Jemaah yang Baik Berpunca Dari Imam yang Baik

Jumaat baru ni penulis tengok siaran langsung solat jumaat. Sesuatu yang baru tak pernah dilihat sebelum ni. Imam pesan dekat makmum sila matikan atau silent handphone anda! Wow! Mumtaz! Sebelum ni tak pernah tengok pun. Biasanya imam terus pakai mic, sama ada dia pakai sendiri atau ada orang pakaikan, dan terus angkat takbir. Kalau ada pesanan biasanya rapatkan saf. Mak penulis kata anak sapa la ni. Penulis pulak kata sepatutnya pesan masa khutbah lagi. Tapi nak pesan banyak kali pun bagus jugak. Sebelum & semasa khutbah, sebelum solat. Lepas solat? Tak payah la, semua pakat balik, kejar kasut (takut hilang!!).

Sekarang ni pulak ada program Imam muda. Sangat bagus. Realiti program berbentuk agama dan tidak melalaikan macam yang lain. Peserta yang tersingkir kalau nak menangis, nak sedih pun tak apa. Sebab dalam perkara yang baik dan untuk agama. Tapi aku tak pernah tengok pun. Sebab tak ada astro. Hanya lelaki sahaja boleh masuk. Kenapa? Kita cerita dalam entry akan datang. Di sini penulis nak kongsikan sikit ciri-ciri imam dan makmum yang baik.

Imam mesti mempunyai bacaan yang betul mengikut hukum tajwid. Tak boleh mengubah baris. Contoh arrahman nurrahim. Patut arrahman nirrahim. Bukan imam pun tak boleh, sebab mengubah baris. Ubah baris, maksud pun berubah. Sapa-sapa yang baca salah, Al-Quran laknat dia balik! Maka hati-hati. Apa hukumnya kalau tok imam baca Al-Fatihah salah? Batal solat. Bila batal kena buat balik semula. Makmum kena berpisah dengan imam.

Imam wajib tegur kesalahan makmum. Masa solat subuh pada hari jumaat. Kan ada sujud sajadah sebab baca surah/ayat sajadah. Bila imam Allahuakbar, makmum terus sujud, tak payah rukuk. Lepas sujud terus bangkit, tak boleh berehat sekejap. Kalau buat batal. Kalau imam pun salah, memang tarak baca punya imam la. ”Nasib aku duduk sebelah ustaz, kalau tak aku pun salah”. Sebelum mula solat, imam patut tunjuk caranya. Sebab yang datang tu bukan semua tahu. Selepas solat imam patut tanya sapa tak buat ikut cara yang betul suruh ulang balik.

Imam yang baik mesti boleh terima teguran dari ustaz atau orang tau bab hukum solat yang betul. Kadang-kadang imam juga ada buat silap. Tok Bilal kena la tegur. Tak pun tok siak atau sapa-sapa. Bila kena tegur terima teguran dengan baik bukan marah balik orang yang tegur tu. Orang Arab keras hati pun bila nasihat boleh lembut. Baca ayat Al-Quran ke Hadis ke jadi baik. Kita orang melayu lembut, sopan santun tapi bila kena tegur terus masam muka, kalau dibacakan ayat Al-Quran atau hadis, ”tak ada ayat lain nak baca, tau nak pekena orang je”

Masa Imam bertugas jadi Khatib membaca khutbah jangan ikut teks sangat. Contoh masa tu baru lepas banjir, musim majikan buang pekerja. Isi khutbah pasal sedekah, mana boleh. Nak sedekah apa? Duit pun tak ada. Cuba kalau hujung tahun, hujung bulan sesuai la. Kan masa tu dapat gaji, dapat bonus. Jemaah pun boring menyampah nak dengar. (”Eii, nasib dalam khutbah, kalau ceramah, awal-awal aku dah blah”). Tu sebab ada yang tidur, pasal khutbah tak menarik, kena sesuai dengan isu semasa. Biasanya khutbah kat mana-mana masjid sama je isinya. Sebab imam kena ambil teks dari pejabat agama.

Lepas tu, bila tanya napa tak tegur. Tak ada dalam teks suruh tegur. Ni namanya imam skema. Nak skema biar bertempat. ”Pak Din jangan menyembang, iskh,iskh tak faham-faham Pak Din ni” InsyaAllah minggu depannya Pak Din tak menyembang dah sebab dia langsung tak datang. Masa khutbah tak boleh menyembang, tak boleh tido kena dengar. Ada setengah tu ”berlagak alim” masa khutbah la pun nak zikir, bertasbih. Kawan sebelah nak tegur tak boleh, dia tegur nanti dia pulak yang rosak. Yang boleh bercakap yang diam atas mimbar tu. Kena la main peranan. Alarm kereta berbunyi kena suruh tutup. Menganggu! No plat PK 2342. ”Nombor plat je PK tapi tak ada fikir” Garang betul tok imam!

