BEST TEACHER WILL BUILD BEST STUDENT

Sekarang kita sudah berada di akhir bulan Mei. Apabila sebut bulan Mei, pasti terbayang di ingatan dua hari yang sangat bermakna bagi kita semua iaitu Hari ibu dan Hari Guru. Pada hari ini, barulah kita terkenangkan jasa dan pengorbanan seorang ibu dan seorang guru. Amatlah tidak wajar jika ia hanya diraikan pada hari itu sahaja. Namun itu yang berlaku dari dahulu hingga kini. Sepatutnya, kita mesti mengingati jasa dan pengorbanan mereka setiap hari, bukan hanya pada satu hari, 9 Mei dan 16 Mei setiap tahun.

Pada 9 Mei barulah kita, membuat sesuatu untuk menghargai atau mengembirakan ibu kita pada hari tersebut. Pada 16 Mei, barulah kita terkenangkan jasa guru yang mendidik, memberi tunjuk ajar, menegur salah silap kita. Jika tidak langsung kita lupa. Kalaulah tidak ada sambutan Hari Guru, pasti ramai pelajar yang akan lupa jasa seorang guru. Sememangnya sudah lumrah kehidupan manusia, yang baik itu sering dilupakan, yang buruk terpahat kukuh di ingatan. Kadang kala terbayang-bayang di jendela minda. Kalau yang baik tidak mengapa, ini yang buruk. Nak buat apa?

Dahulu, apabila teringat tanggal 16 Mei, fikiran segera mengimbas kembali zaman persekolahan yang sudah 5 tahun ditinggalkan. Banyak kenangan terpahat di minda penulis. Jiwa bagai direntap untuk kembali ke detik itu. Pelbagai peristiwa yang mengetarkan hati apabila mengenangkannya. Suka duka, nangis, tawa sudah menjadi kebiasaan ketika itu. Kenangan yang amat mengesankan ketika di tingkatan 4 dan 5. Rindu tak terkata. Lebih meruntun jiwa, apabila terselak beberapa ruangan dalam majalah sekolah.


Aahhh..Begitulah adatnya, ketika zaman persekolahan rasa nak sangat cepat habis dan nak sangat cepat jadi dewasa. Bila dah habis sekolah, rasa macam nak kembali pulak. Lebih-lebih lagi saat terpandang budak-budak sekolah di jalanan ketika pergi dan pulang dari sekolah. Masa ibarat pelangi. Hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh atau dipegang. Hanya muncul beberapa ketika dan masa tertentu sahaja, kemudian lenyap hilang entah ke mana.


Sesekali terpandang handphone, teringat SMS pertama yang dihantar iaitu ucapan SELAMAT HARI GURU. SMS pertama yang diterima merupakan balasan dari guru (Cukuplah hadiah kejayaan pelajar beri sangat bermakna). Rasanya penulis masih simpan lagi SMS itu. Guru itu adalah guru kesukaan penulis. Mengapa? Jawapannya mudah sahaja, beliau seorang yang sangat istimewa berbanding guru lain. Apa istimewanya? Beliau seorang yang cool (pernah dinobatkan sebagai guru paling cool), berfikiran terbuka, mudah diajak berbincang, bertolak-ansur, memahami, menyenangkan, sabar melayan karenah penulis (hobi suka bertanya, kadang kala mencuri masanya), baik (tak usah nak kata, al-maklumlah XXXXX), raut wajah yang sedap & sejuk mata memandang, paling penting memberi inspirasi dan semangat untuk terus maju dalam pelajaran dan hidup.

Huh, kalaulah guru ni ajar subjek yang kritikal dan berat, mesti penulis dapat B3, tak pun A1. Tu pun kalau rajin usaha. Begitulah impak seorang guru ke atas pelajarnya. Malangnya ramai di kalangan kita memilih kerjaya guru sebagai pilihan terakhir dan beranggapan kerjaya guru sangat tidak glamour. Cuba anda fikir sejenak dan bayangkan macam mana gaya dan sikap guru seperti itu apabila berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar semasa & diluar waktu pembelajaran? Bagaimana teknik dan gaya pengajarannya mampu memikat hati pelajar untuk tekun mendengar dan mengikuti siri pembelajaran dari mula hingga tamat?

Salah satu tanggungjawab guru adalah memartabatkan profession perguruan. Guru seharusnya memahat di sanubari ayat ini, sesungguhnya kami ingin bekerjaya bukannya sekadar bekerja. Kerjaya guru zaman sekarang lebih berat dari zaman dahulu. Guru suatu kerjaya yang mencabar. Ramai yang berfikir, jadi guru ni mudah dan senang, masuk kelas ajar, bagi kerja rumah, tanda buku dan kertas periksa, banyak cuti, sebulan gaji buta (bulan 12 kan cuti sekolah sampai sebulan). Tapi ramai yang lupa, guru ni banyak tanggungjawab dan amanah! Seorang guru akan memikul beberapa jawatan di sekolah ditambah dengan tugas sedia ada mengajar. Belum kira lagi, nak melayan pelajar yang bermasalah dengan pelajaran dan disiplin. Memang mencabar jiwa, emosi, mental dan fikiran. Jika tidak berjaya, hospital bahagia kediaman yang paling indah.

