IMAM DITANGKAP KERANA BERDOA

Sesuatu yang amat luar biasa terjadi. Pasal doa pun nak kena tangkap. Bukan buat apa-apa pun. Apa la. Perkara ni terjadi dalam bulan Ramadhan tahun 1422 H, selepas solat tarawikh. Beribu-ribu jemaah mengaminkan doa tersebut. Selesai berdoa imam Sheikh Muhammad Al Mohaisany ditangkap. Sesungguhnya doa imam ini amat menyentuh hati, sayu, hiba, pengaduan kepada Allah atas kesengsaraan yang ditanggung umat islam, kegembiraan puak kafir, musyirik dan munafik. Agar Allah mengembalikan kekuatan kepada umat Islam dan melemahkan musuh-musuh Islam. Tapi dituduh ekstrem! Sehingga sekarang masih belum dibebaskan lagi.

Khabarnya baru-baru ni, seorang lagi imam ditangkap atas kesalahan yang sama, Shiekh Adil Al Kalbani. Doa merupakan senjata orang mukmin. Kini telah terbukti dengan jelas dan lagi nyata, orang musyirikin dan munafik yang mengingkari kebenaran syariat islam dan Allah, tapi jauh di sudut hati mereka mengakui kebenaran itu. Disebabkan pemikiran mereka yang dangkal, jauh dari sinar hidayah, terpesong jauh, mereka terus tenggelam dalam lautan buatan mereka sendiri. Manakan tidak, doa senjata orang mukmin. Apa yang paling pantas dalam dunia ini? Bukan kerdipan mata, bukan cahaya, bukan juga buraq. Tapi MUSTAJABNYA DOA!!

Paling menyedihkan ia berlaku di Masjidil Haram, di bumi Makkah yang suci lagi berkat. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Bagaimana pemimpin tertinggi membenarkan penangkapan berlaku. Barangkali pemimpin turut bersubahat. Lihat sahaja bagaimana layanan mereka terhadap jemaah haji. Muassasah, jadi muassusah. Berani sungguh mereka berbuat onar di bumi Makkah. Sedangkan jemaah haji yang buat silap di Makkah serta merta dapat balasan. Tapi tak hairan pun, zaman Rasulullah, lagi jahat pihak musyrikin Makkah. Azab mereka di akhirat bukan dunia.

Serta-merta penulis teringat kisah seorang imam yang ditangkap kerana enggan mengakui Al-Quran itu makhluk. Kalau tak salah Imam Hambali. Dalam penjara Imam Hambali dirotan. Imam Hambali berdoa, Ya Allah kalau mereka nak rotan aku, nak seksa aku. Buatlah tapi jangan sampai nampak aurat aku. Allah memakbulkan doa beliau. Walaupun dirotan berkali-kali dipunggung kain tetap tak terkoyak. Patutnya dah koyakkan.

Setelah naik pemerintah yang baru Imam Hambali dibebaskan. Kemudian Imam Hambali kembali mengajar. Ramai sangat orang yang datang nak belajar. Lebih ramai dari sebelumnya. Selesai mengajar semua balik, tinggal seorang buta ni, terkial-kial cari jalan pulang. Imam Hambali nampak, seolah-olah macam pernah tengok orang ni. Imam Hambali pun bertanya. Orang buta ni jawab ”Mana tak kenalnya, sayalah yang dulu pukul tuan dalam penjara. Imam Hambali kata ”Dahulu bukankan kamu celik?” Orang buta ni kata ” Ya, benar tuan, sebab saya rotan la mata saya jadi buta”. Imam Hambali bertanya ”Apasal kamu rotan aku di kepala, tak ada tempat lain ke nak pukul? Orang buta ni jawab ”Saya pukul supaya tuan mati. Bila tuan mati, tuan tak payah nak mengaku Al-Quran tu makhluk. Saya nak selamatkan aqidah tuan. Mula-mula saya rotan di punggung, tapi tak mati-mati, kemudian di atas kepala, pun tak mati-mati jugak. Akhir sekali di belakang kepala, tak mati jugak. Tu yang pukul kat belakang kepala tu.”  Imam Hambali kata ”Benarkah begitu? Orang buta tu kata ”Benar tuan”. Imam Hambali pun berdoa pada Allah, supaya dipulihkan penglihatan orang buta tadi. Orang buta tadi pun sembuh dah boleh melihat semula. Tu la dia, kisah pukul kerana sayang bukan kerana benci dan mustajabnya doa.

