Perghh, buka blog bersawang weh. Komen tak berjawab. Tak ada new post..last bulan Oktober tahun lepas. Maklumlah lepas pergi kursus MDEC e-usahawan, terus busy. Hahaha
Kesian betul dekat bebudak yang tanya pasal course sains kognitif. Nak isi borang tak pasti dengan pilihan kursus yang nak diambil. Hari ini baru aku buka blog ni. Rasanya dah tarikh tutup dan result pun dah keluar ke belum?
Bulan ni banyak betul ye sambutan hari peristiwa. Yang tetap setiap tahun Hari Pekerja, hari Ibu dan Hari Guru. Kalau ikut kalendar islam pulak Nifsu Syaaban dengan Awal Ramadhan. Owh, ye hari wesak pun ada. Banyaknya cuti. Tu tak termasuk cuti peristiwa macam keputeraan negeri lain & pesta keamatan.
Owh ye, cuma hari ibu je tarikh dia tak tetap, tapi mesti hari ahad. Hmm, memang patut la tak boleh sambut. Hari Ahad kan hari keagamaan bagi orang Kristian. Hari Bapa pun disambut hari ahad juga tapi bulan Jun di minggu yang ketiga.
Nak kenang jasa ibu bapa ni bukannye sekali setahun, tapi setiap hari selagi masih bernafas & bernyawa. Istilah father & mother dalam agama kristian bukan merujuk pada ibu bapa pun, tapi lain macam Mary (Mariam) yang dianggap sebagai mother.
Hari ini hari GURU. Wah! SELAMAT HARI GURU pada semua yang bergelar guru. Terima kasih atas dedikasi kalian yang gigih mengajar dan mendidik tanpa jemu. Terima kasih juga pada guru yang tak mengajar secara tak formal, secara langsung dan tidak langsung. Rasanya kita ni lebih banyak belajar dari guru tak formal dari guru yang mengajar secara formal, bertalaqqi kata orang.
Best jugak zaman sekolah masa sambut hari guru. Ada yang buat persembahan ada pertandingan sukaneka antara guru dan pelajar.
Jom kita throwback post lama yang aku ada tulis pasal guru jugak. Tapi artikel tersebut bukan tulis sempena hari guru. Korang tak pernah baca lagi, layan je la ye..haha
Rasanya ada lagi kot. Korang search la sendiri ye. Artikel pasal soalan temuduga nak jadi cikgu pun ada.
(^_^)
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Undang-Undang Negara
Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!
terima kasih jejalan kt blog sy..
BalasPadamAssallamuallaikum..salam Ramadhan.
BalasPadam