Selepas berjaya memfollow blog seseorang ini. Maka si follower akan memberitahu si pemilik blog itu. ” I follow u, plz follow me back”, ”I follow u, u follow me”. Sudah menjadi satu budaya dalam dunia blog terutama yang newbie. Namun bukan sepenuhnya salah mereka. Bagi si newbie/beginner ni, mereka fikir kalau banyak follower maka blog itu famous, popular, gempak, terbaik. Maka dengan itu, kalau tengok blog tu follower beribu-ribu, mesti dicop blog yang famous, otai dan yang sewaktu dengannya.
Itu adalah 1 jenis mindset yang SALAH! Itu cuma suatu kebetulan sahaja. Banyak sebab mengapa follower mereka ramai. Paling tak bagus kalau dipaksa memfollow. Contohnya bila masuk contest antara syarat mesti follow dulu, nak masuk bloglist mesti follow, dipaksa oleh follower untuk follow kembali dan lain-lain sebab lagi. Tiada siapa yang suka dipaksa.
Persoalannya, benarkah si follower ini benar-benar membaca setiap artikel yang anda publish? Daripada pengalaman sendiri tidak semuanya. Mungkin separuh mungkin suku. Yang amalkan budaya i follow you, you follow me memang tak akan tengok latest entry dekat dashboard tu. Bagi mereka biar bila orang tengok blog dia, follower dia banyak. Makin banyak follower, makin puas hati mereka. So, negatif mindset. Mempunyai follower yang banyak, itu blog yang bagus adalah suatu tipu daya yang besar dalam dunia blog.
Ingin aku tegaskan di sini, nilai suatu blog itu bukan terletak pada bilangan follower tapi pada bilangan trafik harian, page rank di google, rangking di alexa, kualiti entry, tahap SEO tinggi atau rendah, loading time yang pantas, bounce rate rendah. Err, bilangan komen? Kalau komen yang banyak tu berkaitan dengan entry, dikiralah. Jika sesebuah blog itu mempunyai semua ciri yang disebutkan di atas dan mempunyai follower yang beribu-ribu. Maka itu adalah satu pakej yang lengkap. Ibarat seorang artis, punya bakat dan rupa, ditambah dengan education yang dimiliki serta tiada kontroversi dan bersih dari gosip liar.
Sungguh annoying mereka yang suruh kita follow dia tapi link dekat shoutbox tak ada. Lepas tu pulak dekat widget follower, profile tidak boleh diakses. Apa-apa link blog dia pun tak ada. Jangankan nak follow, nak lawat blog dia pun tak boleh. Ada setengah tu, tak reti nak buat. Kalau tak reti belajar, tanya pada yang tahu. Rugi tau, tak letak link pada profile, dah kurang 1 sumber trafik.
Pada siapa-siapa yang amalkan budaya ini, jika kecewa pasal aku tak follow dia balik, sila unfollow. Biar follower aku sikit, asal follower tu follower yang berkualiti, pembaca yang setia. Bukan setakat tempet muka dekat widget follower. Pada follower yang follow blog ini tetapi tak dapat update the latest entry, sila unfollow dan follow balik. Jazakallah pada anda yang sudi unfollow dan follow balik. Ni semua punca dari penukaran url blog. Tak pasal-pasal hilang follower yang setia membaca dan mengomen.
Oh, ya dulu aku ada cari follower bertuah. Dan ini aku rasa kali terakhir aku cari follower bertuah. Tak larat dah nak bagi hadiah. Ala, hadiah pun tak seberapa, korang yang tak terpilih tu jangan sedih tau. Tanpa korang, tak ada follower bertuah. Aku akan pastikan korang tak kan menyesal follow blog aku. Aku akan kongsikan segala macam ilmu, cerita yang menarik dan infotaiment yang aku ada dll.
aku setuju apa yang di bincangkan.. jumlah tu figure semata2.. dalam 1000 tu mungkin suku je yg betul2 follow, ahaks.. bukan kata aku tak hargai follower, tp aku boleh kenal siapa yang mana intan, yg mana berlian :D
BalasPadam@ padin : ha'ah..so, kita hargai je la yg betul2 follow..
BalasPadammalang sungguh kalau tak letak nama blog pada profile...
BalasPadamsetuju....setahun lebih awe blogging followers awe merangkak2 jerk..ada orang baru 3 4 bulan dah cecah beribu follower...tapi tak semestinya yang klik follow tu akan ikuti perkembangan blog kita..melainkan mereka yang letak blog kita dalam bloglist..itu baru nama follow dan yang sentiasa berkunjung ke blog :)
BalasPadamfenomena biasa... ;)
BalasPadamif entri menarik and sronok kter nk follow pun rse seronok..=)
BalasPadam@ yahaya : ha'ah, tu la ramai yg buat macam tu..
BalasPadam@ hawa : ha'ah betul tu..yg penting sbnarnya bkn follower tp trafik dr pmbaca.
@ putera duyong : (^_^) mesti dah mympah kn?
@ night walker : klu mcm tu, mmg follower tu loyal reader le
memang dah jadi macam satu mainan je
BalasPadamapa nak buat
saya layan je
dulu sy x letak box follow..tp bila org da tya..baru letak
BalasPadam@ tehr : tu la khidupn dunia blog..sy wt ded je
BalasPadam@ anahiettah afibs : aik, tak letak? 1st time jumpa org yg tak letak.
saye setuju... cam saye... follower sampai 1k lebih, visitor sehari tak sampai seratus pon... kadang2 tu 10 pon xsmp...
BalasPadam@ alongxp : alahai..mcm follower skdr figure je lak..trafik klu nk hrapkn follower mmg down le..nasib bek ada trafik dr google.
BalasPadamStrongly agree with ur justification.
BalasPadam@ ANN ismail : thnks for your support.
BalasPadam