TIPS KURUS DAN KURANGKAN BERAT BADAN

Ubat, pil kurus yang ada di pasaran sekarang ni berkesan ke? Selamat ke? Atau sekadar janji bulan bintang? Kalau tak pasti jangan ambik risiko. Nyawa anda lebih berharga daripada wang anda.

Habis tu, macam mana nak kurus? Hidu bau masakan pun dah boleh naikkan berat badan. Tu belum makan lagi. Jangan risau banyak lagi cara nak kurus sebenarnya. Orang yang jenis nak cepat kurus dan malas berusaha je yang suka ambil jalan mudah ni.

Ramai yang kata tak ada masa nak bersenam apatah lagi nak pergi ke gym sebabnya sibuk dengan aktiviti harian. Alasan je semua tu. Kalau nak seribu usaha kalau tak nak beribu-ribu la alasannya.

Ok, mari saya ajar beberapa tips dan panduan. Mungkin ada beberapa tips di bawah ni yang ramai orang terlepas pandang.

1. MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM SEKENYANG

Ada sesetengah kata makan ketika lapar bukan sebelum lapar. Biasanya kalau tengah betul-betul lapar, kita akan mudah untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Ye la, masa ni tengah berselera dan keinginan nak makan tu sangat tinggi. Ramai jugak yang lupa untuk berhenti makan bila dah mula rasa kenyang. Mulut masih nak mengunyah sesuatu. Nak pulak, makanan tu sedap hingga menjilat jari.

Kalau tak nak membazir jangan ambil makanan tu sekali gus. Dah habis baru tambah. Orang kata makan tambah-tambah ni sedap, lagi-lagi kalau makan ramai-ramai satu family. Asalkan tak lupa untuk berhenti makan sebelum kenyang. It's okay!

2. KURANGKAN MAKANAN BERLEMAK

Makanan yang berlemak ni selalunya ada santan. Come on guys, tak pakai santan takkan boleh kot. Saya rileks je masak kari tak letak santan. Orang kata kalau tak ada santan tak sedap. Kena cara masaknya sedap la. Kalau bubuh santan ni, gulai jadi cepat basi. Orang kita ni kekadang sayur pun nak buat masak lemak. Pelik betul.

Ada seorang makcik ni kan, buat nasi lemak tak pakai santan. Sama je rasanya. Ini tak bermakna korang tak boleh makan makanan berlemak langsung. Cuma kurangkan dari ambil dengan kerap. Contohnya nasi lemak tu makanlah seminggu sekali je, bukan hari-hari ye.

3. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK

Kalau masak rendang ke sambil tumis ke, cuba kurangkan sikit penggunaan minyak tu. Duit pun jimat, badan pun sihat. Bukan sedap pun kalau berlebih minyak.

Sebut pasal makanan berminyak ni, termasuk la kategori makanan bergoreng. Dah nama pun goreng mestilah pakai minyak. Bab ni susah sikit la. Sebab goreng pun sedap. Masa angkat makanan tu tos kan dulu minyak dari makanan bergoreng tu. Contoh kebanyakkan penjual pisang goreng ni, bukannya nak toskan minyak tu. Melekat minyak dekat tangan pembeli. Lagi pun kebanyakkan penjual ni guna minyak terpakai (minyak recycle), untuk jimatkan kos pengeluaran & semestinya nak untung lebih.

Jadi pilih la, makanan jenis rebus, panggang, kukuh, bakar. Bukan tak boleh makanan bergoreng ni, kurangkan. Kalau sendiri masak senang nak adjust sikit atau banyak minyak tu.

4. BANYAKKAN PERGERAKAN

Kebanyakkan orang yang berbadan gempal, gemuk ni, malas nak bergerak. Nak ambil barang, nak letak barang, suka suruh orang. Lagi best ada orang nak disuruh ambil itu ini. Memang lemak bertambah-tambah la buat perangai macam ni. Lepas tu heboh kata gemuk sambil berangan "bila la nak kurus ni." Jangan mimpi la, wei. Lepas ni sila rajin-rajinkan diri tu buat semuanya sendiri ye. Jangan nak suruh orang, jangan nak harap orang. Itu pun kalau korang tak kisah lemak degil menempel di badan korang selamanya.

Kalau dekat office tu, ada tangga lebih baik naik tangga dari naik lif. At least, lemak tu tak kekal jadi lemak semata-mata tapi jadi tenaga. Kalau nak pergi kedai dalam jarak kurang 1 KM. Lebih baik jalan kaki je la. Jimat duit minyak. (kecuali kenderaan tu jarang digunakan) Kalau dekat area shop lot. Parking 1 tempat je. Selebihnya jalan kaki. Lagi pun susah nak dapat parking nanti. Cari parking pun dah habis masa 15 minit. Dah la parking kena bayar.

Nak lagi banyak pergerakan naik public transport. Jarang tengok orang yang naik public transport ni ada masalah obesiti. Mana tak nya kadar metabolisme mereka maintain tinggi.