Anda perasan tak, sejak 9 tahun sejak Imam Sheikh Muhammad Al Mohaisany ditangkap oleh PENGUASA THOGUT K.S.A selalu je ada musibah di Makkah, ketika musim haji pulak tu. Waktu lain tak ada pulak dengar berita musibah berlaku di sana. Banjir la, bangunan runtuh dan lain-lain lagi. Keluarga para jemaah haji selalu je risau. Takut-takut ahli keluarga mereka terkena musibah. Barangkali ini peringatan dari Allah pada umat Islam khususnya yang punya kuasa dan kemampuan.

Kaitkan kisah penahanan Imam Hambali dengan kisah Sheikh Muhammad Al Mohaisany. Sesuatu untuk kita fikirkan, renungkan seterusnya ambil tindakan. Entah bila beliau akan dibebaskan? Adakah ketika hari pembersihan Kota Makkah?
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

22 respon pembaca:

  1. Solat tiang agama,

    doa senjata orang mukmin,

    Dari kisah di atas menunjukkan bawhawa Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang!

    BalasPadam
  2. makacih ..uacapkan my belated day..

    kisah imam ni sampai la nie pun ada..kalau extreem sikit kutuk kerajaan pasti kena band punya..macam berita kat Penang dan selangor la... Imam kena cakap apa yang tersirat dalam Al Quran dan sunah je...

    BalasPadam
  3. Sama-sama..

    imam tu kena tangkap kerana dituduh berdoa secara ekstrem, tak kisah la imam ke atau orang kebanyakan, kalau kita berdakwah - berlandaskan kitab suci Al-Quran menegakan Agama Allah, kedudukan dan ganjarannya besar dsisi Allah s.w.t.

    Tak kira la diluar atau didalam negara, setiap sesuatu yang kita buat semuanya bermula dan bergantung pada 'NAWAITU' seseorang tu.

    BalasPadam
  4. imam tu doanya mungkin membuat pendengarnya takut dgn azab Allah SWT!

    Cik Fannun boleh berdoa apa-apa pun tapi kena berusaha selepas itu tawakal..

    BalasPadam
  5. setuju...memang doa itu senjata umat islam...tapi kita je yang buat2 tak tau

    BalasPadam
  6. Doa adalah penghubung antara kita dan allah...insan yang tak berdoa adalah orang yang sombong

    BalasPadam
  7. maaf. tak berapa nak paham :(

    BalasPadam
  8. sebesar-besar jihad adalah berkata benar kepada pemerintah yang zalim. kerana dengan menegur pemerintah yang zalim itu, samada akan dipenjarakan, dibuang negeri atau di bunuh.

    Sheikh Abdul Qadir Audah :
    Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada.

    BalasPadam
  9. sangat menarik dan bermanfaat. Terima kasih banyak kerana berkongsi :)

    Mari menjadi manusia

    Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

    BalasPadam
  10. Kita kena percaya selain usaha (perbuatan) doa juga adalah satu usaha yg boleh mengubah takdir atas kemahuan Yang Esa....tak salah jika kita katakan...berdoalah pada Allah mudah-mudahan rezki akan datang melayang.....sesungguhnya org yang tidak suka berdoa adalah orang yang bongkak dan takbur kepada tuhannya dan Allah amat suka org memuji2NYA dan meminta2 kepadaNYa...

    BalasPadam
  11. hari pembersihan kota mekah adalah hari ketika dajjal berada disekitarnya. Dajjal tak dapat masuk kota mekah dan madinah. Pada masa ni lah para munafik yang berada dalam kota mekah tu panas ponggong... lantas mereka semuanya keluar dari mekah dan madinah untuk bersama-sama pemimpin mereka yakni Dajjal laknatullah.. Masanya tak lama lagi, bersedialah...

