Apabila AEDES Jatuh Cinta

Terima kasih pada yang sudi memilih topik untuk entry terbaru ni. Untuk anda, ni la dia topik yang dijanjikan, ramai yang pilih no 3. jangan keliru, tajuknya lain cikit. Kerana aedes ni la dj/pelawak kesayangan ramai meninggal dunia. Namun, sudah suratan takdir, Din Beramboi meninggal kerana penyakit demam denggi berdarah. Kalau ada penyakit lain, tak tahu la pulak. sebab saya bukan doktor yang merawat arwah. Masa dengar berita, arwah kritikal demam denggi berdarah, sudah saya jangkakan, masanya hampir tiba. sebab jarang orang yang menghidap denggi berdarah akan sembuh seperti sediakala. Kebarangkalian ia berakhir dengan kematian. Tapi agak mengejutkan juga, baru je dengar khabar kritikal, sudah pun menemui Ilahi.

Kemudian, timbul pulak kes ada yang mengutuk arwah di facebook. malas nak sebut, semua dah tau kan, kat melodi pun ada tunjuk. Kebiasaannya orang yang baik dan disukai ramai, akan pergi cepat, cuba tengok tahun lepas, Michael Jackson, Yasmin Ahmad, Ustaz Asri Rabbani dan ramai lagi. tahun ni pulak, Din Beramboi, yang terbaru Achik Spin.. memang tak sangka langsung kan?? Al-Fatihah untuk mereka semua.

sapa yang belajar sains atau EST mesti tau kan, yang nyamuk betina sahaja yang menghisap darah. nyamuk jantan?? hisap madu pada rumput.tu sebab bila tebas rumput atau lalu kat kawasan rumput panjang, banyak nyamuk. Nyamuk betina ni bila dah kenyang atau tiba masa akan bertelur. Mana-mana tempat yang ada air bertakung ni akan menjadi pilihannya. Yang anehnya, dia akan cari takungan air yang bersih/jernih bukan air yang kotor/keruh. pembersih la sangat nyamuk ni. Nyamuk pun tahu nak cari tempat yang bersih.

rupa virus denggi 

Kebiasaan kita dengar, lelaki mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dijangkiti demam denggi berbanding perempuan. Untuk kepastian mengenai statistik mengenai jantina, anda rujuk jabatan kesihatan, bahagian penyakit berjangkit. kenapa ya?kan dah cakap tadi, hanya nyamuk betina yang menghisap darah. Anda nampak tak kaitannya. Ni teori saya. nyamuk betina lebih suka menghisap darah lelaki berbanding perempuan dan tinggalkan denggi sebagai tanda cinta. Kalau denggi ada pada perempuan bermakna nyamuk tu lesbian. hahaha, bunyi macam kelakar kan? Kalau yang kena denggi berdarah tu, kira cinta tahap maksima la tu. WaAllahua'alam.. sapa kena denggi berdarah memang harap sangat tipis. Penawar masih belum ditemui.

Sapa yang antibodi kuat insyaAllah mampu untuk melawan penyakit ini. Penyakit ni boleh berjangkit, jika nyamuk menghisap darah si pesakit, kemudian nyamuk tersebut hisap pulak darah orang yang sihat, maka orang yang sihat telah dijangkiti demam denggi. tanda-tanda awal demam yang berterusan, suhu badan meningkat dari biasa 37 C kepada 38 C atau 40 C..untuk kepastian sila tanda doktor. "Tidak Allah jadikan sesuatu penyakit itu melainkan ada ubatnya, kecuali mati"

Hmm, bagaimana pula, jika JIN jatuh cinta, anda biasa dapat kesam lebam di badan? setengah kata kena cubit setan. pe kes setan tu nak cubit? kalau ada kesam lebam, tu tandanya JIN jatuh cinta, tu la mandi lagi masa senja, terlanjang pulak tu. JIN tengok berkenan, dia pun tinggalkan kesan lebam, macam korang tinggal love bite kat kekasih korang la..nanti saya cerita pasal love bite di post yang akan datang.

