Sedap ke hisap rokok???

Hairan melihat masyarakat, obses dengan rokok, ibarat nyawa. tak dapat rasa tak lengkap hidup, dapat satu kadang tak cukup, nak lagi. kalau tak ada duit sanggup share dengan kawan nak lepaskan gian. memang susah kalau nak tinggalkan kalau dah sebati dengan hidup. kalau tinggalkan dengan tiba-tiba ibarat mencabut nyawa sendiri. Rasanya sapa yang merokok ni kena ambik lebih kurang separuh dari tempoh berapa lama anda sudah merokok. Kalau yang jenis perokok tegar, agaknya separuh tak pun sama tempohnya. Kalau yang jenis biasa, mungkin suku. Bergantung juga pada orang tu.

Waktu paling bagus untuk mula berhenti merokok pada bulan puasa. Masa puasa, lebih kurang 13 jam menahan diri dari merokok. Nak berhenti terus memang tak boleh. Apa yang boleh, kurangkan masa merokok & bilangan rokok. Lepas berbuka tak boleh terus merokok, nanti pendek umur. Maklumlah, 13 jam sistem penghadaman &  saluran pemakanan berehat, tetiba nak merokok..memang cari nahas. Kurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari. Contoh, selalu hisap 10-15 batang sehari. Selama sebulan kurangkan 2-3 batang dari jumlah yang selalu dihisap. Begitulah pada bulan yang seterusnya sehinggalah jumlah menjadi sifar. Tak susah kalau nak buat, cuma nak atau tak nak je. Tepuk dada, tanya hati BUKAN tanya selera!

Baru-baru ni, ada syarikat pengeluar rokok merahsiakan isi kandungan dalam rokok keluarannya. Kenapa agaknya?? Selain dari bahan kimia yang kita semua sedia maklum ada unsur lain turut dicampur. Yang pasti tentulah sesuatu yang lebih memudaratkan kesihatan dan bahan yang sangat teruk. Takkan mereka nak letak perisa strawberi, vitamin C, Zink, Magnesium, Calsium pulak kan? Agaknya kalau didedahkan confirm, ramai perokok tegar bertekad nak berhenti.

Bukan lelaki je yang merokok perempuan pun ada. Sangat menjelekkan apabila perempuan pun menghisap rokok..nak jadi jantan apa? Merokok jadi mature, mature pe bendanya nampak tua ada la. Kalau setakat rupa je mature, tapi pemikiran macam budak-budak nak buat apa. Agaknya perempuan yang menghisap ni tension, orang laki sedap-sedap dapat ’nikmat’ merokok, dia dapat hampas(asap) je. Effect lebih kurang sama je. Tapi kesannya lebih teruk pada yang dapat hampas. Baik aku merokok, katanya..
Pernah satu ketika, penulis terkejut apabila ternampak seorang perempuan tua menghisap rokok..iskhh, dah tua bangka,sakit-sakit pun masih nak hisap rokok lagi. Lalu penulis ceritakan pada mak, kata mak ”Wan kamu dulu pun hisap rokok juga, tapi masa muda-muda dulu je, lepas tu tak ada dah.” Haa?? Mak cerita lagi, nama-nama Wan yang hisap rokok.. iskhh, tak sangka betul. Anda jangan pulak ingat nama orang merokok tu Wan..bukan wan anum, wan kuntum, ke wan apa ke..macam-macam nama wan pulak timbul. Karang wan lain pulak marah. Wan tu maksudnya mak cik, orang kampung dulu, tak panggil makcik tapi panggil wan.

Lagi menjelekkan, apabila tok imam pun merokok..ustaz merokok lagi la..perokok kan makan asap, sama la macam jin. Jin makan asap, makan tulang. Saudara jin la tu. Kalau saudara Jins Shamsudin, saudara isteri Pak Lah tak pe la jugak. Lagi buat kita hilang hormat, orang yang buat kempen anti rokok, kempen tak nak rokok, alih-alih dia pun merokok jugak, perokok tegar lagi. Tak kira la rokok berjenama ke, murahan ke, rokok daun ke, rokok paip ke, rokok nenas..yang namanya rokok, jauhi la ia.  Kalau ada orang offer, tolak la baik-baik, jangan kutuk dia pulak. Dalam bab ni tak perlu nak jaga hati orang. Jaga kesihatan diri lagi penting. Ada setengah orang ni tak merokok, tapi bila ada orang bagi, dia hisap. Janganlah macam ni. Cuba kuatkan sikit pendirian tu.


Manusia ni, kalau kita kata jangan, yang jangan tu la nak sangat buat..tu salah satu sebab entry yang lepas, penulis letak tajuk mari menghisap rokok, bukan jangan merokok. Penulis hairan, apa yang sedap sangat entah hisap rokok, dah la buang duit, bakar duit, mencemarkan udara, masukkan bahan kimia berbahaya dalam badan. Hisap sebab tension, mature, mengantuk, stylo??? Tak maknanya..tu semua angan-angan kosong je. Banyak alternatif lain untuk hilangkan/kurangkan tension & hilang mengantuk. Kalau mengantuk, dapatkan rehat & tidur yang cukup. Kalau tension, tonton lawak jenaka, ingat peristiwa yang kelakar, baca majalah macam ujang ke, gila-gila, apo..sambil bergelak ketawa, terselit info berguna.