5. LEBIHKAN HDL DARI LDL

High density Lipoprotein (HDL) adalah kolesterol baik. Low Density Lipoprotein (LDL) ni kolesterol jahat. . Kalau pembuluh darah dah terhalang dengan kolesterol jahat agak-agak apa jadi? Siapa yang ada banyak LDL ni sangat berisiko dapat penyakit jantung dan stroke.

So, pilihlah makanan yang kaya dengan HDL. Boleh tengok pada label makanan, kebiasaannya ada. HDL ni pun kawan baik si berat badan selain metabolisma tinggi. Kalau nak tahu korang ni kategori mana, banyak kolesterol baik atau jahat pergi la buat pemeriksaan darah.

6. MAKAN MAKANAN FIBER UNTUK KURANGKAN RASA LAPAR

Kebiasaan orang yang nak kurus, fobia gemuk ni, akan kurang makan. Adakalanya skip breakfast, skip lunch, skip dinner. Padahal lapar tu hanya Tuhan je yang tahu. Perangai macam ni la yang bahaya. Lama kelamaan boleh dapat sakit gastrik. Ada ke patut nak makan sekali sehari je.

Kalau nak kurangkan rasa lapar ni makan makanan fiber atau karbohidrat tapi rendah kalori. Makanan jenis fiber ni akan memanjangkan tempoh proses penghadaman, secara tak langsung melambatkan rasa lapar. Kekal kenyang untuk tempoh yang lama. Bila dah kenyang mesti kurang makan, betul tak? Contohnya nasi berkanji dengan kurang kanji. Makan nasi kurang kanji ni walau makan banyak tapi tak kenyang. Kalau nasi banyak berkanji ni, makan sikit pun dah kenyang.

Nak makan sikit tapi kenyang lama jangan lupa baca bismillah.


7. SUKAT KADAR PENGAMBILAN MAKANAN

Disebabkan keinginan makan yang berlebihan. Makanan pulak sedap, terliur walau sekadar tengok je. Tambahan pula makanan free. Selera tahap tip-top. Memang akan rasa hidup untuk makan.

Nak makan apa-apa pun tiada masalah, tapi berpada-pada la. Bukan semua jenis makanan kita boleh hentam sampai kenyang, sampai sendawa. Semua ada limit dia. Kalau makan nasi tu make sure 1 mangkuk kecil je. Kalau makan kek tu biar sepotong je. Ais krim, ABC biar sekali je sehari atau seminggu sekali.

Masih ingat lagi dengan piramid makanan? Haa, follow yang tu, sebagai panduan nak sukat kadar pengambilan makanan. Sebelum beli makanan tu cuba rajin-rajinkan diri tu baca kandungan nutrisi pada label makanan. Dekat situ ada bagi tahu berapa jumlah kalori, tenaga, gula, lemak, karbohidrat dan lain-lain lagi. Info tu boleh dijadikan panduan untuk rancang pemakanan seharian korang.

8. JANGAN MAKAN LEWAT MALAM

Bila dah dinner awal skitar pukul 6.30 petang atau 8 malam. Perut tu mula la tunjukkan kemanjaan nak minta makanan masa pukul 10, 11 malam. Jangan dilayan kehendak perut tu, kecuali korang jenis yang rajin jogging, rajin bersenam, kaki gym, metabolisma tinggi.

Nak elak lapar, masa dinner tu makan lah kenyang-kenyang. Tak pun tidur awal. Kalau dah tidur lewat memang senang la nak rasa lapar. Kalau lapar jugak try la minum segelas susu ke, oat ke, biskut ke apa-apa ke tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.

9. JANGAN MINUM AIS

Kebiasaan kita bila tengah hari atau terlalu dahaga, yang dicari air ais, air sejuk. Nak lagi sedap ais krim, air batu campur (ABC). Benda-benda macam ni la yang buat korang susah nak kurus. Tak boleh ke minum air masak, air suam, air kosong, air putih je. Mengada-ngada nak cari air dalam peti sejuk.

Minum ais ni, buat lemak korang jadi tepu, pejal & sukar nak dibakar walau banyak buat pergerakan. Bahagian paling favorite lemak menempel adalah perut. So, kalau nak six pack kurangkan minum ais, air sejuk kecuali korang jenis rajin bersenam & metabolisma tinggi.

10. JAUHI MINUMAN BERKARBONAT

Kalau sebut jenama minuman berkarbonat yang popular mesti ramai tahu. Entah napa, pelik ada je yang masih minum walau tahu banyak sangat keburukkannya. Minuman jenis ni la paling banyak kandungan gula. Lebih kurang 10 sudu. Giler apa nak minum air 10 sudu gula.

Amalkan selalu boleh dapat penyakit kencing manis & lemah buah pinggang. Tu la penyakit paling ramai rakyat Malaysia hidapi. Setiap tahun jumlah pesakit yang kena buat dialisis meningkat. Korang nak jadi salah seorang ke? 100 plus aku rasa ok lagi, tapi minum sebab nak tambah tenaga yang hilang tu je. Walaupun sekarang ni ada pilihan yang tiada karbonat tapi tetap juga banyak gula.