Apabila dapat jemputan, terima dan pergi je la undangan dari mana-mana untuk baca doa atau tahlil. Sebelum baca doa bagi la sedikit tazkirah dalam 10/20 minit untuk cegah atau halang perbuatan bidaah dalam kehidupan masyarakat & majlis tersebut. Terangkan cara sambutan majlis mengikut cara islam. Nak tak nak mesti kena dengar, sebab nak makan. Tapi agak-agak la, jangan sampai 2 jam setengah pulak, ais kiub dalam air sirap pun cair, makanan pun dah sejuk. Nanti orang yang kat situ pula kata, ”Sat lagi kalau tak berhenti, jom pi kedai depan tu la”. Kalau orang tak bagi, tak payah baca, balik je la. Tapi kalau asal cakap je banyak Aaa.. iye.. dari mengajar, memang tak salah kalau kena suruh berhenti. Buat penat je cakap, kalau penulis yang faham aaa dengan iye je.

Imam yang baik tak gila kuasa. Maksudnya tak kisah kalau tak dilantik jadi imam. Walaupun namanya bukan aiman. Bersyukur la kalau tak dilantik. Sebab bukan senang jadi imam, tanggungjawab besar. Memang la pahala banyak tapi kena tanggung dosa makmum yang buat salah masa solat. Cuba bayangkan jadi imam tak boleh balik kampung, pergi kenduri kena balik cepat. Kalau tak siapa nak jadi imam. Tok bilal pun sama jugak. Sapa nak azan. Dah dilantik kena la jalankan tanggungjawab. Hari-hari kat masjid bila nak jemaah dengan keluarga kat rumah? Yang tak jadi imam rileks je. Tapi tok imam lambat sikit tak pe. Tok bilal tak boleh kena datang awal sebelum masuk waktu. Tapi orang kita, bila imam tak datang. Bertolo-tolo (org perak kata). Suruh orang ni tak nak, suruh orang tu tak nak. Mereka faham jadi imam kena baca ayat panjang-panjang, kena baca doa. Bukan tak boleh baca surah pendek. Kalau tak hafal langsung lepas baca Al-Fatihah diam sekejap..lepas tu baca bismillah diam sekejap, rukuk. (Bagi makmum sempat habis bacaan Al-Fatihah tadi). Lepas salam. Diam sekejap..dah selesai. Orang belakang tanya ”tak baca doa ke?” ”Dah tadi, tak dengar?” Kan senang. Susah apa?

Imam yang baik tidak menyusahkan makmum. Baca surah yang ringkas dan pendek untuk solat fardhu. Alam Nashrah ke, ina a’thoina ke. Ni baca surah Al-Alaq, A’basa (aku pun tak habis hafal). Imam kena faham la, yang datang tu ramai kategori veteren-veterina mana larat diri lama-lama. Lenguh lutut. Mentang-mentang dia muda, sihat ingat-ingat sikit kat orang belakang sama. Solat sunat boleh la duduk. Solat fardhu yang boleh yang sakit je.

Makmum yang baik pula, mengikut imam dengan betul. Maknanya tak mendahului imam. Tak boleh pergerakan serentak dengan imam. Imam buat dulu baru kita buat. Pergerakan solat je yang ikut. Imam batuk, makmum tak payah la ikut. Imam garu, dia garu, imam betul songkok/serban dia ikut. Tak payah la. Kalau budak buat kita tak hairan, ni tua bangka! Iskh, tak cantik la macam tu. Macam tarak baca punya makmum je.

Makmum yang baik tak buruk sangka pada tok imam dan sesama jemaah.. Tidak mengumpat tok imam. ”Celaka punya imam, ingat nak baca ayat sajadah. Haram. Penat aku datang.” Kena faham la, dan sangka baik malam tadi kuliah habis lambat tak sempat nak mengulang surah sajadah. Masa tarawikh pulak, mengumpat tok imam ”hek eleh, panjang giler. Macam bagus je” kalau dah macam tu baik solat kat rumah tak ada buat dosa dengan tok imam. Kalau tak larat berdiri duduk, tak larat duduk baring. Tak mengapa la dapat pahala setengah orang berdiri. Yang baring dapat setengah pahala orang yang duduk. Hanya untuk solat sunat sahaja kecuali yang memang sakit. Bila ada yang duduk pula ”Dah tau duduk, duduk la hujung, mengacau je.” Bila ada yang bawa anak ”Nak sembahyang bawa anak kecil, sat lagi menangis, tak menangis mengacau orang sembahyang”.