Sapa yang dah lama berhenti tu, cuba kira duit sebulan/sehari/seminggu yang dilaburkan utk beli rokok dulu.. katakanlah sekotak rm8 (harga ikut jenama)..1 kotak ada 10 batang. Seminggu rm42 untuk rokok. Sebulan rm240. setahun rm2,920. Wow, tu baru setahun kalau 10 tahun rm29,200.. kalau 20 tahun berapa ?? Hah, kira sendiri ye!! Jika anda menyimpan wang sebanyak tu, sudah tentu anda tidak mengalami masalah kewangan pada masa hadapan. Anda menyimpan bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri dan keluarga. Wang simpanan sangat berguna di waktu kecemasan.

Sampai di sini dulu ye..Dalam episod yang lepas penulis ada sebut rahsia besar, kesan pada waris si perokok. Untuk penjelasan lebih lanjut, kita sambung episod yang akan datang. Akhir kata, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan iktibar dan pengajaran.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

18 respon pembaca:

  1. tiap kali bila tgk mane2 artikel ke, paper ke, psl rokok..mesti ingat kat ayah sy..T_T

    BalasPadam
  2. adoi.. pasal rokok surrender la, hehe.. rasanya dah tau kort :-) gud info.. doakan untk sya dijauhkn terus dri rkok durjana, hehe..

    lepak2 la lam blog sya eh, komen dan kritik anda sangat sya harapkan.. =p
    http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com

    BalasPadam
  3. salam cik editor,

    Sy masih merokok mungkin akan berhenti merokok nnt. Nak kata gian tak sangat walaupun dah merokok sejak mulax bekerja lagi.

    Sekarang hisap rokok dengan cengkih. Mcm puas dari rokok yang ada seperti benson dan dunhill.

    Bezanya sy blend cengkih jadi serbok..gaul dgn tembakau dan gulung dgn kertas.

    Harga kertas 1 buku - 0.60 (50 kpg)
    Harga cengkih 1 bungkus - RM1
    Harga tembakau size besar - RM2.80
    Jumlah = RM4,40

    Tahan 1 minggu berbanding rokok benson 20 btg = RM9.30 yg tahan satu hari.

    Jimat dgn rokok gulong ini. Pernah Check jantung dan paru-paru insyaAllah semua baik belaka.

    Sebenarnya gambar kanser-kanser yang menunjuk berbagai gejala penyakit yg diakibatkan oleh merokok memang benar.

    Tapi sebenarnya nasib kita yg Allah SWT tentukan. Mati dan panjang umur memang dituliskan tetapi kita digalakkan berdoa minta panjang umur dari-Nya. Yang paling baik berdoa pd malam Nispu Syaaban.

    Tengoklah pd Hani Mohsien yg menjaga diet serta mengambil beberapa vitamin dan tidak merokok. Bibir merah. Tapi sayangnya sampai masa Allah SWT panggil juga. Jadi dlm hidup yg singkat ini. Apa-apa nikmat yg ada jgn kita sia-siakan termasuk merokok.

    Walaupun apa yg kita makan, minum dan merokok baca Bismillah dahulu. Nampak pelik ya kalau ada org baca Bismillah bila nak merokok. Kerana kuasa Bismillah amat besar sampai Malaikat yg ada tak tertanggung membawa ayat tsb. Tapi kita tak mengamalnya. Tak tahu fadilatnya.

    Setengah ulamak baca Bismillah dan hembus pd air bagi pesakit...insyaAllah sembuh kerana semua datang dari-Nya.

    Jadilah orang yg selalu membaca Bismillah bila akan melakukan sesuatu perkara kecuali masa nak membuang air besar dan kecil.

    Masa nak yang itu.... pun kalau tak tahu baca ayat yg panjang. Baca Bismillah shj pun dah cukup. wslm

    BalasPadam
  4. Rokok sepatutnya di haramkan...

