Ternampak Anak Bulan

Peristiwa ni terjadi kira-kira 2 bulan yang lepas 1/2 Rejab 1432H. Lepas balik tengok Karnival Upin Ipin, nak balik rasa awal, maka terus ke shopping complex. Perut lapar, makan sekejap, lepas tu masuk kedai Pet & Aquatic. Tengok binatang peliharaan dan ikan. 

Err, masa tengah makan, nampak ada orang bawa arnab yang dibelinya. Arnab yang jenis muka penyek, sah bukan arnab kampung. Apa yang mengejutkan dan menakutkan di sana adalah kerana terdapat tarantula, python, dan juga beberapa jenis snake, snake ni tak takut sangat, tapi tidak untuk yang berkaki lapan. Seram lak tengok. Ada ke patut binatang macam tu pun nak dijual. Macam tak ada spesis lain. Selain itu, ada beberapa spesis reptilia jenis cicak, macam cicak air, biawak pasir, iguana. Ikan yu pun ada. Eh, apa beza ikan yu dengan ikan jerung ey? Ikan yu yang dipamirkan tu tak ada gigi. Usahkan gigi ganas dan brutal tu, gigi kapak pun tak ada. Harga 1K lebih untuk seekor.

Lepas tengok segala spesis ikan, termasuk Nemo. Terus jalan ke first floor. Lain kali nak datang lagi le ke kedai Pet & Aquatic ni. Best sangat. Diringkaskan cerita, mengenangkan waktu dah masuk maghrib, maka segera la ke basement. Naik kereta yang berlambangkan harimau. Berdesup laju membelah jalan.

Tiba di satu selekoh berhampiran taman rekreasi. Nampak sesuatu keajaiban ciptaan Tuhan, iaitu anak bulan. Wah, cantiknya. Sungguh teruja waktu tu dan sedikit jakun. Selama ni kan kalau nak tengok kena pakai teropong/teleskop khas dan tak boleh kerdip mata. Ni boleh tengok live hanya menggunakan pancaindera penglihatan sahaja. Mana tak excited. Abang aku yang tengah drive mesti bengang tak dapat tengok. Haha. Kena concentrate pada pemanduan. Namun tiba di traffic light. Semua boleh tengok tanpa sebarang gangguan seperti pokok besar di tepi jalan dan deretan kedai. Nak tangkap guna kamera handphone tak dapat. Jadi rakam masuk dalam kepala otak je la.
sumber gambar dari google
Keadaan kaki langit di sebelah barat yang menempatkan anak bulan agak cerah dan berwarna biru bersama awan hitam yang turut menghiasi langit ketika itu. Bukan biru macam langit siang hari yang tak berawan tu ye. Biru kundang rasanya. Apa yang best nampak sekali bentuk bulat bulan tu. Namun yang terindah hanyalah sementara. Anak bulan ditelan awan hitam.

Sampai rumah dengan begitu excited, aku menceritakan pada mak yang aku nampak anak bulan. Tapi mak macam tak percaya. Katanya nak tengok mesti guna teropong. Kemudian mak berkata lagi, hari ni pun dah 2 hari bulan. *bunyi muzik terganggu*

Aku tak kira, anak bulan jugak. Sebab rupa dia sebijik macam dalam gambar hilal (anak bulan). Halus je bulan tu. Kalau bulan sabit besar sikit lorekkannya. Ni kecik je halus pulak tu.

Tapi lain pulak suasananya bila aku cerita pada kakak ipar yang sorang lagi. Dia teruja mendengar lantas mengajukan soalan berbunyi “Tengok pakai teropong ke?” Aku jawab, “Tak la, tengok je macam biasa.” “Tak ambik gambar, rakam ke?” “Tak dapat nak tangkap guna handset. Kalau ada kamera canggih sikit boleh le”.

Aku menafsir peristiwa ini berpandukan peristiwa lama di zaman ketidakwujudan aku.

Aku : Bla…bla…Macam Sultan Azlan nampak anak bulan tepi pantai time tengah malam.
Mak : Sultan Azlan pun kecik lagi masa tu.
Aku : Habis tu?
Mak : Sultan Idris le.
Aku : Ooooo..

Kiranya macam tu la kepelikkannya. Boleh nampak anak bulan dengan mata kasar bukan pada waktu melihat anak bulan. Inilah keajaiban ciptaan Allah. Mengikut cerita mak aku, masa tu penyimpan mohor Besar Raja2 dah umumkan negeri-negeri seluruh Malaysia besok tak jadi raya. Tapi entah macam mana mak dengar radio tengah malam, ada orang umumkan besok raya. Mak pun apa lagi kemain seronoknya. Kecoh! Gitau abah, kejut anak-anak. Kemas barang, masuk baju dan beg. 1 family berangkat balik kampung.

Sampai di kampung, atok dan opah hairan, cepat sangat balik. Esok bukan raya. Lusa baru raya. Bila diberitahu hari ni raya, mereka berdua tak percaya. Jadi pagi-pagi, atok jengok ke surau/masjid terdekat. Nampak le tok siak bentang sejadah. Maknanya betul hari ni raya. Cuma adik mak (mak sedara) tak percaya hari ni raya, tetap juga nak puasa, tak nak buka, nanti kena ganti katanya, Maka beraya le penduduk negeri Perak. Sapa yang percaya hari ni raya dia raya, sapa yang tak percaya dia tetap berpuasa degil tak nak buka. Bila malam, tengok berita sapa degil tetap berpuasa, menyesal. (“Di sini menyesal”) Penat je puasa. Raya, mana sah puasa!

Mak cerita lagi, katanya Sultan Perak nampak anak bulan waktu tengah main-main, bersiar-siar di tepi pantai. Bukan beliau sorang je yang nampak, orang lain pun nampak masa tu. Lantas beritahu le pada penyimpan mohor besar raja2. Penyimpan mohor kata dah umumkan dah masa berita. Kira masa tu memang kelam kabut le dan agak kecoh sedikit. Terpaksa le bincang-bincang semula. Jadi umum dekat radio je la. Masa tu Perak je raya awal sehari dari negeri lain.

Semalam, aku nampak langit sama macam 2 bulan lepas. Mak tanya aku “nampak ke anak bulannya?” Aku jawab “mane ada tengok. Tak best le tengok sorang-sorang tak ada kawan.” Mak kata “tengok je la, mana ada hantu setan.” Aku kata “Emm, malas le. Tak solat lagi ni.”
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

3 respon pembaca:

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!