9 Tips Kenal Pasti Produk Yang Bagus

Lambakkan produk berasaskan kesihatan dan kecantikan sangat banyak di pasaran. Anda yang tercari-cari dan mahu membeli dah tentu-tentu rambang mata. Manakan tidak, ayat-ayat jualan yang memukau, model yang cantik & segak, packaging yang cantik, testimoni yang membeliakkan mata, rekemen dari kawan-kawan yang sememangnya agen produk tersebut berjaya memancing kuasa membeli anda, sehingga sanggup habiskan beratus-ratus ringgit yang kononnya dapat memenuhi impian anda.

Duduk dalam dunia grafik design ni banyak mendedahkan aku tentang TAKTIK & teknik labeling, rebanding dan packaging sesuatu produk. Jika dilihat ayat tentang kelebihan dan kebaikan sesuatu produk tu mostly copy paste & hampir sama dengan produk yang lain. Mungkin mereka guna copywriter yang sama kot. Kalau nak jadi pengguna yang bijak, kenalah bijak memilih produk yang terbaik dengan harga yang berpatutan berdasarkan kualiti produk tersebut.

Baiklah, berikut adalah beberapa tips dan panduan untuk anda pilih produk yang bagus dan terbaik. (Baca baik-baik & hadamkan)

1. Kenalpasti jenis produk, jenama apa dan siapa pengeluar produk tersebut. (keaslian produk)
Ambil bagaimana tahu rupa bentuk sesuatu produk tu terutama dari segi susunan gambar & tulisan yang anda lihat dalam iklan tv, flyers, surat khabar, facebook, instagram dll. At least boleh detect produk tiruan atau ori. Setengah produk tu aku tengok ada tulisan siam, padahal masa beli dulu-dulu english & malay je. Walaupun beli dekat pasaraya terkemuka. Kalau design baru biasanya ada iklan dekat tv atau pengumuman dari pengeluar produk sendiri.

2. Lihat kandungan produk tersebut.
Ni part penting untuk nilaikan produk tu bagus, selamat atau tak. Anda kena rajin baca ingredient apa-apa produk sebelum beli. Jangan setakat tengok faedah & kelebihan je. (Penat kot designer taip seketul-seketul benda alah ni) Dari situ, anda boleh tengok chemical jenis apa yang mereka guna. Lebih chemical atau nutrien, chemical jenis toksik atau pun tak, ada metal ke tak, ada alkohol ke tak, lebih air atau banyak buih, ada bahan haram ke tak. Peratus sikit atau banyak disusun mengikut turutan, yang paling banyak kandungannya adalah paling awal disenaraikan.

Kalau yang jenis makanan & minuman ni ada senarai kalori & khasiat dalam sukatan 100 ml@gram dan secara keseluruhan. Dari kandungan tu boleh tengok banyak gula ke tak. Sucrose la, glucose la, sedatif, preservative, MSG (monosodium glutamate) yang boleh jejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Kalau yang jenis perisa & pewarna ni bukan asli maknanya kimia buatan (ester).

3. Pastikan ada sticker hologram pada produk tersebut.
Kalau produk jenis ubatan, makanan tambahan dll biasanya sticker hologram tu tulis KKM. Tanda bukti ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kiranya selamat digunakan tanpa was-was & ada pemantauan. Kalau kemudian hari ada isu bahan berbahaya merkuri ke, produk ni akan ditarik balik & tak boleh jual.


Kalau yang macam ni, setahu aku untuk pastikan ketulenan & originality sesuatu produk tu memang dari syarikat pengeluar sendiri. Kalau tak ada maknanya ciplak atau tiruan. Faham-faham je la apa kesannya pakai produk tiruan. Entah apa-apa bahan yang disumbat dalam tu. Bila bagi kesan buruk pada pengguna tak pasal-pasal nama syarikat tu busuk. Nak buat macam mana spesis macam ni tak pupus lagi. 

4. Lihat tarikh luput dan tarikh dikilangkan.
Untuk produk penjagaan diri standard tarikh luput 3 tahun dari tarikh dikilangkan. Kalau lebih sila buang. Kalau macam mascara selamat dipakai dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka. Tarikh luput contohnya EXP:02/17 ~ maknanya bulan februari 2017 dah expired. Tarikh dikilangkan contohnya MFG:02/15 ~ bulan februari 2015 dikilangkan. Kadang-kadang ada spesifik tarikh & masa lagi.

