kelebihan solat tarawikh dari sudut sains


Alhamdulillah, sudah genap 9 hari kita berpuasa..moga kita dapat pahala berlipat kali ganda sepanjang menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dan juga semoga amal ibadat kita mendapat keberkatan & diredhai oleh Ilahi..Amiiin.. Bila sebut bulan puasa je, tentu kita senonim dgn istilah tarawikh & witir..Amatlah rugi bagi mereka yang meninggalkannya kerana hanya di bulan puasa sahaja solat tarawikh boleh dilakukan, ehm bagaimana pula, dgn solat witir.. mungkin ada yang tidak tahu dan mungkin juga ada yang tahu. Solat witir ini tetap boleh dilakukan pada mana-mana bulan.. Hmm, bagi yang biasa dengan qiamulail tentu tahu.. Baiklah, bagi yang tidak tahu, solat witir dilakukan setelah selesai mengerjakan solat sunat..dalam istilah lain, solat penutup.

Dalam bulan puasa pula, solat witir dilakukan setelah selesai solat tarawikh, ada orang kata lepas solat witir tak boleh sembahyang sunat. apa pasal lak tak boleh?? oleh kerana itu, ada orang yang buat witir di rumah. kalau nak buat solat sunat jugak, kena tidur dulu. Saya pun beranggap begitu. nak buat macam mana tu yang diajar..MasyaAllah, baru saya tau rupanya salah tanggapan ni. solat witir memang solat penutup. bila dah tutup boleh tak kita buka balik?? MESTILAH BOLEH!! yang salah adalah, buat 2,3 kali solat witir pada 1 malam. Contohnya macam ni. kt masjid/surau dah buat witir, dekat rumah pulak, sebelum sahur, buat solat sunat yang lain lepas tu buat witir sebagai penutup.NI YANG SALAH NI...penutupnya kenapa banyak sangat, patutnya 1 je la. 

Tamsilannya begini, kita ada satu botol air mineral. kita buka penutup dan isi air. kemudian kita tutup balik. kita nak isi lagi air, kita guna penutup yang lain. iskh, mana boleh tu, kan botol tu dah ada penutup dia tadi, kenapa pakai penutup yang lain. ada pulak penutup lagi satu. 3 penutup..kenapa tak pakai penutup yang mula2 tadi..macam tu la dengan witir.. kita agak-agak air tu kurang kita tambah lagi.. kemudian kita tutup balik. Jangan lak buat penutup baru. Pakai satu penutup je dah la. Kalau kita dah tutup, kita buka la balik.

Siapa orang yang buat witir di masjid/surau? Saidina Abu Bakar. Nabi saw kata kamu ni orang yang berhati-hati. Kenapa? Sebab takut tak sempat buat witir di rumah nanti. Bila dah buat kt masjid/surau dah selamat, tak risau. Siapa orang yang buat witir di rumah? Saidina Umar. Nabi saw kata kamu ini orang yang kuat. Kenapa? Sebab ada azam nak buat di rumah.

Baru-baru ni dengar ceramah ustaz kazim. tapi ceramahnye tahun lepas punya. tu yg edit balik post ni. 

Baiklah, sekarang saya cerita pulak, pasal solat tarawikh, kenapa hanya ada dalam bulan puasa tapi bulan yang lain, tak ada..nak bagi korang faham, kalau tak nanti kata saya mengarut je dah la bulan-bulan puasa, kerjanya asyik nak mengarut.. baiklah, saya cerita dulu pasal solat yang lima waktu dulu.. mungkin ada dikalangan korang yang tak tahu lagi, dan ada yang dah tahu, yang dah tahu, jgn bising-bising, jadikan ia sebagai ingatan, biar yang tak tahu ni nak tahu.. apa la kau ni, dari tadi asyik baiklah, tahu tak tahu tapi tak jugak cerita-cerita..haa'ah, tengok dh ada orang marah la pulak..;-P *wink

Semua sedia maklum, solat subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat, isyak 4 rakaat. Tapi korang ada ambik tahu tak, kenapa bilangan rakaat ada yang sama dan berbeza.. ke pakat main buat je, dah itu ajaran islam, dah itu rukun islam yang kedua..Tapi kita boleh tahu dengan mengkaji. Pakar sains barat pernah mengkaji tentang bilangan rakaat dalam solat fardu ini.. katanya, dalam badan manusia terdiri daripada cas-cas negatif dan positif.. kenapa korang tak percaya?Yela dalam badan kita terdiri daripada beberapa jenis logam. Contohnya zink, aluminium, magnesium dan banyak lagi.. kalau korang pernah belajar sains, logam-logam ini, mempunyai bilangan cas-cas tertentu, biasanya logam bercas positif.. kalau lupa tgk balik jadual berkala buku kimia ting 4.

