HAPPY BIRTHDAY NUR FANNUN!!! (VERSION UPDATED!!!!)

Tanggal 30 November 2010 merupakan hari lahir aku yang ke-22. Kalau yang ke-21 boleh diterbalikkan jadi 12. Haha, 12 tahun. Tapi nombor 22 tak boleh. Ala, boleh je la. Maka jadinya 55. (*_#) Hah! Tak kan 55, agak-agak la sikit. Mesti lah baru 22 tahun. Kenapa tak percaya ar? Tapi kalau umur dah 55, orang kata umur 22, gempak giler kan. 3 hari sebelum birthday, Celcom hantar SMS. Nikmati 7 hari panggilan dan SMS percuma ke nombor 8pax. Cuma jawab BDAY YA sebelum tarikh lahir anda. Dengan pantas reply SMS tadi. Memang takkan lupanya lah birthday sendiri. Pernah ke lupa birthday sendiri? Tak pernah!!! Memang kuat ingatan la..(^_^) Boleh jadi hampir lupa di saat kesibukan melanda, tapi gagal CELCOM punya angkara. Maxis pula bagi panggilan suara percuma dari Maxis ke Maxis pada hari jadi sahaja.

Tapi tak menikmatinya sampai bateri kong dan bergayut sampai putus. Masa begitu mencemburui aku. Salah satu sebab kenapa aku dah lama sangat tak publish entry baru kerana jadi babysitter.  Si kecil memang cemburu, jangankan nak berblogging, berfacebook, aktiviti yang lain pun kadang tak sempat. Tapi bila lihat senyuman dan gelak-tawanya, semua rasa yang negatif hilang.

Sebelum pukul 12 malam pada hari terakhir, aktiviti wajib semasa menikmati panggilan percuma, jangan mati talian sampai talian terputus sendiri. Dapat la extra 40 minit walaupun kalau ikut tarikh dan masa dah tamat. Janji masa buat panggilan sebelum pukul 12 malam. Ingatkan CELCOM je, rupanya MAXIS pun sama. Haha. Memang berbaloi-baloi. Syok, meletup, gempak giler!!

Login facebook pada hari berikutnya. Perghh.. Banyak ucap birthday. Terima kasih pada semuanya. Tak pi tak sangka salah sorang tu artis. Kenal tak ? Aku tengok dia ni memang rajin ucap birthday la. Walaupun tak kenal orang yang dia ucap tu. 

Cakap pasal sambutan birthday, yang paling terasa, terpahat di ingatan. Pada usia yang ke-19. Housemate buat surprise. Tutup lampu dan bawa kek sambil nyanyi lagu happy birthday. Kononnya nak tengok aku menangis terharu. Tapi hampeh je, maklumlah keras hati macam tak ada perasaan. Masa tu memang kalut nak siapkan assignment apa entah. (Actually, memang rasa happy la tapi tak show up, first time dapat kek yang sebenar-benarnya adalah kek). Dan kebiasaannya budak zaman sekarang, calit kek dekat muka kawan-kawan yang lain terutama birthday girl/boy. Sikit-sikit tak pe, jangan sampai kek yang sepatutnya jadi bahan makanan bertukar menjadi bahan mainan. Ni semua kerja budak nakal la. Dan paling teruk, perangai budak asrama, pedajal birthday girl/boy. Lalu birthday bertukar menjadi April Fool. Untuk keselamatan anda, jangan beritahu tarikh lahir anda, jemput atau hadir birthday party yang dihadiri golongan budak nakal seperti ini. Kalau tak terimalah bahana anda pulang dengan perasaan geram ditambah pula pakaian yang kotor.

Perkara paling terkilan dan menyesal. Dalam ceramah, ustaz ada sebut pasal sambutan birthday. Serta-merta teringat sambutan birthday yang ke-19 tu. Kalau dah buat surprise confirm la ada lilin, kena tiup, sebelum tiup make a wish. Sesungguhnya itu adalah perbuatan bidaah yang sangat ditegah dalam ISLAM. Ia adalah amalan dan sambutan cara orang kristian. Satu lagi waktu yang mereka suka make a wish saat tahi bintang melintas, jatuh. Meteor la namanya. Kalau kita buat sama la kita dengan orang kristian tak ada bezanya. Kan dalam hadis Nabi SAW ada sebut “Barangsiapa yang meniru suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka

Seharusnya sambutan hari lahir disambut dengan cara Islam seperti bacaan doa, ceramah, tahlil dan lain-lain dikira bagus dan menarik asal tak melanggar syariat Islam. Setengah orang buat pulut kuning hantar ke masjid atau surau. Sesungguhnya bergembira dan menyambut hari lahir adalah salah satu tanda kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup pada usia sekian-sekian, dan bila tengok angka mesti fikir sepanjang penghidupan ini antara benda positif dan negatif mana lebih banyak kita lakukan? Kemudian mengingati mati dan perkara yang paling ramai tak suka bila umur dah sekian-sekian, mesti ada soalan seram, bila nak kahwin? Tak ramai yang hidup sehingga usia sekian-sekian.


Mengenangkan usia yang dah 22 ni, dan AWAL MUHARRAM 1432H mesti kena ada pembaharuan dalam hidup kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Tak semena-mena bila tengok gambar masa kecil-kecil tu, terbit suatu kerinduan. Bukan zaman kanak-kanak yang dirindui tapi KULIT DAN RAMBUT YANG CANTIK, LEMBUT DAN MENAWAN. Agaknya sekarang dan masa akan datang boleh dapat balik ke macam tu?
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

15 respon pembaca:

  1. selamat hari jadi ..........kepada rakan blogger saya

    BalasPadam
  2. to abu luqman & hans : terima ksih

    BalasPadam
  3. kamu.. heppy buffday yer.. smoga bahagia salu..hoho

    BalasPadam
  4. to darkbatman & miyoshu : terima ksih (^_^)

    BalasPadam
  5. happy belated besday, fannun

    BalasPadam
  6. to miszes : la yeke..tahun sama tak?

    to padin : (^_^)

    BalasPadam
  7. salam..
    selamat ulang tahun kelahiran ke 22tahun. semoga mendapat petunjuk dan hidayah serta keberkatan dari Allah..

    BalasPadam
  8. Nur Fannun: dah semakin menginjak dewasa ye....:)

    p/s: follow u...:)

    BalasPadam
  9. to cik tom : terima kasih

    to abgreds :wasalam, terima ksih..Amin..

    to azzey : ha'ah..tq follow

    BalasPadam
  10. happy birdday....heheh...

    jom terbang bebas cam burung ek....:)

    oh yer..tq baca belog sy gop....:)

    BalasPadam
  11. to yutaka : thanks..seronok tgk burung terbang kn..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!