    BalasPadam
  5. org besenya tinggalkn rokok bila dh dpt penyakit

    BalasPadam
  6. to Shukor, wadud@daud, captain, Miecyber, Noor, lepat pisang tq sbb bg komen..korg wt penulis xsabar2 nk smbung topik ni lagi..

    to miecyber..mulanya hukum rokok makruh pas tu bila dh bhayakn kshitn, mjlis fatwa sepakat mngatakn rokok tu haram..tu psl ramai lg org xtinggl rokok..sbb hukumnya haram je tak sebut lak berdosa..dosa tuhan yg tentukan& dlm al-quran tak ada yg yg terang2 sbut rokok tu hram..yg ada jgn mencampkkn diri ke jln kebinasaan. waAllahu'alam..

    to captain,
    wasalam, nape cmpur cengkih je? campur la tablet vitamin C ke, pegaga ke..hehhe, jgn marah ey..
    owh, buh cengkih sbb nk mulut bau wangi..

    mmg tak disangkal powerfull of bismillah.. mrokok nikmat? bala ada la..tu dah ajal nk wt cm ne..atuk sy merokok, hidup smpi umur 90 lbh..org zmn dulu hisp rokok daun..skg ni rokok moden.

    tp merokok ni kn menzalimi diri sndri. jgn ada yg slh guna ayt bismillah sudh..klu org yg minum arak, berzina, mencuri,membunuh baca bismillah cnfirm terbantut nak wt..sbb ingat Allah...tp org bca bismillah masa nk merokok agak2 terbantut tak nk merokok??

    to Noor, bese la, dah terhantuk bru terngadah.

    BalasPadam
  7. salam ziarah..
    sekarang pun da macam2 cara buat, masih tak jadi..cukai naik, harga naik, tempek gambar penyakit, kempen usah cakap, kandungan bahan dlm r0kok pun selalu didedahkan..ini la bahana kalu da ketagih, cam dadah jgk!

    hmM..jujurnya sy pernah ada pengalaman sbG remaja pGhisap r0kok, walau tak pernah beli sbtG r0kok pun..why?pGaruh rakan sebaya & sikap ingin mencuba.. tp Alhamdulillah, sy tak ketagih..hikmahnya, banyak perkara sy dapat tahu pr0 & k0ntra tentang masalah ini..InsyaAllah, b0leh digunakan untuk kebaikan

    BalasPadam
  8. wasalam..yup, betul tu bro..rmai yg kata xkish dgn pnykit & mati..tp bkn tu persoalan utama..yg perlu diambil kira..ramai org xsedar apa dia..

    tnyata bro azrai bijak buat pilihn..xramai org sbgini..tahniah & thumb up to you..xkn org yg algeric je yg terselmt dr bahana rokok kn..

    BalasPadam
  9. mbunuh dri..mhitamkn paru2..isk2

    BalasPadam
  10. .erhh x suka rokok
    .tp bf i smoker T__________T

    BalasPadam
  11. perempuan memang anti gila lelaki merokok

    eh... tau tak? dalam make-up tu ada berbagai bahan yang merbahaya...

    ...skrg sy x lagi merokok

    BalasPadam
  12. sesiapa saja boleh berhenti merokok sebab saya bekas perokok tahap tegar gaban!

    BalasPadam
  13. to snow white : yup, klu xda pmbeli xkn ada pnjual, & xkn pjual nk jual klu xda pmbeli. mmg xsyg nyawa, bg mrka ajal maut ditgn tuhan.

    to mizz nizz : bkn setakat hitam peparu tp tunas rasa pd lidah mkin kurng..

    to intannurulfateha : cm ne la time awk dating ngn dia ey? time dating dia mrokok x?

    to yo87 : syok? sbnrnya lbh byk derita dr syok..

    to tehr : sy pun ckup anti ngn yg perokok..cemarkn udara sy nk bnfas je..laki pun anti gak ngn prokok.lg2 yg alergic.

    to piewahid : yup, smuanya terletak pada kemahuan sndiri utk bhenti..TAHNIAH, anda berjaya bebaskn diri dari rokok!!

    BalasPadam
  14. to tehr : bgus la anda tak merokok..
    yup, tahu..mcm bhn pgwet nama paraben, bhn dlm sesetgh krim pencerah laure sulfate(nama pnuh tak ingt)..produk yg byk bhn kimia jugak berbahaya...

    BalasPadam
  15. Fatwa Mufti Mesir mengharamkan rokok. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga mengharamkan rokok.
    Jelas sudah haram tapi tiada penguatkuasaan. Penghisap rokok hisap benda haram, penjual rokok jual benda haram. Lebih kurang saja.

    BalasPadam
  16. I'm smokers...and I wat to say there's is no good of some...not for you or somebody else... :)

    BalasPadam
  17. heh,,,aku pn perokok gak,,

    adooii tp xde ar sampai sekotak sehari,,mau penoh asap otak aku ni,,hehe

    but now aku dlm proses benti,,lepas pose tu aku da slow,,

    sbb aku nak maintain kan fitness aku,,

    xmustahil la kalo nak benti,,cuma tahan x tahan je ar


    p/s: da bape lama ek aku xisap,,,hakhak

    BalasPadam
  18. to zul :Ya, rokok ni, klu bab arak & judi settle, tiada lagi masalah rokok. smua ni melibtkan business & wang, cukai.

    to RF4BI : say no to smoker & ciggaratte

    to lokman : sbb ko bkn perokok tegar..& 10 btg shari tu tak semestinya hbis, kdg2 xhbs pun dh buang..nk maintain fitness rjin2 la bersenam, jgn naik lift, naik tangga.

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!