhamdulillah, sila kan..

    BalasPadam
  13. Entry yang sangat bagus.
    Maaf bila berkunjung ke blog saya, lagu b/ground menganggu halwa telinga kamu. tapi kebanyakan follower saya sangat suka.

    BalasPadam
  14. to dr love : thnks..klu letak, biar music itu boleh dihentikan atau diperlahankn suaranya..

    BalasPadam
  15. Bismillah: Mohon Share ye. Boleh tak?

    BalasPadam
  16. to Ustaz Muhammad : silakan, terima kasih sbb kongsikan..anyway. tahniah tlh kembali berblog!

    BalasPadam
  17. Subhanallah ciptaan Allah Maha Besar

    BalasPadam
  18. ya, betul tu..Allah juga Maha Bijaksana

    BalasPadam
  19. research tu menunjukkan bahwa dunia ini mempunyai pemiliknya cth ya sprt manusia yang membeli sebidang tanah yang mana didalam geran tu tercatit nama pemilik tanah tersebut bagi membuktikan bahwa orang tu la tuan bagi kwasan tanah tu,lg cth ya bila seseorang mninggalkan dunia akn balik ke alam kubur dan dinisan trsbut trcatit nma spaya mmudahkan org yang msh hidup mengetahui sapa pemilik kubur itu..bgitu jga la kisah ya peta td kita anggap la@cntohkn ya sbagai geran yang ada trcatit sapa pemilik bagi dunia kita ini..allahhua alam,lahaulaquwataillabillah...sesungguhnya apa yg buruk dtg ya dari dri kita sndri dan apa yang baik itu pula dtg ya drpd ALLAH s.w.t..trima ksih bg yang mmbuat reseach ini..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!