Nak impian jadi kenyataan amalkan segala tips yang dikongsikan dalam artikel ni. Jimat sikit duit nak beli ubat kurus. Heee.. yang jual ubat kurus jangan maraa.. Ubat kurus hanya untuk orang yang malas bersenam lepas tu pulak suka makan makanan berlemak & berkolestrol tinggi. Habislah tak laku ubat kurus korang. Haha. Alah, senang je. nanti masa update status, copywriting dalam iklan tu guna la ayat ni. Anda malas bersenam? Tiada Masa Untuk Bersenam, Beriadah? Selera makan tinggi? Suka makanan berlemak, manis & berkolesterol tinggi? Kini ada penyelesaiannya dengan (nama product anda).

Kini tiada lagi alasan untuk kurus walaupun tiada masa nak bersenam, walaupun tak pergi gym. Akhir kata, kalau kau kurus kau berangan nak pakai ketat-ketat, lebih baik kau gemuk je. Dilarang tolong orang macam ni. Hahaha
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

40 respon pembaca:

  1. Skrg ni tgh nak turunkan berat badan..dok berusaha jgk ni...hehe..
    salam kenal ya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn lupa amalkan tips di ats, smoga misi atie brjaya..slm kenal jugak (^_^)

      Padam
  2. Lepas makan banyak. Memang kena banyak berjalan. Barulah maintain slim. Huhu.

    BalasPadam
  3. nice share.. saya antara yg paling susah nk tinggal makan lewat malam la.. dah biasa dari zaman student kat penang, kedai nasi kandar 24 jam.. pukul 2 pagi rasa lapar, start moto cari nasi kandar.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu, kena lawan la tabiat makan lewat malam tu. jgn diikutkan sgt kehendak perut tu. 2 pagi lewat sgt tu pha is..bersahur je la sng..hihi.

      Padam
    2. hahaha.. susah nk tinggal.. hmm.. sabor je la..

      Padam
    3. zaman belum kahwin mmg susah nk tinggal, esok2 dh khwin hilang terus tabiat tu..haha

      Padam
  4. 8, 9, 10 tu mmg sy buat...tp x kurus2 jg... kecuali kalu sy rajin trn berjoging... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo, kalau cam tu, kena amalkan tips 1,2,3,4,5,6,7 la baru berkesan walau tak rajin jogging..hihi

      Padam
  5. suka dengan ayat ini "Nak makan sikit tapi kenyang lama jangan lupa baca bismillah"
    hehe

    BalasPadam
  6. jangna lewat makan tu rasnaya tkleh la lisa nak amalkan. hahah sebab kalau kul 12 malam and tk tidur lagi.. mmg tkleh nak tidur la kalau tk makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. lwt mkn pun jgn lebih dari kul 11 sudah la...mkn yg ringn je tak pe jgn yg berat2 mcm nasi dh ler.

      Padam
  7. Bagus tips yang dikongsikan nie.. boleh try mana yang sesuai nie

    BalasPadam
  8. nak gak la kurangkan makan.. salah satu azam tahun baru...hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga terkeluar dari senarai rakyat malaysia yg gemuk.hihi

      Padam
  9. tips gemukkan badan ada x? hihi
    singgah da follow sini
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak gemukkan badan reverse je la tips kuruskan badan ni. Apa yang sebabkan susah nak kurus, tu la yang gemukkan badan. hihi
      Tq Fhatin Amelia sebab singgah & follow (^_^)

      Padam
  10. lama dh tak jogging, bt exercise je kt rumah.. turun naik tangga.. bab makan lewat tu ska sgt bt.. nasib jenis susah nk gemok

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe la jnji ada gak exercise, keluar peluh..ninamads ni mesti kategori metabolisme tinggi ni, tu pyh gemok kn.hihi

      Padam
    2. hehehe lebih kurang fannun.. tp kalau nk kurus kena kurang makan ayam, itu penyebab lemak naik sgt2 sbb ayam kena cucukkan?

      Padam
    3. ha'ah betul tu, mkn le ikan..tp klu nak jugak mkn ayam, mkn la ayam kampung.

      Padam
  11. terima kasih berkongsi tips nya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 ya Cik Itah. Semoga bermanfaat. (^_^)

      Padam
  12. hi, bagus tips ni.. salam kenal ye.. done follow awak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai..thnks smoga bermanfaat. slm kenal jugak ye intan.. TQ follow. (^_^)

      Padam
  13. yg paling pntg, breakfast jgn tinggal 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, btul tu..itu tenaga utk permulaan hari kita

      Padam
  14. Ni baru la tips yang betul. Ni kena ikut minum air itu, minum ubat ini...takut lagi merosakkan badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, biasa la tu orang meniaga sebagai pengguna yang bijak kena lah fikir, kaji dulu sebelum beli.

      Padam
  15. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai ainishah. What do you mean interested to collaborate?

      Padam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!