cara-cara nak elakkannya, mandi air limau sebagai mandian terakhir, jangan lap badan dengan tuala, biarkan ia kering sendiri. Jenis limau, biasanya orang buat ubat, limau purut. siapa yang selalu ada kesan lebam, buat la seminggu sekali ke, bergantung pada keadaan. Kalau yang pandai sikit, boleh baca surah jin ayat 1-9 pada air mandian tu. saya pun tak tahu sangat, untuk maklumat lanjut sila tanya ustaz.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

17 respon pembaca:

  1. sentiasalah menjaga kebersihan kws rmh...

    BalasPadam
  2. yup, betul tu..berjaga-jaga tapi terkna, lebih baik dr tak berjaga tp kna..

    BalasPadam
  3. topik ni fokus utama hnya bri kesedaran, bab2 mnghindr dnggi, tgk berita, kt tv pun ada kn, kt hsptl & klinik pun ada..eh, klu nemo mimosh perasan ada gak tip yg terselit..tp bkn utk pnykit denggi je tp utk smua pykit.

    BalasPadam
  4. oh,entry menarik, bukan sj cerita nyamuk tapi ada cerita pasal jin.tnk sebab bgi info..

    BalasPadam
  5. Aku benci Aedes
    2 orang member rumah aku kena denggi
    nasib bukan denggi berdarah
    dua2 dah okay
    semalam kitaorang hapuskan tempak pembiakan dia
    hahaha

    BalasPadam
  6. to sal : tq, sama2..nk tau cite psl jin lbh lnjut tgk kt sini.http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang.html pjg citenye..

    to hans : bgus la..hpus smua..klu jmpa jentik2 dlm air bg je ikan mkn..xpun buang ke tnh, jgn buang ke longkang!!

    BalasPadam
  7. salam capt,

    ha'ah, bg darah jd pahit..bkn nymuk je xnk gigit, pacat, lintah pun xhingin nk hisap.

    dlm hutan, askar mkn ubt yg wt darah jd phit, tu pasal xda dngr askr kna denggi,kna gigit pacat ke ..

    bukan member kencing manis je, org yg bertunang, bakal pengantin tu kategori drh manis gak kn..(^_^)

    BalasPadam
  8. salam,

    Cik editor ada ke darah kategori tsb?

    Dalam askar bila nak operasi, 2 minggu sebelum masuk hutan kena paksa makan Pill Drakula..cukup pahit.

    Sekarang askar pill tu dah tak issue lagi...pill baru fansidar..

    Pil Drakula orang bunting 3 bulan pun gugur.

    BalasPadam
  9. hahha..tak da..muda remaja lg, mana leh ada drh ktegori tu.

    pil drakula?nma pun dh seram. n kena mkn ubt thn lapr & proses pnyahtinjaan kn?

    pe2 pun antibodi kna kuat bru leh lawn pykit

    BalasPadam
  10. mintak jauhlah.. drp penyakit tuh..

    BalasPadam
  11. penyakit berada d mana2,, kene sentiase brhati-hati... ;)

    BalasPadam
  12. dah penah kena sekali demam denggi..10 hari dok dlm wad..huhuhu

    BalasPadam
  13. to zihnun : syukur la bkn dnggi berdarah...syukur la sembuh akhirnya..hari2 kna msuk air kn?

    BalasPadam
  14. salam kenalan..bagus ni info..harap-harap sume jd pembersih..

    BalasPadam
  15. to kayown : yup, minta dijauhkan..

    to juma : wasalam kenal..tq..yup..

    BalasPadam
  16. waa,nice info tntang denggi..erk pasal JIN catuh cinta tu?hehe thnkx ek bg petua :)

    BalasPadam
  17. sama2..moga dpt manfaat..tp psl jin tu nti ada entry khas psal tu

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!