5. No pendaftaran produk 
Biasanya nombor pendaftaran ni untuk inform yang produk tu dah didaftarkan dengan pihak kementerian dan sebagai nombor rujukan bagi semakan status produk tu. No pendaftaran ni sekadar daftar sahaja belum tentu dapat kelulusan @ selamat. 

6. Tengok logo yang terdapat pada produk tu
Setakat logo aku tak berapa jamin kesahihan & kebenaran penggunaan logo tu. Sesiapa sahaja boleh letak ikut suka dia. Download je dari internet. Sekarang siapa yang pakai logo halal jakim tanpa ada code dibawahnya dikira tak pengesahan jakim la, hanya sekadar letak. Masa beli tu sila check betul-betul jangan main ambik je. Biasanya kalau produk dikilangkan ada logo GMP. Siapa ada logo HACCP ni kira terbaik la berkualiti tinggi, ada jaminan keselamatan. Kalau produk elektronik yang iktiraf SIRIM. HACCP ni untuk makanan je. Kalau produk muslim biasanya ada logo PPIM dan logo yang berkaitan. Logo ni tak ada apa sangat cuma nak bagi tahu tu produk keluaran muslim, sama la macam logo buatan malaysia nak bagitahu produk 100% keluaran malaysia. Kebanyakkan produk sekarang ni diimport dari China. Ya la barang cina kan murah, siap boleh borong lagi.

7. Logik harga bagi sesetengah barangan
Setengah orang beranggap barang mahal, berjenama tu bagus & berkualiti. Eh, belum tentu. Kadang-kadang harga sengaja di 'mark-up' tinggi-tinggi lepas tu ditambah dengan cerita dongeng fantasia hasil gabungan sains & teknologi bomoh siam mereka untuk yakinkan pengguna terhadap keberkesanan produk tersebut. Kononnya alah membeli, menang memakai gitu. Padahal harga asal produk sama dengan produk keluaran lain. Jauh lagi murah. 

Biasanya ni kes produk MLM (melayu lanyak melayu). Kalau tak buat gitu, mana nak bayar komisen ahli berbilang tingkat tu. Ada yang memang bagus & ada yang produk sampah. Kena pandai tengok & teliti bukan pakai main beli je, mentang-mentang duit banyak. Setiap kategori barang ni ada standard harga tertentu berdasarkan bilangan kuantiti, berat, jumlah keping dalam sesuatu pembungkusan tu. 

8. Testimoni mestilah logik dan boleh dipercayai kebenarannya (bukan overpromise)
Ni satu lagi hal, yang tak boleh dijadikan sandaran langsung pembuktian keberkesanan sesuatu produk. Testimoni ni hanyalah pendapat peribadi yang mungkin betul & penipuan yang sengaja direka-reka untuk melariskan jualan produk. Boleh dikarang sesuka hati sesedap rasa asalkan bunyinya nampak hebat & gempak. Sekarang trend testimoni pakai print screen conversation dekat whatsapp. Nampak la betul, tapi tak mustahil hanya lakonan semata-mata. Kecuali la ada case study atau 'blind study' diuji secara klinikal atau diuji ke atas sekumpulan tikus makmal versi manusia & dapat pengiktirafan seantero dunia. Case study ni bukan makan masa sebulan dua, tapi bertahun-tahun. 

9. Packaging & seal plastik
Kebanyakan produk kalau bukan dalam botol, mesti dalam kotak. Anda tengok la cara pembungkusan dia tu, kemas atau tidak, pernah dibuka atau belum. Kalau produk dari kilang biasanya pembungkusan dia sangat rapi. Jenis yang berkotak ni ada pembalut palstik. Ya la mesin yang buat bukan tangan manusia. Produk kalau dah dibuka penutup kemungkinan dah tercemar. Kalau tin yang dah kemek tu, confirm dah tercemar, udara dah masuk dalam tu, udara beserta mikroorganisma (bakteria). 
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!