Blogwalking dan Trafik

Salam semua, sukar bagiku nak posting entry dengan kerap macam teman yang lain. Jeles aku tengok. Nak buat macam mana, masanya belum tiba. Hanya sempat balas kunjungn blogwalking je. Ingatkan bulan ni nak posting banyak entry, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kepada para pembaca yang menantikan beberapa tajuk posting yang telah dijanjikan, harap maaf, posting tersebut tak dapat disiar dalam masa terdekat ni. Terpaksa ditunda pada masa yang akan datang.

Sebenarnya, masih teragak-agak nak siarkan ke tak? Bercakap soal trafik, sejak dua minggu ni, trafik agak menceracak naik, keyword dari enjin carian banyak menyumbang. Tapi menurun la pulak, bila tak balas kunjungan teman-teman (-_-). Biasa lah bulan 6 ni, ramai orang cari pasal program pengajian ditawarkan, program yang melekat tu sains kognitif. Lepas tu Muet, munsyi, cara bayar yuran dan macam2 lagi.

Apa yang membanggakan, blog ni duduk ranking paling atas dalam enjin carian bila keyword-keyword seperti yang dinyatakan di atas digunakan. (^_^) Jadi, aku masih menimbangkan untuk siar atau tidak artikel yang dijanjikan tu. Bila fikir balik, kalau siar, nanti bila tiba masa tak payah buat entry pasal tu lagi, sebab dah ada, nanti mesti orang search guna keyword berkaitan, trafik masuk ke blog..Syoknye..Tak semestinya tajuk artikel kena selari dengan peristiwa semasa kan? Lambat sikit, banyak ke awal sikit ke terlebih ke, tak jadi soalkan? Lebih-lebih lagi artikel yang berunsur info & ilmu, apalagi nasihat. Waktu paling bagus, bila orang lupa tentang sesuatu perkara, tapi kita ingatkan. Cantik tak!! Kalau ikut peristiwa semua orang selalu buat, kadang-kadang pembaca pun boring, pergi blog sana cakap benda yang sama, akhbar pun sama, tv pun sama, sembang dengan kawan-kawan pun cakap benda yang sama.

Misalannya, pergi kenduri kahwin mesti dihidangkan nasi minyak, kadang-kadang dwi-nasi, nasi kenduri & nasi putih. Tiap hari makan nasi putih, sesekali nak juga tekak ni rasa nasi yang berbeza nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, nasi beriyani ke. Ada juga yang tak suka nasi jenis lain, nak nasi putih gak, biasa la ni golongan yang kurang sihat kena jaga pemakanan. Kalau lauk pulak, mesti ayam masak merah, kari daging tak pun rendang tok. Rendang nenek, rendang opah tak ada ke? J. Sesekali nak juga rasa lauk yang lain. Kadang tu, kenduri dalam satu hari ada 3,4. Lauk pulak lebih kurang sama je. Cuba kalau lain, kenyang pun makan lagi. Sebab apa? Teringin, naik selera bila tengok, terliur. Setengah ada sediakan bubur atau rojak selain pencuci mulut yang sentiasa ada. Biasanya tembikai, oren.

Demikian lah juga dengan topik dalam blog. Ada orang suka yang sama, ada orang suka yang lain, ada juga yang suka luar biasa atau jenis yang jarang jumpa. Tapi paling hot, yang jenis pantang nampak! Apa dia, masing-masing dah boleh agak..Silent reader ni kita tak tahu, ye la dah nama pun silent, senyap je. Lain la, kalau pengomen tegar, tiap kali ada entry baru mesti komen. Pengomen jenis biasa, kalau dia rasa entry tu dia nak komen baru dia komen, kalau tak see, read & go sama macam silent reader. Agak-agak korang jenis yang mana ey?

Anon pulak, yang ni ramai orang tak suka. Sebab tak ada nama. Entah sapa-sapa yang komen tu. Biasanya orang akan guna anon kalau nak hentam orang. Kalau yang puji tu, tak ada akaun google. Tapi sekurang-kurangnya letak la nama, email ke. Sedangkan benda pun ada nama, binatang pun ada nama, inikan pulak manusia. Teringat cerita Jula Juli Bintang Tiga. Tak boleh nak tanya nama, asal-usul (langgar syarat). Tanya juga terus nak balik ke kayangan. 15 ke 10 tahun ke baru balik ke bumi. Tu cerita klasik zaman filem hitam putih. Lakonan Abdullah Chik dengan Fatimah Hasyim kalau tak silap. Tak ingat, tengok balik cerita ni. 
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

13 respon pembaca:

  1. Assalamualaikum.

    Sama la kita yer. Slalu takde masa yg lama nk taip entry bru. Dlm fikiran tu mcm2 idea dh timbul.InsyaAllah la kjp lg ada la masa sikit nk menaip.

    Wassalam..

    BalasPadam
  2. nanti free2 , tulias la byk3 xD

    BalasPadam
  3. betul, setuju dengan innz yg sentiasa ada update baru tu... hahahhahaha... x pe la, biar sikit asalkan ada org baca... dun worry.. =)

    BalasPadam
  4. anon tak tinggal jejak..takot kena hentam balik..huuhuu

    BalasPadam
  5. to aliaazuan : Wa'alaikumsalam, yup, betul tu..klu tulis topik bab agama kena hati2, klu salah, naya je dpt dosa.

    to Innz : ok..insyAllah

    to liyana aziz : tpi pndatang baru la yg baca, yg lama kn dh baca

    to ice : biasa la tu, lempar batu smbunyi tngn

    to hasrul nizam : wasalam ziarah, yes

    BalasPadam
  6. tahniah ramai masuk melalui search engines.... mesti terror main seo ni. by the way, apasal privatekan blog????

    Sazzy Falak Juara Tiger Show??

    BalasPadam
  7. sama2..hehe..xda la teror sgt..tp dulu ada wt smthing utk tarik trafik..sbb nk repair blog ni..& privasi sikit dr pelawat..

    BalasPadam
  8. salam cik editor,

    Biar ada masa dapat posting yg baik lagi manfaat. Saja-saja nak masuk mcm setengah blogger, tunjuk gambar dan cerita merapu. Siapa nak baca.

    Biar ambil masa tapi manfaat kpd pembaca.

    Jazakallah

    BalasPadam
  9. salam capt,

    terima kasih ats pandangan..

    syukran

    BalasPadam
  10. idea banyak tapi nak post entry susa sbb internet slow..haihh....

    http://wanssei.co.nr

    BalasPadam
  11. yeke..sabor je la kn..tp leh post pki hp or email...

    BalasPadam
  12. ha'ah..tak ingat lak..tapi kan..kalo hp tu boleh pakai hp cikai ke?
    nokia 1110i?

    BalasPadam
  13. xtau la, yg pasti hp tu ada fungsi utk blog..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!