Sabtu, 28 Mei 2011

Kartun Boboiboy dan biskut Captain MUNCH

Masa tengok kartun Boboiboy, tiap kali nak keluar iklan & habis iklan mesti keluar kartun Captain Munch dengan biskutnya. Tengok cam best je biskut tu. Rasa nak makan jugak. Tapi mengenangkan itu kartun. Just forget it.

Sekali masa keluar pergi shopping, try jugak tengok dekat rak biskut Munchy’s. Hehe.. ada le biskut tu. It’s real. Ingatkan kartun je. Apa lagi beli le. Tapi dalam iklan cover dia warna biru. Nampak yang cover hijau tu de kacang hazel. Desire to it.

Lain kali baru beli pack cover biru tu, original. Selain itu, ada jugak biskut Captain Munch bentuk lain dan perisa lain, macam vanilla, macam OREO dan macam biskut tiger. Yang macam biskut tiger tu ada dua jenis satu warna kuning satu lagi warna coklat. Rasanya boleh tahan!

Tapi apa-apa pun, biskut captain Munch yang macam chipsmore tu yang ada kacang hazel lagi sedap dari yang original. Mak aku pun kata gitu. (^_^)

Ada contest le kartun Boboiboy ni, tapi kena lukis le pulak. Huhu. Kalau jawab soalan je laju je aku join. Tapi kena lukis poster BoboiBoy le pulak. Kalau aku terror melukis pun tetap tak boleh masuk sebab contest ni untuk budak sekolah rendah dan menengah je. Huhu.


Anyway, kartun Boboiboy tu ulang balik le, tak silap real episodnya cuma 4 je. Episod last bila Gopal tahu kuasa sebenar dia. Boleh tukar apa sahaja jadi makanan. Awesome! Bila sebut pasal makanan time lapar memang best. Hehe.

Sekarang dah tau nape Boboiboy tu asyik ulang je. Tapi bagus juga, kalau siapa yang terlepas episod boboiboy boleh tengok balik. Rupanya mereka dari Les’ Copaque Production. Patut le motionnya macam kenal je. Dah agak jugak, rupanya tak siap lagi episod baru nye. Bulan Jun nanti katanya baru ada episod baru dan akan ada Boboiboy The Movie. DVD Boboiboy pun ada. 

Korang ingat senang ke nak buat animasi 3D ni..susah ooo. Teringat masa belajar subjek animation dulu kat kolej. Kena buat storyboard, modeling, rendering dan banyak lagi. Memang makan banyak masa dan banyak pulak prosesnya, rendering ambik masa lama. Kalau yang lebih kurang seminit dua, makan masa lebih kurang sehari nak tunggu proses rendering siap. Apa lagi yang macam filem animasi 3D yang lain tu. Kalau dah masuk proses render tak boleh nak edit dah. Rendering cantumkan semua objek animasi, latar belakang dan lain-lain. Lepas render baru masuk audio. Nak buat 1 minit pun payah, apa lagi nak buat yang dua jam, dan banyak episod macam ni.

Bagi siapa yang berbakat dalam bidang graphic dan web ni boleh apply dengan Animonsta Studios. Abang & Kakak di Animonsta Studios tengah cari Graphic & Web Designer. Boleh le korang hantar resume,portfolio dan cover letter ke info@animonsta.com

5 ulasan:

NURUL AINI NORAZMAN berkata...

xpernah berpeluang tgk boboboy nih,.biskut tuh xpernah nmpk pon jual kat kedai,.adesshh,.ketggalan dah aini nih,.

Nur Fannun berkata...

semua pasaraya ada cth billion, UO.. boboiboy setiap sabtu jam 7 mlm tv3

Akeyla Frr . berkata...

SEDAPPPPP !

Nur Fannun berkata...

Terbaik !! (sambil thumb up)

The Real Nurna Azrin (^_^)v berkata...

hahaha..comeljeww

Kaunter Pertanyaan

PENGUNJUNG TERKINI

Live Traffic