Cuti-cuti Malaysia

Hari isnin yang lepas, penulis menyahut seruan cuti-cuti malaysia. Sejak tiga empat hari yang lepas, sibuk dengan kunjungan adik- beradik, tengok baby baru.Sepemergian ke sana, terpaksa la meninggalkan 'kawan" si comel ni. Rasanya dah lima bulan kawan dengan comel.. Kawan?? Hehe, lagi bagus kawan dengan haiwan dari manusia kan? Dalam dunia haiwan tiada manusia, tetapi dalam dunia manusia ada haiwan. Lihat saja dunia sekarang ni, manusia semakin kejam dan berhati binatang.
1st time arnab kena tinggal..tak perlu nak risau sangat, letak makanan & minuman lebih.. InsyaAllah, dia hidup & tak kebuluran. Perjalanan berjalan lancar sehingga sampai ke destinasi. Kelewatan sedikit kerana kerap kali singgah di R&R untuk berehat, makan & buang air. Berhenti di R&R semanggol, kami makan nasi berlaukan rendang rempah ayam sebagai sarapan pagi. Sedap lauk ni ditambah dengan persekitaran di situ. Ada sapa nak resepi lauk ni boleh minta. hehe..Sebelum kami meneruskan perjalanan, masing-masing pergi ke toilet. Oleh kerana masih pagi, cleaner tak cuci lagi, jadi faham-fahamlah macam mana keadaannya. Orang pulak ramai. Singgah sekejap di gerai makanan jenis bakar kat situ, tak ingat namanya, tapi ada cabutan bertuah dan gores & menang. Lupa nak tangkap gambar bannernya. Katanya di tv1 nanti akan dicabut. Rezeki dapat free gift pulak, boleh minta makanan tu lagi..kalau tak dapat, maknanya gores & bengang macam lain-lain tu la..
~kabus di pagi hari~

Pemandangan di lebuh raya ke utara sudah biasa penulis lihat. Mana tidaknya, selalu balik bila tiba cuti semester. Jadi tak hairan untuk melihatnya dan sudah boleh agak berapa lama lagi mahu sampai. Apa lagi mahu dibuat jika tidak pejamkan mata dan tidur. Namun tidak mudah bagi penulis untuk tidur sebaik sahaja mata dipejam. Kadangkala timbul rasa geram, bila mahu lena, dekat le nak berhenti, dekat le nak sampai. Asal dekat nak berhenti ke, nak sampai ke, mesti baru nak lena. Sebelum tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah lagi di R&R Gurun pula, kali ni bukan makan ye, tapi buang air, & satu kemestian untuk singgah di sini, R&R Gurun paling best di kawasan utara. Di sini, ada tandas tambahan, keadaannya bersih cikit, tandas biasa sesak ramai orang. Lagi pun cleaner rajin cuci.
~Plaza tol Pendang~
Sebelum nak sampai ke Pendang, ada satu kawasan kat lebuhraya jalan diturap dengan simen bukan tar, jadi para pemandu sila kurangkan laju, tu pun kalau kaya nak ganti tayar baru la. Jauh juga rumah kak ipar dari plaza tol. Wah, jalan di kawasan sawah ni cukup mencabar bagi pemandu, mana taknya jalannya kecil, bayangkan kalau berselisih, terpaksa berundur ke belakang la jawabnya. Tersilap sikit je jatuh terus dalam sawah.
~comel tak bayi ni?~
Masa datang, bayi ni tidur la pula..biasa la kan, dah nama pun bayi. Kami balik hari je.. Suasana di sini memang best. Tenang je, macam dekat laut pun ada. Boleh naik perahu lagi.. tapi tak naik pun. Alahai, tak ada gambar la.. sebab tak ingat nak buat story ni. Masa makan memang terasa macam makan tepi laut, tapi sebenarnya tepi sawah. Perghh, sekali angin bertiup bukan main lagi dia punya 'feel'. Lepas makan & solat kami pun berangkat pulang, ingat nak ke pasaraya di Pendang ni tapi tak jadi, pergi ke Pekan Rabu, Alor Setar & jalan-jalan di sekitar situ. Penulis pun tunjuk la tempatnya, ye la dah biasa dengan tempat ni. Dulu kawan yang bawa, sekarang penulis jadi macam pemandu pelancong pulak; hehe (^_^). Kelakar rasanya, bila masuk parking ambik tiket, bila time balik nak bayar, dah tutup pulak, orang jaga tiket pun dah balik..Yes, dapat satu teknik save bajet..hehe..Dah nak malam, mereka pun balik la.

