Rasa teruja, bangga pun ada, VVIP bagi kad raya. Macam kita ni VIP pulak. Uuuu, tak tahan. Mana nak dapat kan? Bukan balasan kad raya yang beliau hantar . Tapi beliau yang bagi dulu. Mula-mula heran jugak, eh, apasal dapat, dari mana beliau dapat nama dan alamat aku. Padahal bukan kenal aku pun. Abang aku pun dapat, kalau abang aku dia kenal la jugak, macam parents aku VVIP ni lagi ler kenal. Sebab dah kawan before beliau jadi VVIP.
Bukan setakat dapat kad raya je, jemputan rumah terbuka sekali. InsyaAllah, pergi le kot. Bila fikir balik, ni mesti dari senarai nak masukkan daftar pemilih. Kalau tak, tak dapat punya. Dulu check tak masuk pun lagi. Geram pun ada. Ni nama dah sampai dekat VVIP ni, kalau tak daftar lagi, memang melampau! Sekali bila aku check dah ada ler pulak. Hehehe.
Err, dulu zaman sekolah selalu gak hantar kad raya pada artis. Dulu je sekarang tak. Dan bila aku tak hantar kad raya pada sorang artis ni, dia tetap jugak hantar pada aku. Sah nama aku dah masuk dalam list peminat dia. Tiap-tiap tahun dapat, padahal aku tak hantar dah kad pada dia. Tapi sejak artis ni dah bercerai, aku dah tak dapat lagi kad raya dari dia. So nak I hate her disebabkan dia artis ni bercerai & aku tak dapat kad raya dari artis ni lagi. Huhu.
p/s : eh, kata wordless tapi panjang lak sampai 3 perenggan..Sorry ek.
wah..untungnye dpt kad raya...(^___^)
BalasPadam@ terbang bersamaku : lagi untung klu dpt duit raya...
BalasPadam@ zul Fattah : salam kenal jugak & selamt hri raya...
BalasPadam