Makmum yang baik hormat dan tak boikot tok imam. Haji Din tanya ”Nape kamu tak datang masjid malam tadi?” Pak Mat jawab ”Imam tu belah sane!” Aei, dia ikut parti pulak. Lantak la kat tok imam tu nak belah mana pun. Janji dia solat & bacaan dia betul. Abu Hurairah, perawi hadis pun tak boikot bila Hajatz (xpasti ejaannya) jadi imam. Sedangkan Hajatz ni seorang yang sangat zalim. Dia ni la yang bunuh, sepak kepala Saidina Husin cucu kesayangan Rasulullah. Dan dah bunuh beribu-ribu orang. Kisah lanjut cerita dalam entry yang lain. Yang pelik, jahat-jahat pun solat jadi imam lagi. Kita ni yang tak jahat, tak bunuh orang tak nak jadi imam. Yang tak solat apa la lagi. Pelik sungguh.

Makmum yang baik boleh terima teguran Imam dan jemaah lain dengan hati yang terbuka. Tak ambik hati dengan teguran Imam. Tapi masalahnya kawannya pulak mengata ”Padan muka kena tegur” siap tunjuk ibu jari lagi. Kawan ni selamat dan berterima kasih pada tok imam sebab tegur kalau tak sampai bila-bila terus buat salah. Semasa makmum tegur pun kena terima. ”Kamu ni Ajis, pakai jubah, berserban tapi solat tak ada tokmaninah. Kamu tau kalau kamu mati solat berterusan macam ni tak ada tokmaninah. Rasulullah kata bukan umat aku.” Si Ajis ni tengok kawan dia dari atas bawah, bawah atas. Ada yang jawab begini ”Yeke tak tahu pulak aku. Habis tu cam ne? Jap-jap,tokmaninah tu benatang pe? Orang ke?” Mengeleng kawan ni. Nampak gayanya kena pergi klinik solat la kalau macam ni. Tokmaninah pun tak tahu. Tok Minah tau la dia.

p/s : Maaf kalau salah, hamba masih belajar lagi. Masih kurang ilmu didada. Watak hanya rekaan sahaja. Yang baik datang dari Allah, Kalau yang buruk datang diri hamba sendiri. WaAllahua’alam.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

9 respon pembaca:

  1. Salam,
    Alhamdulillah...ada juga artikel pasal imam dan makmum nih..
    Ingat nak tambah sket pasal khutbah Jumaat tu. Kebiasaannya, memang Khatib akan mengikut teks tetapi ramai juga yang menambah-nambah teks tersebut untuk menarik minat jemaah mendengar khutbah tsb. W'bagaimanapun, ada juga yg menambah-nambah hingga melalut-lalut dan memakan masa yg agak lama. Jika di negeri2 yg hari rehatnya hari Jumaat mungkin tidak mengapa kerana tidak bekerja. bagaimana jika di KL yg kebanyakan jemaah terpaksa mengejar masa bergegas semula ke pejabat untuk bekerja? Mungkin lebih elok jika khutbah itu pendek ringkas tetapi padat dan menarik minat jemaah utk mendengar. Jika ingin menyampaikan pesanan yang memakan masa, lebih elok jika memberi ceramah di waktu yg lain...
    Maaf, ini cuma pandangan saya.

    BalasPadam
  2. to abang long: wasalam..syukran..tu kna fikir la..imam yg baik tak myusahkan makmum..yup, setuju pjg2 buka sesi yg lain..rasanya klu khutbah berlbih2 pjg bkn khutbah/ceramah tapi berleter.biasa tgk kt tv dlm 40 minit selesai jemaah blh blik..

    to pencacai alim : syukran..Allahuakbar

    BalasPadam
  3. Salam Nur Fannun,

    Imam yg baik hendaklah disukai oleh jemaah, Bacaannya terang dan lancar dgn surah yg tak panjang sangat...
    Tgk juga Imam muda yg handsome tu!

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  4. betul 2..
    klau imam 2 bace ngn khusyuk, kita sebagai jemaah turut khusyukk..

    BalasPadam
  5. Salam,

    'HAJATZ' - Nama yg bunuh tu ialah Hajjaj bin Yusuf.Walaupun dia pernah buat kezaliman, Allah masukkan juga dia ke dlm syurga atas bbrapa sbb. Dan dia jugalah yg merupakan org prtama yg mengumpul & meletakkan baris dlm Al-Quran. Wallahu alam.

    BalasPadam
  6. to capt : wasalam, yup, hormat>=suka
    terang,lancar & tak kelam-kabut(bkn baca Al-Fatihah dlm 1 ayt tp 7 ayt)xprnah tgk imam muda, tgk dlm entry blogger je..

    to darkbatman : yup2..akar elok, pcuk pun cantik.

    to aliaazuan: wasalam. owh cm tu ejaanya..msuk syurga???..mybe sbb amlm ibdat dia lg byk dr kezalimnnya tp dia mati dlm keadaan yg amat myeksakan..kna seksa kt dunia, akhirat xkna kot.. waAllahua'alam..

    BalasPadam
  7. wasalam..Alhamdulillah (^_^)

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!