Hari pertama puasa, Ya Allah letihnya.Tapi bila tiba time berbuka leganya. Makan lauk rendang ayam (kari kering). Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba lampu terpadam. Nasib hari belum betul-betul gelap. First cari lampu suluh, then baru lilin & mancis. Wah macam candle light dinner pulak. Hehe (^_^). Bukan rumah aku je. jiran & kawasan sekitarnya pun sama. Earth Hour berlanjutan sampai pukul 10.00 malam. Lama tu, patutnya sejam je kan? Masa pulak bukan start dari 8.30.
Gelap tak kisah sangat tapi kipas tak boleh on. Panas!!! Kalau perempuan kena pakai baju, anak telekung, mak telekung, bapak telekung. Banyak pahala orang perempuan! Kalau lelaki pulak, pakai spenda dengan kain pelekat je. Siap ikat tang dada macam berkemban lagi. Lagi beberapa raka’at nak habis baru ada elektrik. Huh lega! Tadi pakai kipas manual sekarang dah boleh pakai kipas elektrik. Lepas solat ingat nak online tapi tak jadi la. Rasa mengantuk tu memanggil-manggil menyeru-nyeru. Cuma tengok tv je. Layan drama bersiri Angin Rindu Sarajevo.
Hari kedua pulak. Kilat sabung-menyabung. Petir berdentum-dentam. Beberapa kali lampu terpadam dan menyala semula. Mak aku cepat-cepat ambik lilin kot-kot jadi macam hari pertama. Hari ketiga hujan lebat tak ada kilat. Kalau ada pun sikit je. Masalah pulak nak dengar azan. Siaran radio rosak. Ingat radio problem. Try dengar kat handphone pun sama. Tengok jadual dah masuk beberapa minit. Pe lagi bedal la. Hari-hari lain biasanya je.
Kata orang tua-tua, kalau hujan malam jumaat berterusan hujannya. Hari-hari hujan. Cuaca pun mendung selalu. Bagus la. Tak letih sangat. Hari pertama dan kedua panas betul rasanya. Tak hairan pun, Ramadhan kan bulan membakar. Membakar dosa-dosa. Nak bakar mesti panas. Lepas bakar, basuh pulak. WaAllahua’alam.
Semalam, lagi sekali Earth Hour. Kali ni belum sempat berbuka. Candel light berbuka puasa le pulak. Tengah cedok pajeri nenas letak kat pinggan. Ada yang terjatuh, nak kutip. Terus gelap. Tak selamat berbuka, tapi bila blogwalking selalu ucap selamat berbuka puasa! Earphone entah pergi mana, cari tak jumpa. Nak dengar azan. Jiran-jiran semua bergelap. Surau pun senyap je.. Surau senyap tak apa, bukan leh percaya sangat, lagi pun mereka tu azan ikut suka je bukan ikut waktu. Kalau lauk sedap azan awal, kalau lauk tak sedap azan lambat atau ikut je waktu. Jadi, dengar azan dari masjid terdekat.
Time solat lega sikit, hujan dari petang sampai ke malam. Tak la panas bila kipas tak boleh on. Tapi ambik wuduk sejuk la. Pukul 9 baru ada elektrik. Alahai, sejak akhir-akhir selalu sangat blackout. Hah, apa pulak pengalaman korang selama seminggu berpuasa ni? Jom kongsi bersama.
Pasal yang Earth Hour tu. Korang berminat tak kalau aku tempek kat sini. Kalau berminat sila request. Dengan pantas, aku upload! Entry tu dah lama aku simpan. Disebabkan dah delay beberapa minggu dari tarikh, aku pun tunda punya tunda la. Tambahan pula banyak lagi topik yang boleh aku upload.
satu pengalaman yg menarik..hehe..
BalasPadamsalam kunjungan dan juga selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia..=)
kesian fannun...xpe jimat elektirk...erkk ke lupa bayar bil???hehe...
BalasPadampengalaman berbuka sorang-sorang..huhu..memang tak best lgsg...
BalasPadamanda di tag..datang la ambil tag..
http://duniasukaduka.blogspot.com/2010/08/polkadots-cottage-1st-give-away.html
Salam..
BalasPadamSian...nak buat mcmne yerk dh letrik tkde.
Ana posa hri prtama alhmdulillah la cool n steady, tkde rasa penat, mcm skjp jer puasanya. Msuk hari ke 2 tu masyaAllah...kering tekak betul, pahit mulut smua ada, rasa nak melepek jer.
Satu hari buka puasa mkn 2 jenis lauk je..nak bljr bersederhana.. insyaAllah..
to yuni : tq kmen..salam ramadhan 1431H, smoga diberkati Illahi.
BalasPadamto tomato : besenya tnb bg bonus klu blckout..dh byr la..xkn ngn jirn2 skali lupa kot..
to nabilah : knpa buka sorng2, join la kwn2..tq tag..almk ni contest bkn awrd.
to aliaazuan :salam, tq kngsi pnglmn ukhti..klu byk2 lauk bkn hbs smua kn? ikut cuaca rasanya.
alahai kesiannya. Tapi best jugak kan candle light dinner tuh , romantik :D. p/s : suka tengok drama Angin Rindu Sarajevo
BalasPadamhaha.satu pengalaman yg menarik.bile lagi nk merase mcm nie an.hehehe.
BalasPadamto Afizz : best2 gak tp xbrpa nmpk..nsib bkn mkn lauk bertulang byk & kecik, mau kecik. tgk sbb beego brlakon.(^_^)
BalasPadamto fahmie : haha..
Selamat puasa yah :)
BalasPadamteruskan usaha...nnti insyaALLAH akn berkembang n kaya la nnti..hikhik
BalasPadamjom ambik award kat blog mar.sudi2 la lawat.
BalasPadamto muhammad taqi: slmt bpuasa jugak.(^_^)
BalasPadamto yuni aisyah : rasanya anda slh letak komen kt entry ni la..(^_^)
to mar :tq..