SATANIC FASHION SHOW GUNA JENAMA ISLAM

Sebelum anda meneruskan pembacaan ini, sila tarikh nafas dalam-dalam, tenangkan emosi anda. Siapa yang ada penyakit tiga serangkai diharap bertenang ketika membaca artikel ini. Penulis pulak rasa nak pening, pitam untuk meneruskan penulisan ini.
 macam celaka kan?

alamak NIKE tu!

ada sapa-sapa pakai kasut jenama ni CROSS?
hah? 


Kita begitu emosi dan marah dengan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, kempen hari melukis potret nabi, tatu kalimah suci, nama Allah pada kasut CROSS dan NIKE. Tiba-tiba kita digemparkan dengan Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlansung di Monte Carlo pada 8 Ogos yang lalu. Malangnya pakaian yang diperagakan oleh para model langsung tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman. Sama sahaja seperti majlis peragaan fesyen yang melibatkan pereka fesyen antarabangsa. Lebih malang lagi penganjur dan penaung IFF ini adalah orang Islam sendiri. Yang paling best dia isteri PM kita.






Tambahan pula, ada tulisan khat kalimah Muhammad sengaja diterbalikkan. Ini satu penghinaan kepada Baginda Rasulullah SAW. Diperagakan oleh model dengan pakaian yang SEKSI! Sesungguhnya mereka telah menconteng arang ke muka masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh dunia.
nampak rambut & bahagian dada sengaja ditonjolkan

Sebenarnya IFF sebelum  ni pun digambarkan teruk juga, (lihat gambar di atas ini). Namun kali ini paling teruk. Ni baru buat di Monte Carlo. Belum lagi buat di New York, Washingston, Israel. Agaknya tinggal coli dan spenda, pakai selendang di kepala, pusat dan lutut tutup, selain tu nampak. Tak sesuai langsung nama Islamic Fashion Festival paling layak SATANIC FASHION SHOW!

Mereka yang suka hina Allah, Nabi dan Islam.  Maka adakah Allah, Nabi dan Islam sudah terhina?? Jawapannya tentulah TIDAK!!! Malah mereka yang menghinalah sebenarnya yang HINA. Bahkan lebih dan paling hina dari perkara, benda, dan orang yang hina!

Khabarkan, 5 November 2010 akan diadakan sekali lagi IFF ni di Kuala Lumpur. Bagaimana bentuk majlisnya, samakah apa yang ditonjolkan dalam majlis yang lalu? Seteleh mengoogle sekejap tadi. Penulis jumpa beberapa gambar. Masih tidak mengikut syariat Islam seperti yang termaktub dalam surah An-Nur ayat 31.

          Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Renungan : Lebih baik ucapkan ”Jangan conteng arang ke muka umat islam, nanti terpalit ke muka sendiri” daripada selalu kata ”Jangan tunjuk tangan pada pelangi, nanti jari kudung”.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

23 respon pembaca:

  1. malanglah kalau kita sebagai org islam tidak sensitif dengan hal2 yg sebegini..

    BalasPadam
  2. to yahya : ramai yg tak tahu, isu mcm diperam, tak heboh mcm isu penyalahgunaan kalimah Allah.

    to marhaen : klu nk kutuk ckup kata satanic fashion show @ celaka..slbhnya usaha sedarkn org ramai, dlm facebook sptutnya mrka berbincng bkn kutuk..xda faedh kutuk sana sini

    to abid_PM : memang diluar jangkaan. astagfirullahal'azim

    BalasPadam
  3. to faisal : biasa la dunia akhir zaman

    BalasPadam
  4. aku suka bloggers camni,,,

    bila kutuk,,bila kritik,,bila balun,,

    kukuhkan dgn fakta,,bukti,,,,Pendapat yg bernas,,,dan paling cantik AYAT AL-QURAN,,

    barulah kutukan cacian tu menjadi,,

    ini tidak,,,ramai sgt bloggers yg kutuk cenggitu je...

    memang kena la kan lepas tu,,,cantek weh,,keep blogging

    BalasPadam
  5. to Lokman : tq, actually tak kutuk, tp hentam ats dsr kebnaran & kesucian Islam.
    yg slh tetap slh, yg benar tetp bnr..hadis pun ade utk cite psl fashion islam, tp dah pnjg sgt..dlm berita pasl IFF xde pun tunjuk gmbr mcm kt ats..fhm2 je la sapa yg cntrol media.

    BalasPadam
  6. cacat otak betul sape yg buat nie...damnit.

    BalasPadam
  7. mereka memang sengaja
    buat hati panas je luar dalam

    BalasPadam
  8. Apalah diorang cetuskan perkara-pekara sebegini. Mungkin tidak faham apa itu islam puncanya.

    BalasPadam
  9. jgn cepat melatah. bgus la ni ada bukti semua. jgn main kata dengar rumours terus cerita. bahaya. rosak nama bangsa agama sendiri nanti..

    keep on blogging :)

    BalasPadam
  10. bnd ni btul tp gmbr yg tatu tu fake...

    Crocs tu pun tak. gmbr yg dkatekan ade nama Allah tu adalah pada croc tiruan jer... tak caya beli lah croc ori... logo tu tak sama. so beli lah yang original. (sbb tu kt pantai timur tak jual lg CROC tiruan kt psar n mne2 ORI pn x...xd yg nk beli.hehe)

    yg Nike tu tak pasti lg ... tak igt dah...

    tapi papepn kte kne berjge3.... Mereka ade kt mne2

    BalasPadam
  11. benda alah ni dijual di Mesia ke?

    BalasPadam
  12. to fahmie : yg wt bju cm tu pereka design,
    xfhm agama puncanya.

    to tehr :betul, 1st tau, pnas membara je, ni klu check mau tinggi.

    to akubiomed : penaungnya pun tak faham etika berpakaian dlm islam..tgk video kt youtube lg jelas.

    to macy : tak cpt mlatah tu psl peram & makeup artikel ni baru publish

    to sembil9n : fake ke? tau mna fake?
    CROSS tiruan mungkin nk rosakkn nama CROSS yg ori.gmbr2 ni ambik kt group Free Our Mind & penyalahgunaan nama Allah oleh bkn Islam.yg nike tu prnah de org nmpk kt kdai.tp rasanya tak de dh.

    to ferdy : sedihkan bila nama ALLAH, MUHAMMAD SAW dan ISLAM dihina

    BalasPadam
  13. to aibaks : NIKE tu ada mrka jumpa kt 1 kdai ni. CROSS tu de jual kt mysia. yg lain xde kt mlysia

    BalasPadam
  14. banyak benda mcam ni, kita hanya mampu melihat? boikot ikut musim?

    BalasPadam
  15. to Sca Ndx : melihat & tak redha dgn perbuatan mereka. boikot smpi bila2 la sampai mrka insaf dr prbuatan mrka.

    BalasPadam
  16. adeh...geram tgk semua pic ni!

    BalasPadam
  17. to tomato : tau tak pe..bikin pns je kn.

    to Aus : biasa la dunia akhir zaman.

    BalasPadam
  18. dorang sengaje mencabar Islam buat2 menda camtu..ciss..

    BalasPadam
  19. to Luffy : ha'ah..akhir nyawa nti psti mrka myesal

    BalasPadam
  20. akhir zamn..smua pic ni menakutkan

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!