Penulis sangat kagum dengan sikap dan gaya pembelajaran guru matematik, kerana dialah penulis mahir dengan subjek matematik. Tidak seperti guru lain, ajar cincai saja. Setiap soalan ditunjukkan dengan jelas jawapannya. Walaupun ramai yang faham, beliau tetap juga tunjukkan jalan penyelesaian dari A sampai Z seperti selalu. Kerana apa, mahu pelajarnya betul-betul faham supaya tidak buat kesilapan di lain masa. Malangnya guru ni kelihatan garang dan menakutkan. Dalam erti kata lain tidak mesra alam. Takut kalau ingin bertanya/menjawab semasa sesi pembelajaran. Kalau salah, hai tak tahu nak kata. Dan guru ni begitu punctual. Sangat berkira dengan masa. Maklumlah nama pun guru matematik. Pantang baginya kalau tak siapkan kerja sekolah. Kalau tak tahu lain cerita.

Dewasa ini, layanan pelajar terhadap guru sangat berbeza berbanding masa dahulu. Guru sangat dihormati & ditakuti selepas ibubapa. Sekarang martabat guru tidak sama lagi. Malah rendah dan dipandang sinis oleh pelajarnya. Kalau dahulu kena rotan dengan cikgu, murid takut & segera insaf. Sekarang, kena rotan, kena cubit sikit, kena denda dah mengadu kat ibu bapa masing-masing. Silap hari bulan cikgu kena maki dengan mak bapa pelajar berkenaan. Begitulah biadapnya sikap pelajar terhadap gurunya. Ada guru yang bersikap baik terhadap pelajar, memberi layanan seperti seorang kawan. Malangnya, segelintir pelajar mengambil kesempatan di atas kebaikan guru tersebut. Kata orang kalau kita dulu murid yang baik, ketika jadi guru anak murid pun baik, begitu juga sebaliknya. Bertepatan pula dengan peribahasa “what is you give, is what you get back”, “what goes around will come around”..Apa yang ditanam, itulah hasilnya.

Penulis terpandang soalan ini ruangan forum. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru dalam menyampaikan dakwah dan ilmu kepada orang yang ingin menuntut ilmu dengannya? 

Terdapat 3 ciri utama :
1. Berilmu, 
2. Mengajar ilmu, 
3. Mengamalkan ilmu.

Mana mungkin guru boleh memilih murid yang mana mahu atau tidak mahu diajar. Tak kira apa jua jenis ilmu yang mahu diajar. Jika ada murid yang hendak belajar, guru haruslah mengajar. Lainlah jika ada murid yang kurang ajar, maka guru berhak untuk menolak atau mengeluarkan murid tersebut dari kelasnya. Bergantung juga pada budi bicara guru tersebut. 

Guru selalu memuji penulis di dalam kelasnya. Timbul bimbang di hati, takut kalau ada rakan yang meluat, cemburu dan dengki. Namun itu tidak menjadi soal, jika ada pujian pasti ada kejian. Pujian tidak menjadikan diri ini sombong atau bongkak, malah menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha gigih. Manakala kejian sebagai peringatan di masa akan datang.


Guru, engkau tiada tandingannya, mengajar aku dari jahil hingga menjadi bijak pandai! Membawa aku keluar dari penjara kedunguan ke mahligai kejayaan. Tiada suatu balasan yang engkau pinta atau harapkan melainkan cukup dengan sebuah kejayaan yang penuh bermakna.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

8 respon pembaca:

  1. salam cik editor,

    Jasa guru mesti dikenang sampai akhir hayat.
    Doa murid pada guru terus sampai pdnya. Seperti doa anak kepada arwah bapanya. Begitulah betapa besarnya seorang guru yg ikhlas dan dedicated.

    Tapi bila anak kena pukul saman guru pulak sampai hilang semangat guru tersebut.. kadangx guru pun tak boleh control kesabaran dgn keadaan pelajar yg tak siap kerja sekolah..ponteng kelas dan tak bawa buku ikut jadual...

    Cik editor pelajar macamana kat sekolah? pendiam atau sebaliknya.?

    BalasPadam
  2. ada anugerah buat orang di sana ya

    BalasPadam
  3. wasalam capt, yup, tol tu..tu la pentingnya peranan ibubapa..

    yup, tp setiap yg berlaku pasti ada sebabnya..

    sy, diam sgt pun tak, bising sgt pun tak..sederhana je..tp muka ni slalu masuk kluar bilik guru..hehehe..wt pe enth..

    to Abu Luqman : tq..nti sy ambil

    BalasPadam
  4. Pengalaman yang menarik..penuh dgn kata pujangga..keep it up

    BalasPadam
  5. tq, hehe..dulu kt sek subjek bm selalu kna wt karangan...giant ckit..
    pas tu dh lama tak tulis guna kata pujangga..

    BalasPadam
  6. caer pon bkal jd guru..erm doakan caer jd cikgu yg baik ye..ngeh3

    BalasPadam
  7. pelangi itu terlalu indah buat saya....

    BalasPadam
  8. to jane : yup, guru prlu pandai guna kemahiran mgjar yg efektif bila berdepan ngn budak cm zmn skg ni..

    to mohd sasuke : owh, yeke..tahniah..
    bila jd cikgu..? nti nk wt entry psl cikgu

    to : yup..tu pelangi pagi jumaat, hari yg berkat..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!