Hari ni aku nak share pasal bila tahi bintang jatuh @ keluar, gerhana matahari, gerhana bulan dan peristiwa lainnya. Tapi sayangnya semua peristiwa gerhana matahari separa tidak dapat dilihat di Malaysia. Yang dapat kita tengok gerhana bulan penuh. Gerhana Matahari Separa 4 kali iaitu pada 4 Jan, 1 Jun, 1 Julai, 25 November.
Manakala gerhana bulan penuh 2 kali iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.
Tengok dalam kalendar dekat atas ni peristiwa yang paling hampir 1 Jun. Yang dapat view cuma China, Japan, Alaska, Russia, Kanada. Masa puncak pukul 5.17 petang. Boleh dilihat dari pukul 19.25 hingga 23.06 waktu antarabangsa. Jadi sapa-sapa yang duduk di kawasan tersebut boleh la tengok. Kalau yang geng astronomi biasanya mereka akan pergi. Siapa duduk betul-betul di kutub utara boleh tengok gerhana dengan sangat jelas. Tak percaya tengok imej dekat bawah ni.
Gerhana Matahari bulan Julai pulak berlaku di benua Antartika. Jadi yang tengok Penguin Emperor yang kecil dan comel tu. Sapa entah yang berani nak pergi sana. Kalau dekat kutub utara, suhu makin panas. Dekat kutub selatan pulak suhu sejuk makin sejuk. Dah la, memang sejuk bertambah-tambah sejuk le. Bila musim panas sebahagian plat ais pecah dan hanyut ke tempat lain di Benua Antartika jugak. Tempat tu penguin tinggal, habis le banyak yang mati tersepit dan jauh dia nak menapak nak ke laut. Dah la jalan terkedek-kedek. Kalau tengok dari jauh macam orang pakai jubah hitam je rupa penguin tu. Ni semua pasal pencemaran udara dan penipisan lapisan ozon. Sapa punya kerja ni? Tak lain manusia durjana yang penting wang ringgit dari alam sekitar.
Penguin kalau musim sejuk tiba memang susah giler, terpaksa berasak-asak antara mereka untuk pindahkan haba semasa mereka. Kalau tak buat macam tu mati kesejukan le. Paling kesian anak yang masih kecil tu. Bulu dah le nipis, pengetahuan pun hijau lagi kalau manusia kira buta huruf lagi, tak kenal ABC. Yang kuat hidup, yang lemah mati.
Apasal cerita pasal penguin pulak ni? Ok aku sambung balik. Hujan Meteor pulak tahun ni ada banyak giler. Ada 11 peristiwa. Sebenarnya tarikh berlaku peristiwa ni hampir sama setiap tahun. Bila? korang tengok le sendiri kalendar kat atas yang sahabat baik aku tolong buatkan.
Bila aku cerita dan bagitahu tarikh tahi bintang, kawan aku kata bukan tahi bintang seribu tahun sekali ke? Mana dia belajar entah, wrong information le tu. Tu komet, ni tahi bintang lain, tiap tahun boleh tengok dan banyak kali pulak tu. Walaupun kalau kita tengok dari bumi rupanya hampir sama iaitu bercahaya dan panjang berekor. Dan ramai jugak yang tak sangka boleh tengok tahi bintang di Malaysia. Apa koman sangat ke? Apa bagus sangat ke tempat lain je boleh tengok, Malaysia tak boleh tengok. (patriotik)
Bila aku cerita dan bagitahu tarikh tahi bintang, kawan aku kata bukan tahi bintang seribu tahun sekali ke? Mana dia belajar entah, wrong information le tu. Tu komet, ni tahi bintang lain, tiap tahun boleh tengok dan banyak kali pulak tu. Walaupun kalau kita tengok dari bumi rupanya hampir sama iaitu bercahaya dan panjang berekor. Dan ramai jugak yang tak sangka boleh tengok tahi bintang di Malaysia. Apa koman sangat ke? Apa bagus sangat ke tempat lain je boleh tengok, Malaysia tak boleh tengok. (patriotik)
Lepas tu aku geram sebab dia ada cakap boleh lah wish nanti. Kepala otak hang! Tak sempat nak terangkan, dia dah balik. Masa aku beritahu tu pun dia memang nak balik dah. Kenapa aku geram, dulu aku ada terangkan pasal kesalahan ketika melihat tahi bintang.
Anyway, sorry lambat post kalendar ni, alasan macam biasa ayat klise tak lain tak bukan masalah teknikal. Harap korang enjoy dengan berita ini.
http://www.astronomylive.com
nice sharing
BalasPadamperghhhh kalau nak gi tgk jauh ler nak gi sana.. dapat tgk kat internet pun jadi laaa haha
BalasPadamfakta yang menarik
BalasPadam@ Azwan Ramli : sharing is caring
BalasPadam@ Ain Zulaikha : ha'ah tol tu, xpe kta tgk yg bleh tgk dkt sni je ey..
@ bro ahmad : ya, btul tu..
salam. best nye kalau dapat tengok gerhana matahari dan bulan depan mata sendiri..
BalasPadamnik thoha : wasalm, ha'ah betul2..gerhana mthri xleh tgk direct kna pki filter.kalau tak buta.
BalasPadamsinggah dri lautan rabbani.
BalasPadamterima kasih ya.
salam ceria. :)
@ pelaut Rabbani : sama2..salam ceria juga..(^_^)
BalasPadam