Tips Mtest KPLI Sabtu ni

Masa check e-mail baru-baru ni. Penulis terima satu email dari Encik Jamal, ala yang penulis E-Book Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan tu. Topiknya Tips Mtest KPLI. Encik Jamal kata dalam email tu boleh sebarkan pada kawan-kawan yang terlibat dengan test ni.  Apa lagi nak kongsi la ni. Tambah-tambah lagi masa blogwalking ada jumpa orang yang terlibat dengan test ni.  Tapi sesuatu yang tak diduga berlaku. Disebabkan masalah dengan Microsoft Office tak dapat nak edit artikel. View boleh nak edit, nak copy, nak taip tak boleh. Artikel ni sepatutnya dah publish kelmarin. Bikin panas je.

Minggu ni dan seterusnya ada sesi temuduga bagi jawatan Juruteknik Komputer FT17, Pegawai Pertanian Gred G41 (Pertanian/Sains Pertanian), Pegawai Teknologi Makanan Gred C41, Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Komputer Sains/Teknologi Maklumat) dan Pegawai Imigresen Gred KP17. Bukan senang nak lulus temuduga kerajaan ni kan? Penulis pun terlibat dengan salah satu jawatan ni. Lega dah lepas. (^_^)

Khabarnya Sabtu ni terdapat 2 exam yang bertembung iaitu exam PTD dan Mtest KPLI. Mengapa bertembung ya?Sengaja ke? Kalau MUET, MUnSYI, MEdSI hari yang sama, tapi masa lain-lain. Maknanya individu yang sama boleh ambik ketiga-tiga exam ni. Tapi kali tak boleh. Mungkin juga sengaja untuk memastikan calon memilih salah satu kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya terpilih bagi kedua-dua exam ni.

Link semakan panggilan exam Mtest boleh disemak di sini.
http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm


Berikut tips Mtest :
# Pastikan IC, slip menduduki exam, dan alatulis seperti pensil, pemadam dibawa semasa exam.
# Datang awal. Kerana calon perlu menyemak nama mereka ditempatkan di dewan mana, di bilik mana. Jika lewatberkemungkinan calon akan tersilap masuk bilik exam.
# Soalan yang diberikan melibatkan beberapa topik. Matematik, Bahasa inggeris, dan beberapa yang lain. Jawapan ada diberikan. Berbentuk objektif.
# Jika keliru mana satu nak tanda, rasa jawapan yang dipilih tu salah, nak perbetulkan. Nasihat penulis JANGAN!! Biarkan jawapan yang ditanda tu. Pilihan yang pertama tu PALING TEPAT! Instict selalunya TEPAT! Melainkan anda memang tersalah tanda. Nak tanda A tertanda B. Melainkan juga anda memang yakin sangat jawapan anda salah!
# Bagi soalan Matematik tidak boleh guna kalkulator. Kira-kira biasa saja. Macam Matematik Tingkatan 1-3. Tak tahu jawapan jangan biar kosong - TEMBAK saja!
# Soalan Bahasa Inggeris pulak menguji kefahaman, grammar sikit. Buat mana yang faham dan tahu dulu. Yang tak faham dan tak tahu tinggal dulu. Kemudian tak dapat jawapan juga TEMBAK!
# Soalan menguji kecekapan minda pun ada. Yang ni tembak saja. Tak ada masa nak study kan? Fikir logik dan ikut IQ anda saja.


Tu bab popular dalam exam MTEST. BM, BI, Math dan lain-lain. Tak perlu nak pening kepala nak prepare. Yang ni uji anda biasa-biasa saja. Tujuannya nak check anda punya basic. Dan untuk makluman, markah untuk test ni tak banyak sangat berbanding dengan satu lagi TEST yang paling mudah, tapi ramai yang GAGAL, iaitu INSAK test. Test INSAK ini adalah test paling penting dan paling tinggi markahnya berbanding dengan test yang lain. Boleh dikatakan, jika sesiapa gagal test ini, tapi lulus test lain, mereka dikira GAGAL. Tetapi, jika mereka LULUS test INSAK ini, tapi gagal test lain, mereka LULUS. Itulah hebatnya test INSAK ni. Untuk LULUS, calon perlu LULUS test INSAK.

Test INSAK ini adalah berkenaan soalan-soalan untuk uji kemampuan diri, akhlak, tindakan, sifat dalaman, minat dan lain-lain calon terhadap kerjaya guru. Soalannya begitu mudah, tapi ramai fail! Jawapan semuanya seakan-akan sama, tapi calon perlu memilih mana jawapan yang terbaik.Sangat penting memilih jawapan terbaik, lagipun ramai terkandas di sini. Ramai menjawab soalan dengan begitu jujur mengikut keadaan semasa diri mereka. Sepatutnya, mereka perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan membayangkan diri mereka telah menjadi guru yang BAIK. Bukannya membayangkan diri mereka sebelum menjadi guru. (yang sebelum ni seorang yang panas baran, angin. Lepas jadi guru kena pandai kawal emosi, bijak mengambil tindakan berdasarkan situasi.)

Dengan membayangkan diri anda sebagai guru yang baik, Insyallah anda akan dapat menjawap soalan INSAK ini dengan baik. Ingat, LULUS INSAK, maknanya anda boleh lulus MTEST ni. Sekali lagi dingatkan Jangan biarkan kosong jika anda tak tahu jawapan untuk soalan INSAK ni. Tandakan saja mana-mana jika anda tak tahu. TEMBAK! 

Nak lihat contoh soalan INSAK? Lihat di bawah:
-->http://tinyurl.com/insakMtest
-->http://tinyurl.com/insakMtest2
-->http://tinyurl.com/insakMtest3


Itulah sebahagian yang perlu calon tahu. Tak prepare sangat tak mengapa. Test Mtest untuk KPLI ni tak sesusah exam PTD. Exam Mtest ni bertujuan nak uji minat, kemampuan dan kebolehan anda untuk menjadi guru. Fokus pada INSAK test ni. Semoga anda memperolehi manfaat dengan perkongsian ini. SEMOGA BERJAYA untuk sesiapa yang terlibat exam PTD dan juga exam Mtest Sabtu ni. Nak tengok jawapan penulis untuk soalan INSAK, tengok kat bawah ni. Jawapan berdasarkan logik, mengikut rasional penulis. Lepas tu jom bandingkan jawapan anda dengan saya. Tak betul semua, sebab penulis sendiri pun confius jugak.



Rujukan exam PTD dimaklumkan oleh Team Tips PTD telah tamat jualannya. Sesiapa yang nak dapatkan rujukan untuk exam PTD yang susah tu Sabtu ni, boleh dapatkan preview percuma melalui link di bawah:
 -->http://tinyurl.com/panduanPTD
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

7 respon pembaca:

  1. Thanks Fanun.. esok anis salah seorg yg akan menduduki Mtest...
    cuak2..

    BalasPadam
  2. dah habis exam kan, so selamat semuanya

    BalasPadam
  3. cik tom dah lepas exam..sori xon9 so xsedar psl n3 ni..hehe...

    BalasPadam
  4. sesungguhny aku bercita2 menjadi seorang cikgu...thnks info wlpn lambt mgikutiny

    BalasPadam
  5. to sharinginfoz : ha'ah, interview pun dh lepas.

    to hans : ..

    to tomato : huhu, terlpas guna tips ni kn..

    to menusuk : sama2..smoga menjadi guru yg cemerlang & berkualiti

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!