Seringkali kedengaran luahan para blogger mengadu atau mempersoalkan tentang post baru. "Tak idea la nak tulis entry" atau pun. "Idea banyak tapi tak ada masa nak mengarang/menulis"
Masalah tak ada idea dan tak ada masa. Natijahnya sama je, tiada post terbaru yang akan terhasil atau diterbitkan (publish). Nak buat ayat matematik kejap ye.
8x3=12x2
5+4=3+6
Idea-Masa=Masa-Idea (apasal tolak pulak, kenapa tak guna tambah?)
Jawapannya
Idea + (-masa)= Masa+(-idea)
Ni namanya persamaan serentak. Hasil kiraan sebelah kiri dan kanan adalah sama.
Setiap blogger mesti ada salah satu dari masalah di atas. Kalau tiada syabas! Majoriti yang aku jumpa nombor 1. Aku yang nombor 2. Anda nombor yang mana?
Aik? Nombor 3 dan seterusnya, tak ada ke? Ada. Tapi tak payah masuk dalam list le. Kenapa? Nombor 3, tak ada idea dan tak ada masa. Yang ni tak layak ada blog. Jadi pembaca sesuai. Nombor 4 pulak, ada idea dan ada masa. Yang ni bukan masalah, tapi peluang!
Kalau tak ada masa carilah masa. Masa tak akan tunggu kita. Ada waktu lapang, tulislah entry. Idea pulak, luahkan pendapat atau fikiran berdasarkan perkara yang kita lihat, nampak, pandang, tengok. Contoh sesuatu yang berlaku semasa kita tunggu bas, naik bas, pemandangan luar dari dalam bas. Hati kita mesti berkata sesuatu. Ketahuilah hati tak pernah sunyi dari berkata-kata. Terutama apabila bersendirian.
tak tahu apesal tapi post nie terbaek ! ;D
BalasPadamhaha. tak ley bla post matematik!
BalasPadamto encik tikus : terbaik?? (^_^)
BalasPadamto fatin : hehhe..teringat sbjk matematik le