Solat subuh hanya 2 rakaat, kerana badan kita sudah cukup tenaga untuk meneruskan permulaan hari. Lagipun, kita memperolehnya sewaktu kita tidur.. Kemudian, solat zohor empat rakaat, setelah setengah hari kita bertungkus-lumus dengan kerja, maka kita kehilangan banyak tenaga, dengan solat empat rakaat kita dapat kembali tenaga yang hilang berikutan banyak cas negatif dalam badan.. kemudian waktu asar, kita solat juga empat rakaat.. bagi mengembalikan tenaga yang hilang & meneutralkan cas dalam badan kita.. 

Tambahan pula, waktu begini kadangkala panas terik.. waktu maghrib solat sebanyak tiga rakaat, bilangan rakaat ini berkurangan pula.. kita hanya perlukan 3 rakaat sahaja untuk memulihkan tenaga kita.. memandangkan hari semakin gelap..aktiviti yang boleh kita lakukan sikit. waktu isyak pula, kita solat empat rakaat.. korang tau tak, pakar sains barat tidak dapat memberikan jawapan pada untuk soalan ini..ye la, dah malam lepas tu nak tidur pulak, nak buat apa pulihkan tenaga..waktu tidur pun boleh pulihkan tenaga dan neutralkan cas.. akhirnya, pakar sains barat ini mendapat jawapan, supaya memudahkan dan memberi tenaga untuk kita bangun malam dan melakukan aktiviti qiamulail iaitu, solat sunat seperti tahajud dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang, pakar sains barat ini akhirnya memeluk islam setelah menemui persoalan solat isyak empat rakaat..

Sekarang, saya agak korang dah boleh teka kenapa solat tarawikh ada dalam bulan puasa.. Bagi yang dah dapt jawab, korang diam la dulu, saya nak cerita pada korang yang tak dapat jawapan atau masih lagi keliru dan tak faham. jawapannya, macam solat isyak tadi.. yang ni pendapat saya sendiri, bukan dari mana-mana pakar.. "untuk memudahkan dan memberi tenaga untuk kita bangkit sahur..& memulihkan tenaga setelah berpuasa di siang hari tadi" dan kalau sempat boleh juga buat solat sunat.teori saya lagi, semakin banyak bilangan rakaat solat tarawikh, semakin mudah kita bangkit sahur.. tak percaya cuba la.. tapi biasanya kita akan buat minimum 8 rakaat, 3 raakat untuk solat witir..pada awal separuh Ramadan, kebanyakan masjid dan surau buat 20 rakaat, 3 rakaat macam biasa untuk witir..(witir bilangan rakaat mesti ganjil contoh 3, 5 rakaat, 1 makruh) kemudian separuh bulan lagi akan buat dalam bilangan yang minimum iaitu 8 rakaat.. dan akhir rakaat solat witir ada bacaan qunut macam solat subuh la..start dari 16 ramadhan. tapi ada yang kata bidaah buat 20 rakaat..yang betul 8 rakaat sebab Nabi SAW buat 8 rakaat je..Dua-dua betul..nak buat 20, 30, 40, 10 suka hati la..tak ada limit rakaat untuk tarawikh. 8 rakaat yang nabi buat tu tak sama macam kita wat..sebab nabi saw baca surah yg panjang-panjang..kita baca surah pendek-pendek, kadang siap bahagi dua lagi.. nabi solat lama, kita sekejap je. 30 minit dah selesai. kan..kan..kan..

PERINGATAN. Solat la betul-betul..bukan berapa banyak rakaat yang perlu diberi perhatian, tapi berapa peratus kualiti solat/ibadah kita. Barangsiapa yang solat tak ada tokmaninah, nabi saw tak mengaku umat. Main-main la, memang la tokmaninah ni benda kecik je. Tapi tu kan termasuk dalam rukun solat, rukuk serta tokmaninah. Ragu-ragu, pi check kt buku panduan solat. Pi la pinjam kat adik. Tu pun kalau ada, tu pun kalau adik sekolah mengaji/sekolah agama rakyat (SAR). Kalau tak ada, pi kedai buku.cari dekat bahagian agama.

Begitu la, kesudahan, kelebihan dan faedah bagi orang yang mahu berfikir.."Berfikir itu kepalanya berkat, berfikir itu juga lebih baik daripada solat sunat dua rakaat" apa juga tindakan dan keputusan yang bakal diambil, berfikir adalah yang paling utama dan diutamakan. akhirnya kata, renung-renungkan dan selamat berpuasa..

p/s : sejak setahun dua ni, jarang pi tarawikh dekat surau atau masjid, buat kat rumah jer..rugikan.. tak dapat pahala banyak..ye la solat berjemaah ni pahala berlipat kali-kali, kali-kali ganda..(saja sebut ulang nak bagi tau betapa banyak) untung macam orang busines besar kan untung berlipat kali ganda..
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!