    BalasPadam
  12. to Ms Nury: wah 2 kali komen..betul tu..Allah tumpuan sekelian makhluk memohon hajat dan pertolongan.ekstrem bg mrka je. betul tu. nawaitu menentukan kedudukan, dosa atau pahala.kecik atau besar sumbngn tak penting yg penting nawaitu.

    to Abu Luqman : sama2..mslh kan bila kuasa letak no 1 agama bwh sekali..klu nk cermah kena ckp psl agama je tak leh sentuh hal yg sensitif bg mrka, tak leh kna tegur.ckp je terus buang, boikot tak bg msuk msjid, nmpk mcm org kt penang & slngor ni majoriti keras hati je.

    to capt : yup, capt. doa imam tu jd pemangkin smngat para pejuang. betul, smua org boleh berdoa..pkoknya mesti disertai dgn usaha.

    to Bean Moreno : yup, kebiasaannya begitu la.

    to Lydia : mmg begitu la, tp ad stgh tu x berdoa sbb malu, atau dah larat nak berdoa sbb xdpt2..bkn Allah tak nk bagi tapi Allah sgt suka mendengar rintihan hambaNya. dan bergantung juga cepat atau lmbtnya kita menyahut seruanNya.

    BalasPadam
  13. to Abid_PM : tak pe sy fhm apa yg anda fikirkan. hrp anda fhm penerngn sy ni. imam tu mmg tak salah langsung tp pemerintah yg zalim nmpk imam tu wt slh krn prbuatnnya tak selari dgn kehendaknya. tmbhn pula para pejuang islam danggp sbg penganas. mmg dianggp ekstrem la berdoa utk penganas.

    to qdine : btul tu, hnya yg betul berani je snggup berdpn dgn pemrinth yg zalim. smasa dpnjra mrka lebh tenang dr kesibukan harian blh tumpu spnuhnya pada ibadat, ramai yg dpt hasilkan karya, kitab, puisi yg indah semasa dipenjara.

    to iqbalsyarie : sama2..cuma rasa sedih sikit kejdian ni dah lama berlaku, tp baru tau.1st 1422H 2cnd 2009M.tpi bru tau okt2010.tak ramai yg sebarkan kish ni berbanding cerita artis, sukan, politik.

    to assoyfinger67 :betul tu. Allah ada berfirman : Berdoalah kamu, nescaya akan Aku perkenankan.org yg tak suka, xnk berdoa bukn shja smbong, bongkak, takbur, malah bodoh & rugi sbb mensia-siakan peluang yg ada.berdoa bkn kena byr pun, tak susah. angkat tangan mendongak ke langit, ckp la pe yg kita nak.betul cara & masa, cepat je Allah makbulkan.

    to merah: masa tu tak tahu la hidup lagi atau dah mati.masanya smkin hampir. cuma kesian kat anak isteri, kluarga imam tersebut, hilang tmpt brgantung, moga mereka tabah menempuh dugaan & ujian yg berat ni.

    BalasPadam
  14. memang pelik betul dunia akhir zaman kan

    BalasPadam
  15. menarik..selain berdoa perlukan juga berusaha..ke2-2 perlu seiring...usaha+doa+tawakal=insyaAllah kejayaan ;)

    BalasPadam
  16. to sharinginfoz : ye sgt pelik, yg bukan2 & sukr diterima akl.

    to tomato : tq, betul tu, DUIT-doa, usaha, ikhtiar, tawakal.

    to anuar : ya, secret weapon.

    to prince duyong : ya.

    to fahmie : tq, actually lama peram artikel ni sblm post.hmm mknenya mesej aku smpi pd ko, touching ey

    BalasPadam
  17. Doa orang teraniaya biasanya mustajab

    BalasPadam
  18. Sebelum berdoa, patuhi dulu segala suruhan Tuhan

    BalasPadam
  19. to akuboimed : yup, betul tu..sptutnya guna kn pluang tu utk minta prkara yg dhjati bkn doakan kemudharatn kpd org yg menzalimi

    to jank : yup, doa seorang musyrik pun Allah blh makbulkan ni kan pula doa orang yg bertauhid, maka rjin2 la brdoa!

    BalasPadam
  20. @ faizah lui : silakan..moga bermanfaat.

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!