PUISIKU UNTUK MU - Mahligai Al-Fannun

Tatkala tinta bersatu dengan pena,
Melakar indah pelbagai abjad dan aksara,
Lalu merangkai satu prasa membentuk suatu lakaran,
Yang cukup puitis untuk santapan sang afiat.


Nestapa hati bergema sehaluan,
Tika terasa tempias gerimis jua palitan tohmahan,
Jiwa memujuk berlagukan La Tahzan,
Tapi hati remuk jua bagaikan taufan.

Pena dilempar kerana tidak seanggun tinta,
Wajarkah lembaran menjadi mangsanya,
Mengapa harus menyeksa benak,
Sedangkan itu bukan masalah,
Yang penting itu tinta bukan pena.

Hanyunan langkah diatur rapi,
Menyusur laluan yang kian berceramuk,
Berhati-hati menongkah denai,
Takut terpanah duri sembilu.

Tiba ke dermaga menanti hiba,
Sayup kedengaran bunyi gempita,
Destinasi harus pantas ku tawan,
Mahligai Al-Fannun sekilas terbang di lensa mata.

Kudrat pena selemah ubur-ubur,
Tatkala bahaya seakan menjelma,
Semburan berbisa berhamburan keluar,
Mengelakkan malapetaka yang bakal menjelma.

Tuntas pena melayang tinggi,
Ibarat sang pewira sakti,
Apakan daya kerdilnya diri,
Membebaskan tawanan disangkal besi.

Bagai pipit berbadan comel,
Jasadnya kerdil jiwanya besar,
Paruh yang kecil menakung air,
Niat yang suci ingin membantu,
Memadam api yang membakar Nabi.

Mata menafsir berbaloikah usaha,
Tidak dihirau teguran teman,
Cekalnya hati menabur bakti,
Terkesan jua walaupun sedikit.

Yang Maha Berkuasa memandang mulia,
Ikhlasnya hati bersihnya jiwa,
Kecil besar bukan sandaran,
Persoalan ikhlas jadi taruhan.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

14 respon pembaca:

  1. alamak.kesusantraan lah pulak.lols..tak paham ape pon..letak synopsis eah.heheh

    BalasPadam
  2. hehehe..tu pasal wt dlm puisi, klu synopsis nye msti pjg cm karangan bdk SPM..tunggu je yg lain ulas..

    BalasPadam
  3. al-fannun tu ape mksud sebenar die?

    BalasPadam
  4. to zul : ok..nti aku wt, tp lmbt sikit ar..sbb aku pn rasa rmai org tkut komen sbb xfhm sgt..posting byk delay la..

    to wan : seni..actually, msih pki nama lama..cuma in arabic..insng jiwa trsampuk smngt arabic

    BalasPadam
  5. tak juga..ada gak yg entry dia mmg dlm puisi tp bahsa dia mudh fahm.. cuma skg ni dia jrg BW, xtau pi mana enth..klu rmai yg xska sastera msti follower dia sikit, ni tak ramai..

    bleh bagi coding utk letak link entry baru bila bg komen tak?

    BalasPadam
  6. Wah! nice.. hehe.. kadang2 time sedang berduka teringin gak nak karang puisi. tapi tak jadi. :p

    BalasPadam
  7. thnks..bese je tu..mse tulis tu bkn sdg berduka tp mood mengarang & ilham mencurah2..

    BalasPadam
  8. sikit2 boleh la..xteror sgt..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!