Ahad, 26 Jun 2011

Kahwin Oh!! Kahwin Ucapan & Perihal Walimatul Urus

Nape tetiba buat artikel pasal kahwin ni? Dah nak kahwin ke? Eh, tak lah, ni ha, cikgu aried ajak join contest yang dia buat.

Kontest Istimewa ar-rifke : Kahwin oh!! Kahwin | Jom Sertai untuk Hadiah LUMAYAN!
Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/7/2011
Tempoh : 2 bulan
PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…
5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin
1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.

Err, dirham Kelantan. Ala, ingat kelantan je ke yang ada dirham, Perak pun ade le..hehhe. Jom masuk contest ni, sempat lagi belum tarikh tutup lagi. Tapi sebelum tu, jom baca dulu artikel ni.

Sememangnya musim cuti persekolahan, banyak sekali pasangan yang mengambil kesempatan ini untuk melangsungkan hari pernikahan sekali gus majlis perkahwinan. Kadang tidak semestinya di musim cuti persekolahan kan. Boleh jadi juga pada cuti hujung minggu atau cuti am. Bila waktunya terpulang pada mereka dan keluarga mereka. Yang penting ia dapat dilaksanakan sesuai dengan sunnah Rasulullah saw (sallahualaihiwasallam).

Ketika menerima atau memenuhi undangan walimatul urus, biasanya kita akan mengucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu. Mungkin juga selamat pengantin baru, semoga bahagia/kekal ke akhir hayat. Namun, ucapan itu, saya kira sekadar ucapan yang biasa dan tidak class, tidak sempoi, tidak grand. Jadi apa ucapan yang dikira class, sempoi, grand dan yang sebanding dengannya?

Kita mesti memberi ucapan yang sedikit luar biasa. Apa itu? Barakallahu lakuma wabaraka alaikumaa wa jaama’a bainakuma fii khaiiir. Selain tu, semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah. Barulah gempak, sempoi, power! Ucapan yang pertama itu, adalah doa dari hadis Rasulullah saw (sallahualaihiwasallam). Macam dalam lagu maher zain tu. Ucapan yang kedua adalah doa semoga dari pernikahan mereka itu, membentuk sebuah institusi keluarga yang begitu harmoni dan bahagia. Bukankah kewujudan institusi keluarga yang harmoni akan melahirkan masyarakat yang baik. Pe macam gempak tak dua jenis ucapan ni? Segempak ucapan ini, segempak itu juga natijahnya nanti.

Seterusnya, kenduri kahwin zaman sekarang ni begitu mewah dan berlebihan. Lihat sahaja bagaimana kendurinya, khemah, catering, pelamin, bilik pengantin, persalinan pengantin, make-up, kad kahwin, fotografi. Semua ini memakan jumlah ongkos yang tinggi. Nah, ni dia sebuah direktori perkahwinan terbaik.

Senang je nak tengok berapa wang hantaran si pengantin ni, tengok la betapa grand atau tidak majlis diaorang ni. Dan antara yang paling mahal adalah pelamin. Catering pun mahal juga sebenarnya. Tapi itu tak apa, sebab untuk orang ramai dan bergantung pada jumlah jemputan. Sementara pelamin pulak, pakai sekejap je tapi harga kemain mahal beribu-ribu bukan beratus-ratus, sewa je pun. Membazir! Tu tak masuk lagi dengan baju dan makeup. Baju nikah lain, baju bersanding lain, baju potong kek lain. Kadang-kadang sampai lima helai.

Hmm, dah lari dah dari tujuan asal diadakan kenduri kahwin. Sudah jadi membazir, berlawan-lawan, tabaruj. Padahal tujuan asal mahu menghebahkan pada masyarakat bahawa pasangan ini sudah sah menikah. Kalau begini le gayanya memang kesian giler pasangan yang nak kahwin tapi tak cukup duit. Kahwin sepatutnya perkara yang senang, tapi masyarakat kita sengaja bagi jadi susah. Tu tak masuk lagi keperluan  untuk majlis walimah. Tak hairanlah kalau perzinaan jauh lebih mudah dari perkahwinan.

Bagi yang kurang mampu pandai-pandai le cari pakej perkahwinan yang mudah dan murah sesuai dengan kesihatan kewangan anda. Hah, ada satu tempat ni iklan segala barang2 atau peralatan perkahwinan yang tidak pakai lagi untuk disewakn atau dijualkn kepada org lain. Terpakai punya pun tak apa, janji majlis berjalan lancar dan meriah. Jangan risaulah tak ada siapa yang ingat barang dan peralatan majlis kahwin orang lain.