Maghrib singgah ke R&R Gurun, tapi yang ni best dari yang tadi. Kemudahannya memang bagus & cantik. Tiptop!! Dalam perjalanan pulang hujan lebat pula, masih jauh lagi untuk sampai ke rumah. Singgah di R&R apa entah, dah lupa namanya.
Kelakar bila aku ingat, kat pintu tandas ada orang pelekat iklan..Sabun menghilangkan mengantuk, sila hubungi 019-XXXXXXX.. Dalam tandas pun jadi nak iklankan produk, siap dengan nombor telefon pulak tu. Hujan yang masih lebat, dan pemandu dah keletihan, bus dan lori bukan main laju. Akhirnya singgah ke rumah abang di Kuala Kangsar. Suasana yang indah di bandar diraja pada waktu malam dengan lampunya yang cantik. Jalan sunyi sikit, biasalah nak dekat 12 malam. Besoknya, kami jalan beberapa tempat menarik di sini. 
~tak boleh masuk, tangkap gambar dari luar je~

~di pintu masuk~

~sekarang ni ditutup, kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan~

~tak boleh masuk, zoom in dari luar je~

~boleh baca tak? malas nak baca, tangkap saja, tulisan pun kecil~

~zoom in lagi, ni tangga istana~

~pelik la gambar ni, terkejut bila tengok balik, macam ada orang kat tepi tingkap~

Dah puas tangkap gambar, pergi ke destinasi yang seterusnya. tapi kan ada gerai la kat hujung jalan di Istana Kenangan ni. ada ke orang nak beli kat situ? kalau istana ni dibuka, untung si peniaga. Lalu di istana raja, nak masuk mana layak kan? Lalu & intai-intai je..

~Masjid Ubudiah dikata mempunyai ciri-ciri binaan Islam~

~papan tanda di masjid~

~masa datang sini, kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilaksanakan~

~ni nota pasal meriam, malas nak baca, tulisan pun dah kabur~

~lampu di kawasan makam, cantikkan? bila malam mesti lagi cantik~

~di hadapan masjid, kolam air pancut~

~kepunyaan sultan mana ni? Sapa tau? nak baca tulisan jawi semuanya~

~yang kubah tu kawasan makam, abang ipar kata dia tercium bau wangi, cepat-cepat ajak kami keluar, amaran tu bau wangi, waAllahua'alam..selamba kerek je ambik gambar kubur tu..yang ada letak kain kuning tu raja~

~snapshoot dari roundabout, nak ke lembah~

~penanda aras kedalaman sungai~

~kucing ni sedang tidur, ni kat jeti~

~ni kot pemandangan kucing tu, bila dia bangun dari tidur nanti, lighting problem pulak kat sini, nampak macam mendung kan? pada hal cuaca cerah je~

~sempat lagi snapshoot, ni dari kedai makan~

~ye ke bersih, aku nampak jam yang di buang ada di bawah jeti~

~masa balik lalu di sini lagi, sempat lagi tangkap dari dekat, tadi dapat dari jauh je..hehe~

Masa kat jalan-jalan kat masjid, keinginan nak jadi traveller writer meluap-luap. tu yang ambik gambar punya la banyak. Agak-agak layak tak?  bakat tak? Ok ke gambar yang penulis tangkap ni? Cuma guna kamera handphone 1.3 megapiksel.. tak ada kamera canggih. huhu. Masa jalan-jalan kat kedai sekitar lembah, nampak macam ada benda yang sesuai nak beli sebagai hadiah kat follower bertuah, tapi tak jadi, mesti bersikap adil dan saksama.. Lain kali la beli..dan nampak iklan yang di pintu tandas ada jual kat kedai situ, sabun menghilangkan mengantuk.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

7 respon pembaca:

  1. Salam...
    Tak singgah di Yan dulu ke? Pi umah sapa kat Pendang tu? Aku orang Yan, Kedah tp la ni dok kat Perak. Cuti balik sana la....

    BalasPadam
  2. wasalam, tak, terus ke pendang..umah kak ipar..

    BalasPadam
  3. comelnya arnab tu...risau ye nak tingglkan arnab..so sweet...=)

    BalasPadam
  4. wow!!! macam best jew perlis!!! elle x pernah pegi...

    BalasPadam
  5. biasanya, orang yang syg haiwan nie hati dia mulia..:)

    BalasPadam
  6. to yuni aisyah : tak la risau sgt..

    to allif26 : bkn perlis la kdah, sila baca dgn lbh berhati2..

    to hafiz rahman : yeke, majoriti kot.

    to sharinginfoz :xde pe nk kesiankan,mybe dia kesunyian, xda org dtg melawt dia tu je.. mknan & xhbs smpi 4 hari bru licin..

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!