Pertama sekali aku nak bagi tau setelah sekian lama akhirnya dapat jugak Buffered Earning. Mula-mula satu je. Kejap tadi aku ushar tengok dapat lagi satu. Wah bestnya. Tapi malangnya bukan di blog ni tapi di blog belah sana.. SANA.. Sana!! Ehm, lantak la janji aku dapat gak. Tapi blog ni tak pernah nya dapat!! Pelik bin Hairan. Blog tu trafik tak lebat mana pun, 50 pun tak sampai tapi dapat. Yang ni berlambak trafik, tak pernah dapat pun. Pelik, pelik, hairan, hairan. Sapa tau? Meh nak belanja tomyam.
Keduanya pulak. Masa aku selak surat khabar beberapa minggu yang lepas. Mata aku ni sangkut di bahagian sastera. Karya yang tersiar akan dipilih untuk Hadiah Sastera 2010. Serta merta petik jari. Teka, apa yang ada dalam otak aku masa tu? Sapa betul aku belanja tomyam.
Jeng..Jeng..hari isnin yang lepas aku dah pun post karya aku kepada pihak Utusan. Hari Khamis sampai. Aku hantar guna servis posDaftar. So kalau tersiar, sila bagi tau aku tanpa segan silu. Sebab aku jarang baca & beli surat khabar. Ruangan sastera ni tak silap hanya di hari minggu sahaja! Aku sebenarnya kagum dengan puisi dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH.
Ketiga pulak, aku dapat email panggil interview untuk Program Sumber Manusia Berhad (PSMB). Ala hari tu ada masuk tv dalam bulan lepas, kementerian sumber manusia suruh lepasan IPT yang masih putik anggur, isi borang secara online dalam internet. Sekarang bulan puasa, kutip kurma la. Tahun lepas namanya Train & Place. Program penempatan pekerjaan.
Tapi yang tensionnye aku tak dapat nak pergi. Sebabnya jauh & tak ada teman, aku pulak tak pernah pergi ke sana. Paling bengang, KUNO nye pemikiran! Mane suratnya? Sekarang ni zaman moden la, guna email. Dah la harga pos dah naik. Lagi la kena jimat. Ada ke ingat tipu, pergi-pergi nanti kena culik, kena jual. NONSENSE! Suka sangat buruk sangka pada perkara yang tak sepatutnya!! Cubalah lagi alasan yang logik banyak. Dah la best Webdesign tu. Publishing lagi la best. Tak membosankan. Sebab benda yang aku minat. Hampeh!! Always make me feel frustrated!. Just because your egoistic I already missed twicely a gold chance for the second time.
Keempatnya pulak, aku akan pastikan aku update entry banyak punya banyak dalam bulan Ramadhan. Bersepah-sepah entry tu.. HahAHA. Apa punya fesyen entry aku tu. Korang kena tunggu dan lihat. Pulun habis-habisan. Lepas pulun update entry raya sakan la pulak.
Kelimanya, aku rasa nak buang chatbox. Hah? Nape pulak. Saje suka-suka. Perlu ke ada sebab? Apa tak dengar? Kuat sikit. Ye la aku bagi tau sebabnya. Ala teka ar. Kan mesej dekat chatbox ni lama-lama akan hilang dengan sendirinya. Nanti aku ganti dengan yang lain. Jenis tahan lama, tahan karat, tahan cuaca. Hahahaha.
Keenam, aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi bagi award pada aku. Yunkyuk , Mastershah, Tomato, Nanti aku tempek dekat blog ni. Memang la dekat blog ni tak kan blog lain. Award bertag ni aku tak larat la. Kalau yang ada soalan, best sikit. Lagi best kalau kita bagi award yang kita punya dari bagi yang orang lain punya. Bab follow memfollow ni aku hanya akan follow kalau aku berkenan dengan blog dia tak pun sebab member. Aku kira ada beberapa lagi kosong. Tapi kan most blog yang aku follow kebanyakkannya lelaki punya la. Kenapa ye? Kebanyakkan blog lelaki lagi best dari blog perempuan kot (^_^).
Ketujuh, siapa yang ada facebook boleh add aku Nur Fannun. Jom kita bermukabuku.
Ketujuh, siapa yang ada facebook boleh add aku Nur Fannun. Jom kita bermukabuku.
salam Nur Fannun,
BalasPadamLps ni belanja capt makan KFC!
salam safarun al fannun.. pada hamba ada kelibat susu kambing tu, klu nk just msj no hamba nescaya hamba akn give msj back. sekiranya dkt kediamannya hamba akn hantar sendri tp sekiranya jauh hamba guna khadam posmen.
BalasPadamto capt : salam capt,
BalasPadamKFC? tidak!!! tomyam leh la..(^_^)
to adam : salam adam, dlm bentuk susu ke tablet? wah pndai niaga..
perniagaan perlu diusahakan dgn bersungguh2 baru dpt hasil n barakah.
BalasPadamsusu hi goat ada 2 mcm style satu dlm bentuk serbut n satu lagi dlm bentuk tablet. tp di bulan ramadhan ni disarankan utk amik serbuk cz senang sekali hadap je berbanding tablet kena ngap 6 biji baru setanding dgn serbuk.
wow best da dpt BE..cik tom xdpt2 lagi ni..
BalasPadamSaya pon tak dapat lagi...kena rajin la ek....
BalasPadamtahniah mesti happy sakan kan
BalasPadampisyek pun ade gak facebook, tp segan ah nk add2 org nih.. hehe...
BalasPadambese org je add pisyek... ekeke... xD
to adam : sy agk hairan mgapa anda ckp pasl susu kmbing di sini.tiba2 bru teringt no yg ke-5 tu..(^_^)sdp ke klu tablet? serbuk tu kna bncuh ke? mkn cm sagon?
BalasPadamto tomato : usaha lbh keras lg.
to kiko : yup, betul tu.
to pemanas : Amin..klu kna gya blh la rsnye
to sharing : seronok la gak..
to pisyek : yeke..msti brlmbk request tu kn?
salam,
BalasPadamIklan kat sidebar kiri tu dpt duit byk ke?
Tomyam kat Ipoh capt minta belanja...
nsib baik nur fannun perasan klu x sy sent dh tentera berkambing smackdown awk..hehe. ape2 pn bleh turun kn ilmu mcm mane nk kasi dpt duit mcm awk..
BalasPadamtablet: tablet sy suka perisa coklet cz sdp.
serbuk lak : kena bancuh cz klu wat mcm sagon tkt mati tercekik hehe.
to capt : salam, sidebar kiri?? mne ada,yg ada kanan je la..xde la byk pun.xbleh capt xjwb pun soalan dlm entry ni..(^_^)
BalasPadamto adam : hahaha..xbyk pun dpt duit.insyaAllah nti ada la kot.sdp tu perisa coklat..kemam2 je tak yah telan kn?
kemam je nur fannun..jgn telan n jgn kunyah n jgn buang..
BalasPadam