Mari menghisap rokok!!!

pemuda 1 : Bro, minta rokok sebatang, boleh?
pemuda 2 : ko nak rokok jenama apa?
pemuda 1 : apa-apa la janji rokok.
pemuda 2 : Nah,aku bagi ko sebundle. Yang ko terbeliak biji mata tu kenapa? ambil je jgn malu-malu
pemuda 1 : Mak oi, bro, aku minta sebatang je, apsal bagi sebundle ni. ingat nak bagi marlboro ke dunhill ke? Baru la ada gaya. ni rokok daun..alahai.
pemuda 2 : ko ni aku dah bagi kira bersyukur la..banyak ko, punya gaya.
pemuda 3 : merokok tak da gaya, tapi ada style. (dgn stylenya mnghisap rokok)

sekali kena sekeh pemuda 3 ni dgn pemuda 2. kenapa?

pemuda 2 : (meniru gaya perckpan pemuda 3) hah!! nk style nk gaya, aku nk kmu dua ni hisap rokok daun ni smpi hbs. ari ni jugak..SEKARANG!!
pemuda 1 dan 3 : mak oii, nak bunuh ktaorang apa?
pemuda 2 : bukan ke apa yang korang tengah buat ni, memang membunuh diri apa? membunuh diri secara perlahan-lahan.
pemuda 1 : mana ada.rileks la bro. kalau mati pun, semua orang akan mati. bro pun akan mati gak.
pemuda 2 : amboi, menjawab pulak budak ni..sekali aku tgnkan baru tau (sambil menahan geram)
pemuda 3 : opp..tak remaja lah, gaduh2 cam ni bro. ala, bro pun hisap rokok gak pe, rileks la.
pemuda 2 : bila masa pulak aku hisap rokok. aku tak pernah hisap pun.
pemuda 1 : ni, yg bro baru bagi kt aku ni apa? ayam goreng?
pemuda 2 : aku saja je..ko tahu tak sapa aku?
pemuda 3 : ala, budak macam kita-kita ni jugak.
sekali pemuda 2 tunjukkan tag nama yg digantung dilehernya..sepantas kilat pemuda 1 dan pemuda 3 lari macam tak cukup tanah. rokok sebundle pun sempat angkut sekali.iskhhh..

Perbualan di atas hanya untuk hiburan semata-mata. tak kena mengena dengan yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

AMARAN :jangan klik teruskan pembacaan anda!! baca sampai di sini saja.
Korang ni degil betul la, aku dah kata ngan klik korang nak klik. tapi tak apa, aku tak marah pun, suka lagi ada la. sebagai tanda terima kasih. aku cerita sikit kat sini.

Tajuk post ni pun, mesti ada yang kata penulis ni nak suruh hisap rokok pulak, antikerajaan apa?penat-penat kerajaan buat kempen tak nak kepada rokok, dia boleh pulak buat kempen mari menghisap rokok.Tak, jangan salah sangka, tu simbolik je dan saja tukar style tak la korang boring kan?? ala, macam orang tua-tua bila berpesan, kadang-kadang tu cakap terbalik..macam sinis la..yang bijak faham, yang kurang pandai ingat perbuatan mereka digalakkan.
Aku tak nak cerita pasal rokok macam kempen tak nak merokok. tapi aku boleh sentuh cikit je. korang pun jelak dengar kan.Ok, dlm sebatang rokok ada METAPRENA, BENZOPIRENA, ARSENIK, ASETON, PLUMBUM, FORMALDEHID, TURPENTIN, PROPILENA GLIKOL, BUTANA, KADMIUM, AMMONIA, BENZENA. sapa blaja kimia mesti tau apa benda ni semua..katakan lah dalam sebatang ada 12 jenis bahan kimia. dan setiap satu 3 gram dimasukkan dalam 1 batang rokok. cuma kira kalau sehari hisap 10 batang. seminggu 70 batang. sebulan 300 batang. setahun 3650 batang. dan kira pula kalau merokok selama 10 tahun..WOW!! banyak giler.kira pulak berapa banyak bahan kimia yang masuk dalam badan. kemudian berapa banyak duit dihabiskan untuk membeli rokok selama 10 tahun, sekiranya sejumlah itu disimpan atau dilaburkan, berapa pulangan yang akan anda dapat..lumayan kan??

"Dan janganlah kamu mencampakkan diri ke jalan kebinasaan.." (surah Al-Baqarah, ayat 195)


".., dan Allah menghalalkan bagimu benda-benda yang baik dan mengharamkan ke atasmu benda-benda yang jijik dan kotor" (surah Al-A'raaf, ayat 157)


"Katakanlah : Tiada sama yang buruk dengan yang baik meskipun engkau tertarik kepada banyaknya yang buruk itu." (surah Al-Maaidah, ayat 100)

Cuba bayangkan, najis dimasukkan dalam rokok, eii, wuieks..korang mana tau, rasa seronok dan sedap hisap je rokok tu. sebenarnya, rokok daun lagi bahaya dari rokok dalam kotak yang berjenama tu. sebab ia semata-mata tembakau. Tahukah kamu, pengeluar, pembuat dan pengedar rokok tidak merokok tetapi membekalkan rokok ke seluruh dunia. sama juga macam dadah. apa salah? Cuba selidik dan fikir..
Pengeluar rokok terbesar di dunia dimonopoli oleh yahudi. pelik kan, mereka tak hisap pun, tapi jual seluruh dunia..ni la yg rahsia besar yang ramai orang tak tahu. semua tahu merokok membahayakan kesihatan. kak kotak pun tulis, siap ada gmbr lagi..bknnya tulis ada vitamin C tapi ramai yang tak tahu kesannya kepada waris si perokok ni..sesungguhnya yahudi mengetahui hal ini. sedangkan bangsa lain tak tahu pun. lihat la kemunduran di mana-mana negara. negara yang maju dan hebat adalah negara yang sedikit bilangan perokoknya.

Sesiapa yang nak hisap rokok, hisaplah. tapi janganlah biarkan orang lain terhidu sama asapnya. Ada satu tempat kat mana entah..dikenali dengan nama TEMPAT MEMBUNUH DIRI. perghh..ganas betul namanya. Nak buat macam mana dah rokok tu racun..masa penulis duduk di tempat makan, ada beberapa lelaki ni selamba je hisap rokok tak hirau langsung orang sekeliling..penulis tak kisah pun..tapi asap tu bergerak ke serata tempat. sampaikan penulis dapat selsema..dah la kena duduk kat bilik sejuk, kena pulak asap rokok..klu tak sebab rokok tak la teruk sgt rasanya.
Lagi satu, kalau dah merokok tu, puntung rokok tu buang kat tempat yang sepatutnya..matikan asap rokok apabila selesai merokok. dan jangan buang atau campak kat merata tempat tanpa mematikan asap rokok..kerana BAHAYA!! Bayangkan korang campak kat longgokan sampah, tanah gambut, atas jalan raya,   kena pulak, time tu, tangki minyak bocor. tak pasal-pasal MELETUP DAN KEBAKARAN berlaku dalam sekelip mata sahaja..dan tanpa sebarang AMARAN.!!

will be continue..
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

5 respon pembaca:

  1. sokong entry ini!


    *kena tunjuk sama boyfren saya ni~ T_T*

    BalasPadam
  2. syukran..tunjuk jgn tak tunjuk, di smping itu, nantikan epd 2 topik rokok ni

    BalasPadam
  3. wah rokok tu bahaya... :O koment balik..

    BalasPadam
  4. tau xpe..mmg sgt bhaya pun..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!