Kenapa selalu tak update blog?

p/s : entry penuh emosi. Harap maaf dengan perkataan yang bermoral rendah. Siapa-siapa yang bawah umur harap ada pengawasan orang tua ketika membaca entry ini. Supaya tidak terpengaruh. Sebab level ayat ni sesuai untuk orang dewasa je. 

Dulu, kalau aku lambat je update blog ni. Mesti ada yang tanya, bila nak update ni? Sekarang macam tak siapa kisah pun. huhu.. :-( Agaknya dah faham sangat. Tapi bila ada yang baca post aku, then kata nice! keep writting. Terus hati aku berbunga-bunga.

Kadang-kadang aku rajin update, kadang-kadang langsung terbengkalai dua tiga minggu. Nasib baik tak berbulan. Tak pernahnya lepas 10 post dalam 1 bulan paling kuat 5 post je. Nak kata busy, apa benda yang busy sangat tu. Study tak, keje pun tak! 

Duduk rumah bukan buat apa pun! Cilake punya ayat! Hah! Memang kesudahnye le aku tak buat apa-apa. Tengok je la segala rancangan untuk menambah koleksi vitamin W jadi berantakan. Arghhh…!!! Kenapa? Kenapa? Kenapa begini jadinya? Apa salah aku?

Wei, kata-kata tu satu doa tau tak! Tetiba aku rasa down ! macam dah termakbul le pulak. Huk..hukk.. Kalau dah aktivitinya tak apa-apa, maka hasilnya pun zero la.  Brengset!

Tapi kalau benar aku tak buat apa-apa pun, dok tercokok je, bererti pintu tidak siuman akan terbuka untuk aku. Mana boleh tak buat apa, setiap hari ada je aktiviti yang aku buat. Tak kan la nak bagi detail report kegiatan harian aku. Dah macam buku laporan mengajar guru pulak.

Sebenarnya dalam 24 jam kehidupan aku sehari, selain, tido, makan minum, tgk telebesen  televisyen, solat (cey, nak tunjuk baik nampak!), masak (cey, konon nk tnjuk pmpuan mithali le tu) aku cuma de beberapa jam je nak date dengan bf aku (laptop).  Dalam beberapa jam tu, aku nak login nuffnang (ouuu, nuffnang dlu tak bleh bla), check email, login facebook, kadang-kadang twitter, nak blogwalking pun kadang tak sempat. Apa lagi nak mengarang artikel untuk dipublishkan dekat sini. Tu tak termasuk lagi aktiviti main handset, seperti sms, dengar audio mp3. bosan tahap cipan aku main game.


Nasib baik, trafik aku banyak datang dari SEO pakcik google. Bernafas jugak le blog ni. Baru-baru ni aku dapat buffered earning. Setelah beberapa minggu tak dapat. Latest, hari ni aku check, aku dapat lagi 1 buffered earning. Thanks my love! (uiks, nyampah dengornye, over! ) Eii, sapa kata my love nuffnang. Sorry! My love means Allah! (lg nyampah dngornye, nak tunjuk alim konon). Whatever! Sebagai manusia adalah sangat wajar kita meletakkan Allah sebagai kekasih tahap paling tinggi dan utama. Apalagi kalau anda terkategori sebagai orang beriman, bertaqwa.

Paling aku bengang adalah time aku main game atau buat aktiviti yang kurang berfaedah, tak siapa pun nak menganggu-gugat aku. Line clear betul. Tapi kalau aku nak blogwalking dengan serius. Apa lagi mengarang artikel dengan tekun dan serius, line memang selalu tak clear. Dan dan tu la nak minta macam-macam dekat aku, tolong buat itu ini. Potong stim betul le.

Bukan manusia je yang kacau. Nyamuk pun sama gak. Kuang ajaq! Curi-curi nak inject aku. Berbeza pulak kalau aku main game seperti feeding frezzy, aquarium, warcraft III. Elok je aku main dengan tenang, tanpa gangguan. Sekor nyamuk pun tak kacau aku. Cinabeng! Apa mereka ada buat MOU ke? Macam ada pakatan pulak. Adakah suatu kebetulan? Ah, mana ada kebetulan. Konspirasi betul!

Aku main game tu sampai bosan. Lain tu senang je nak habis. Warcraft susah, macam mana ey? nak seberang sungai, puas aku cari jalan tak dapat, bila patah balik, jumpa penjahat hodoh (kalau macam captain jack sparrow tak pe gak). Guna serigala pun tak dapat. Last-last aku quit je, tension!

Jadinya entry tinggal gitu je, ada yang masih dalam kerangka. Nak sambung tak de feel. Tambah-tambah bila mood lari. ~Aku tak dapat kejar, dia lari laju~ Kadang-kadang aku terfikir, kalau semua topik yang dalam simpanan aku tu, aku kuarkan, nanti mesti aku tak ada idea dah. Namun, hati aku meningkah dengan tegas pandangan itu.

Kebengangan bertambah bila aku tengah nak maintainkan traffik atau up trafik, akan terganggu pada hujung minggu. Time tu pulak, adik-beradik berkumpul. Bukan tak suka, tapi tu la. Betul-betul menguji kesabaran. Bukan tak boleh aku nak online, tapi tak seronok le tak de feel and privacy. Kira macam tengah-tengah merempit, tetiba dalam 5km ke hadapan ada polis trafik buat road block!

Kadang-kadang bila aku stress, aku isi masa lapang dengan baca buku. Buku yang dapat menghiburkan aku. Bila dah baca tu, aku lupa pada laptop dan internet. Terutama apabila kemahuan membaca membuak-buak. Bila jiwa kacau aku hiburkan hati dengan menonton sinetron ketika cinta bertasbih. Sambil berhibur aku kaut ilmu. Heaven! Hiburan yang mendidik jiwa.


Akhir sekali, aku akan cuba hapuskan anasir-anasir yang menganggu-gugat ketenteraman aku mengarang artikel. Aku akan curi-curi lubang-lubang masa ketika segala anasir ini tidur dan pengsan. Bila siap artikel, aku buat auto post je, kadang-kadang musuh datang tidak terduga. Jadi aku harus bersiap siaga. Mohon doanya kawan-kawan!
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

2 respon pembaca:

  1. saya dari dulu teringin nak tgk citer bila cinta bertasbih ni.tapi belum2 lagi dapatkan dvd nya..

    nak baca buku,hehe.mau berabad nak abes kan.

    BalasPadam
  2. gmbr kt dlm artikel ni sinetronnya, sambungan dari filemnya, sy rasa mmg xda dvd. sy tgk pun dwnload dr internet je. bhs dlm bukunya xde le susah sgt, biasa je cm novel len.

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!