Rabu, 1 Julai 2009

sains kognitif..apa itu kognitif?


Ramai yang tertanya-tanya dan tidak tahu program pengajian ni. Pada mulanya aku sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa aku dapat tawaran course ini. Aku pun apa lagi, mulakan la ekspedisi mencari maklumat tentang sains kognitif ini, search punya search jumpa la dekat wikipedia..
Sains kognitif merupakan satu kajian saintifik yang bermatlamat untuk memahami sifat semula jadi fikiran manusia. Ia merangkumi pelbagai bidang termasuk kecerdasan buatan,  linguistik,  antropologi,  psikologi,  neurosains, falsafah, and pendidikan.
Dan aku terus mencari dan mencari seberapa banyak maklumat pasal kognitif ni. Banyak jugak yang aku jumpa. Sepencarian aku terdapat fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia di UNIMAS, UPSI dan UUM..tetapi hanya fakulti di UNIMAS sahaja yang menawarkan kursus sains kognitif. Yang lain cuma berkaitan dengan ilmu psikologi, pendidikan dan kaunseling, pembangunan manusia. Sains Kognitif ini juga lebih kurang sama macam psikologi tetapi ia lebih bersifat moden seiring dengan perkembangan dunia IT masa kini.

Ada juga aku ajukan persoalan kognitif ni pada beberapa orang lecture aku. Jawapannyer pernah dengar,  tapi tak tau apa itu kognitif. Dan beberapa orang rakan aku juga tak tau. "menatang pe kognitif 2" puas jugak aku menerangkan kepada rakan-rakan aku, setiap kali aku bagi tahu pasal tawaran yang aku dapat ni. Senang cite macam psikologi tapi ia mengenai kajian pasal pemikiran manusia, linguistik, antropologi, artificial intelligence.

Aku ada jumpa forum bincang pasal kognitif ni. Yang jawab student course ni jugak. Katanya setiap tahun UNIMAS hanya ambil 22 orang pelajar je dan market low dekat malaysia ni. Sains Kognitif ni merupakan bidang baru. Katanya lagi nanti boleh buka klinik psikologi. Dalam forum 2 jugak ada sebut pasal persekitaran pembelajaran di unimas yang tenang, tidak seperti KL yang sibuk dan sesak. Pelajar dapat belajar dan buat research dengan selesa. Tapi form ni totally in english, yang bincang semua speaking london ar. Kemudian aku jumpa lagi, permohonan KPLI. Bagi siapa-siapa yang ambil program sains kognitif nanti boleh ajar bidang pendidikan khas. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia di UPSI merupakan fakulti utama dan teraju kepada fakulti lain di UPSI.

Dan aku search lagi, jumpa pulak jadual waktu belajar sains kognitif. Dan aku tengok subjeknya ada yang aku pernah belajar masa diploma dulu. Seperti pengaturcaraan, graphic komputer. Pada mulanya aku sangka course ni lari jauh dari bidang aku yang aku ambil masa diploma dulu rupanya bersambung tapi pada cabang yang lain. Dan pihak UPU tidak buat silap tempatkan aku di situ dengan course ini. Dan aku juga minat dengan bidang psikologi ni. Aku juga sedar aku punya bakat dalam psikologi [bukan perasan tapi kenyataan]. Aku punya kebolehan memahami situasi org lain, mudah memahami orang lain dan aku berjaya berfikir jika aku berada dalam situasi mereka. Tambahan pula, aku memang suka baca buku motivasi dan artikel terutama hasil tulisan Dr tuah..

Aku bertekad jika aku tak dapat belajar course ni aku akan ambik course yang berkaitan juga dengan psikologi. Atau apa-apa sahaja bidang yang hampir dengan sains kognitif. Aku juga lihat course yang ditawarkan di IPTA lain yang ada kena mengena dengan course ini. Course ini cuma ada di UNIMAS. Dan aku juga berazam jika aku tak dapat pergi tahun ni. Tahun depan aku akan minta dekat unimas juga walaupun sebenarnya masa mohon dulu aku tak minta langsung unimas ni.. heehhehee. :-) P *wink..

9 ulasan:

touyakaruma berkata...

Aku pun minat gak sikit-sikit pasal psikologi nih .

cik_gadis berkata...

salam..nk tnye ape prospek kerjaya dlm bidang nih ye..sy dpt tawaran course ni,tp jujurnya x jelas lg psl course niy..

Nur Fannun berkata...

wasalam..Tahniah anda berjaya dalam UPU. course ni byk pecahan minor field antaranya boleh kerja di bhgn human resources, buka klinik psikologi, jd kaunselor/motivator, terlibat dalam bidang Artifical Intelligence, pembangunan mnusia & modal insan, kerja sosial dan byk lagi. Minat tak bidang macam ni? bila bljr nanti mesti seronok tak terkata, tp course ni tough cikit le.

anissyazwani berkata...

salam kak fannun, akak saya dpt course ni dlm upu.but seriously saya tak pernah tau ada course ni.and tak berapa clear sangat hehe XD at first sy rasa frust sangat dpt unimas,jauh dari expectation sy yg sebenar :( but suddenly saya baca blog akak,rasa dah okay nak go on with this :) thanks. akak ada fb tak?

Nur Fannun berkata...

@ anissyazwani : wasalam.akak pun dulu sme cm syazwani, xpnh tau pun course ni wujud..tahniah berjaya dlm UPU. jgn frust sgt, kira bsyukur le dpt gak..klu tak dpt lagi bertmbh2 frust nye. sama2..ada..cari je kat fb tu nama akak..

an nyek berkata...

first time dengar...lebih kurang cam psikologi rupanya,...kos baru la ek...bila lagi ade...tak pnah dengar pon...kalau kerja nnt, bole kerja kat hosp ke??

Nur Fannun berkata...

@ an nyek : mmg ramai yg xtau course ni, dah lama ada course ni, course ni 1 je di asia tenggara. mungkin boleh, tengok bahagian mana yg sesuai ler.

jessy berkata...

saya baru ditawarkan dalam bidang sains kognitif di unimas tahun ini. saya ingin tahu lebih dalam ttg bidang ini..

qaseh berkata...

i'm the one of faculty of cognitive science and human development student's...

Kaunter Pertanyaan

PENGUNJUNG TERKINI

Live Traffic