Metabolisme Rakan Baik Si Berat Badan

Setelah lama tak online & update blog. Aku menjalankan misi blogwalking sambil baca entry baru, mana yang sempat habis baca, yang tak sempat tinggalkan jejak je. Aku tengok ramai blogger yang sakit, demam selepas raya termasuk jugak aku. Nak dekat 1 minggu aku demam, agaknya memang musim demam kot. Akibatnya 1 minggu lebih aku bercuti - berpisah dari dunia maya.
Kebiasaannya, lepas demam badan mesti susut. Maklumlah tak ada selera nak makan. Mulut pahit. Makanan pun tak leh nak masuk. Namun, adakah tidak makan itu kita lapar? Tidak! orang sakit tak lapar. Aku rasa kenyang je, tapi makan 2 kali sehari, biasanya 4 kali. Makan pun sikit sangat.

Makan hanya sekadar penyebab kita kenyang. Kadang-kadang makan banyak pun tak kenyang-kenyang. Hakikatnya, Allah yang bagi kita rasa kenyang. Orang yang sakit Allah yang bagi dia makan. (teringat ceramah ustaz pasal orang sakit).

Aku kira ramai yang dah kurus lepas raya, sebab ramai yang sakit. Banyak hikmahnya bila sakit ni ye, boleh turunkan berat badan (^_^). Maknanya tak ramai yang menghadapi masalah berat badan selepas raya. Raya kan makan banyak, lepas pergi rumah saudara, pergi rumah kawan, ziarah sini, berkunjung sana. Lepas ni pulak open house.


Sebenarnya masalah berat badan berpunca dari kadar metabolisme seseorang, selain dari faktor pemakanan. Apa benda metabolisme ni? Aku pun tak tahu, tapi faham la apa dia. Aku cari guna kamus aku jumpa ni, dia tulis

”Metabolisme-proses kimia dan fizikal yang melibatkan pembinaan bahan makanan yang lebih kompleks dan penguraian bahan yang kompleks menjadi bahan yang lebih ringkas dan ini menghasilkan tenaga.”

Korang boleh faham ke? Budak Biologi je yang boleh faham dengan pantas kan? Tapi aku bukan budak biologi. Senang cite. Maksudnya metabolisme ni proses penguraian makanan kepada tenaga. Pun tak faham lagi : makanan -> tenaga. Alah, kita makanan untuk apa, tenaga kan? Kalau tak faham sila baca berulang-kali.

Perbezaan kadar metabolisme mempengaruhi berat badan seseorang. Suatu hipotesis yang benar. Semakin tinggi kadar metabolisme badan seseorang, semakin kurang berat badan seseorang. (Maaf, keseronokan belajar sains di bangku sekolah dulu mengusik jiwaku kembali!) Maknanya semakin cepat proses pertukaran makanan kepada tenaga, lemak dan sebagainya yang berlebihan tak sempat menempel dalam badan seseorang.

Member aku ramai jeles, bila aku makan banyak tapi badan tak naik. Nak kata aktif sangat pun tidak. Sebabnya aku mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Bagi sesetengah orang mempunyai kadar metabolisme yang tetap ada juga yang berubah-rubah mengikut keadaan. Tahukan anda? Kadar metabolisme boleh dirangsang? Macam mana? Dengan bersenam la.

Waktu senaman yang paling bagus adalah WAKTU MALAM. Hah? Biar betik! Tak ada betik ke anggur ke mempelam ke. Tokey jual buah cuti-cuti malaysia! Kesan senaman sungguh efektif di waktu malam berbanding waktu siang. Sebab tu orang selalu kata, nak kurus, awalkan waktu makan malam, jangan lewatkan makan malam. Tapi aku main hentam je. Aku makan bila aku rasa lapar. Kalau bukan  pada masanya, makanan tak berapa nak masuk. Mungkin encik perut tak bersedia nak terima makanan kot. Kenapa malam? Entah aku tak jawapan untuk itu. Mungkin sebab malam ni bersifat tenang dan mendamaikan.

Cukup setakat ini dulu, nanti kita sambung kisah spesis faktor penyumbang masalah berat badan yang lain pada masa yang akan datang. 
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

8 respon pembaca:

  1. hehehe, kekadang Allah tarik nikmat sihat sekejap sebagai nota ingatan untuk hambanya yang lalai...

    BalasPadam
  2. tapi lepas raya nie xkurus2 pun..wpun sakit..hehe~~

    BalasPadam
  3. Salam.

    Betui, makan ketika lapar berenti sblm kenyang.

    Baca bismilah n doa sblm/slps mkn, syaitan tak join, tak suap menyuap dgn kita...

    Nabi n sahabat pun makan tak pernah kenyang..

    InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. haha.. jom pegi rumah terbuka time raya ni..dpt mkn free.. hehe

    BalasPadam
  5. betul, yg makan banyak tapi badan tak naik2 sebab metabolisme tinggi, mcm saya yeay!

    hm..sebab tu banyak lelaki main futsal malam2 :D

    BalasPadam
  6. dulu time sekolah menengah ok lah...rajin bersenam..tapi sekarang,susah nak control berat badan..rasanya metabolisme rendah kot...tapi takpe..still boleh maintain berat tak lebih 60kg..

    BalasPadam
  7. ramai yg sakit dan demam selepas raya.. overdos makan kot.. huhuh

    BalasPadam
  8. to FareedSairi : yup, klu tak xprnh rasa sakit, msti xdpt rasaan btapa nikmtnya bila sihat.

    to Balqis : kena byk bersenam ni, jgn ambil mknan kolesterol tinggi.

    to aliaazuan : Wasalam, setuju dgn ukhti..mkn skadar hilngkn rasa lapar je.

    to aibaks : time tak sihat de rumh terbuka, time sihat xde jmputn cm ne nk pi..huhuhu

    to tengkorakemas : sama ar metblsme tinggi..yup, sbb tu rmai yg bsukan mlm2 kn..trmsuk silat.

    to nabilah : blh maintain ok lah..kena jaga pemakanan la klu mls bsnam.

    to gnesop.com : agaknya le (^_^), tak pun sbb kna tegur

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!