Salam Syawal 1431H. Di kesempatan ini, penulis ingin memohon ampun & maaf andai ada tersilap kata atau komen, pandangan dan sebagainya yang menyinggung perasaan anda tanpa disedari atau sengaja. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Terima la kad raya ni khas untuk pengunjung & pembaca blog ini. Untuk pengetahuan korang kad raya ni my BFF yang design, merangkap graphic designer penulis (^_^).
Korang tau tak ada orang sambut hari raya awal sehari. Dekat mana? Kat Perlis la. Tak sabar-sabar nak raya mereka tu. Dengar cerita tahun lepas lagi la awal 2 hari. Kot ye pun ikut la panduan sedia ada, puasa mesti 29 atau 30 hari. Selain guna kaedah hisab, kaedah rukyah juga perlu iaitu tengok anak bulan. Kalau nampak baru boleh raya.
Teringat kisah dulu yang mak penulis cerita, tapi masa tu penulis pun tak lahir lagi. Negeri kami sambut raya awal dari negeri lain. Sebab Sultan kami nampak anak bulan. Jadi time tu kelam kabut la mereka yang tau ni siap-siap nak balik kampung. Yang paling kelam kabut yang buat pengumuman & pihak penyiaran radio la. Yang tak dengar pengumuman tengah malam mati-mati tak percaya tak raya, puasa jugak. Dengar berita pukul malamnya baru percaya hari tu hari raya. Siapa pembaca kategori senior mesti tau cerita ni, kami yang muda remaja ni dengar cerita je la.
Seterusnya, kalau hidangan minuman raya, kononnya yang class RIBENA. Air sirap tak class. Tapi kami air jus Sunquick la. Sentiasa ada CLASS. TAK ADA CLASS MINUM RIBENA, FAHAM!!!! Sebabnya minuman tersebut mengandungi ARAK! Tak mabuk pun minum RIBENA! Memang le sebab peratus kandungan alkoholnya sikit sangat. Bagi penganut agama islam, haram minum arak walaupun setitik. HARAM TETAP HARAM. TIADA KOMPROMI!!!
Bagi yang dah beli atau minum, penulis minta maaf sangat-sangat di atas kelewatan menyebarkan berita ini. Disebabkan kesuntukan masa, penulis tak sempat nak siarkan artikel penuh. Sorry sekali lagi. Ustazah penulis kata kalau lupa, tak sengaja dan tak tahu tak dikira berdosa! Namum kesannya korang mengalami ketagihan! Kalau ada masa nanti penulis publish artikel penuh pasal ribena & GSK.
infomasi terbaru untuk blogger:
BalasPadamLinkwithin.com down. Sila remove utk mengelakkan kecacatan dan kelambatan blog anda loading. (Pls RT)
Selamat Idul fitri,maaf lahir batin
BalasPadamSalam Idulfitri, maaf zahir batin.
BalasPadamto fahmie : tq..linkwithin msih teragak nk removekn..
BalasPadamto khalidah : sma2..
to ann & aliaazuan: salam aidilfitri & maaf zahir & batin gak