Majlis perkahwinan zaman sekarang dah banyak dicemari unsur-unsur lagha, maksiat, pengaruh barat. Sekarang ni kalau tak ada karoke, pancaragam, tari-menari, bersanding kira macam tak sah. Padahal bukan wajib pun. Dah jarang dah jumpa perkahwinan yang ada marhaban, khatam quran, silat. Kadang-kadang tiba rumah pengantin nampak makanan dulu dari nampak pengantin.

Lalu bagaimana mahu menjadi perkahwinan yang sakinah, mawaddah, warahmah? Kalau dah banyak unsur lagha, membazir, dan maksiat. Tu belum sentuh bab solat lagi. Berapa ramai yang sibuk dengan kenduri kahwin, sampai langsung tak solat. Cuba kita sama kira, pengantin, penyambut tetamu, tukang bagi survenior, tukang angkat hidang, tukang basuh pinggan dan segala macam tukang yang sewaktu dengannya.

Bila tanya kenapa tak solat. Si pengantin jawab “Tak nampak pacak ni, makeup lagi, kang kalau solat nak kena buka pacak, tanggal makeup. Leceh le.” Si penyambut tetamu pulak “Karang kalau solat, tak dapat le nak salam seluk” Dia kira nak salam seluk je. Si tukang bagi survenior pulak kata “Kalau aku pergi solat, sapa nak agihkan bunga telur ni pada tetamu. Nanti ada yang tak dapat pulak, kan susah.” Si tukang angkat hidang dan basuh pinggan pulak kata “Kang kalau kami solat, kebelur le tetamu tu, nak nunggu makanan sampai. Pinggan pulak dah habis tak ada yang bersih. Tuhan kena faham kami ni sibuk.” Tuhan faham, tuhan faham. Apa dia ingat Tuhan tu bapak sedara dia gamaknya?

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ni? Jangan ada yang tak solat. Jawapannya senang je, jangan buat kenduri ganggu waktu solat. Buat kenduri pagi sebelum zohor. Tak pun sebelah malam, lepas isyak. Semua boleh solat. Waktu isyak kan panjang. Selagi tak masuk Subuh, selagi tu ada masa nak tunaikan solat isyak. Tak pernah dibuat orang. Pasal tak pernah dibuat orang le kita kena buat. Nanti ada la orang tiru, orang ikut.
 Masuk bab pakaian pengantin. Kalau lelaki pakaiannya elok je tutup aurat. Tapi kalau perempuan macam tak cukup kain. Tarik sini nampak sana, tarik sana nampak sini. Tengok le pengantin dalam gambar dekat atas ni. Elok je pakainya. Tudung labuh menutup dada. Pakaian tak menampakkan aurat dan tak ketat. Jadi yang gatal sangat pakai tudung nampak dada, baju ketat, nampak pinggang tu pasal apa?. Cun je pakai macam dalam gambar kat atas ni. Walhal ia hanyalah lakonan semata-mata.

Yang lelaki slack tang rantai yang digayakan bersama baju songket raja sehari tu. Kadang tu, mereka tak ingin pun nak pakai, tapi dek desakan mak andam. Siap boleh kata, “ala pakai je la, sekali ni je pun.” Kalau yang pengantin lelaki ni, arif bab ilmu agama, maunya si mak andam ni ditazkirahnya. Tapi dalam gambar ni, bukan rantai tapi macam kalung bunga. Aku pun tak faham le apa benda tu.

5 ulasan:

ummiarissa berkata...

ya suka baca entry di atas,banyak dah berlaku pembaziran dalam menguruskan hal-hal kahwin ni...Dulu2 goodie bagi telur sebiji je,sekarang ni dengan cawannya lah,gelasnyalah gula-gula yang merosakkan gigi pun diagih-agihkan kat budak-budak...sangat membazir!

Belalang Hijau berkata...

semoga berjaya! :)

Nur Fannun berkata...

@ ummiarissa : terima ksih..klu byk mudharat dari manfaatnya mmg membazir le..tp sy suka klu dpt muffin atau puding..

@ belalang : Aminn..

Finaz Jaafar berkata...

doorgift ni elok la bagi bnda yang orang boleh makan

Nur Fannun berkata...

@ finaz jaafar : ha'ah, tak blh mkn pun ok gak mcm sapu tangan..ada juga tnda kenang-kenangan.hrga pun murah.

Kaunter Pertanyaan

PENGUNJUNG TERKINI

Live Traffic