CINTA AGUNG VS CINTA SEJATI


Salam maulidul rasul 1431H. Dulu heboh, masa buat blogwalking mesti ada yang sentuh pasal valentine day. Ada yang cerita pasal hukum haram sambut valentine day, tak kurang juga yang bagi tip beli hadiah untuk kekasih, ada juga yang cerita pasal pesanan mengarut di valentine day, don’t wear panties. Gila apa, nak galakan aktiviti persudalan dan zina ke?

Tapi syabas! Diucapkan ramai blogger yang alert dengan isu semasa ni. Hari ni pulak, mesti banyak yang buat post maulidur rasul. Blog ni nak buat juga ke? Buat la tapi serampang dua mata..hehe J Biar lain cikit dari blog lain, tak lah, pelawat makan hidangan yang sama je ziarah tuan tanah, tuan rumah. Kesian pelawat pi sana, lauk sama, air sama, cuba sekali hidang chicken choop ker, air ribena ke, baru ada class kan..(^_^) Opps air ribena tak boleh haram mengandungi alkholol!

Bulan februari dikatakan bulan cinta. Seronok berbicara pasal cinta di bulan ini. Pada topik yang lepas, harap ramai dah ada prinsip dalam menentukan harga cinta, supaya cinta anda kekal unggul, anggun, romantik, bahagia dan sewaktu dengannya. Jangan mudah memberikan cinta, cinta yang mudah diberi, pasti akan mudah hilang dan pudar. Sesuatu yang sukar untuk didapati pasti lebih dihargai daripada yang boleh diperolehi dengan mudah dan INGAT jangan sekali-kali pertaruhkan maruah anda demi membuktikan cinta terutama PEREMPUAN. Kerana mereka golongan yang mudah terjebak. Jika anda lakukannya samalah anda dengan rama-rama yang sudah hilang kecantikannya, bunga yang habis madunya.

Di hari inilah sepatutnya kita meraikan kekasih kita, juga kekasih Allah, Maulidur rasul. Nabi Muhammad s.a.w. Bukan pada 14 Februari, itu hari kejatuhan tamadun islam di Cordova, Sepanyol. 12 Rabiulawal tarikh yang sepatutnya kita ingati selain 27 Rejab, 15 Syaban, 1 Muharram, 17 Ramadhan, 1 Syawal. 1 Syawal tarikh ni semua orang ingat maklumlah hari raya.. Sambutan maulidur rasul bukan terhad pada 1 hari seperti valentine day. Kita boleh menyambut maulidul rasul selama 4 bulan bermula dari 12 rabiulawal, rabiulakhir, jamadilawal, jamadilakhir, ..Rejab??? pastu Syaban, Ramadhan. Time bulan puasa ni rezeki berlipat ganda. Tengok le banyak betul peniaga segera. Tak pernah berniaga, tup-tup berniaga.

Jika ada yang mendakwa, menyambut Maulidul Rasul adalah bidaah. Biarkan mereka berkata-kata. Kalau bidaah pun, bidaah hasanah. Memanglah masa zaman nabi tak sambut macam kita sambut, tapi kita sambut sebab kita sayang nabi, kita kasihkan nabi. Kita mengenang perjuangan rasulullah saw menyebarkan islam dan Baginda semulia-mulia manusia. Petang semalam masa tengok konsert malam sinar maulidur rasul, waktu ustazah siti nor bahyah mendendangkan syair mengenai Rasulullah saw, amat menyentuh jiwa. Bayangkan dicaci, dihina, dilempar batu, sampai berdarah. Lalu datang malaikat penjaga gunung mahu menawarkan pertolongan, tetapi baginda saw menolak. Lihat betapa kasihnya baginda kepada umatnya. Begitu sabarnya menyebarkan dakwah islam. Sehingga kita merasa kesan dan merasai nikmatnya ISLAM.

Cinta sejati ada pada manusia, cinta mulia datangnya dari baginda Rasulullah saw, cinta teragung milik Allah swt. Cinta sejati boleh kita dapatkan, cinta mulia boleh juga kita dapat asalkan umat Rasulullah yang menghidupkan sunnahnya, cinta teragung payah sekali untuk jika dapatkan melainkan kita ini islam yang sebenarnya islam. Apabila dapat cinta teragung dari Ilahi, syurga la tempat kita. Hidup sentiasa diberkati dan dirahmati. SubhanaAllah.
WaAllahua'lam..Hanya Allah dan Rasul yang mengetahuinya!
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

6 respon pembaca:

  1. menghargai dan saling pengertian sangat diperlukan dalam menjalani perjalanan cinta

    BalasPadam
  2. salam..err...ehehe..nak tanya..
    tanya kat sini jgn marah erk..

    mcm mana nak contact pengiklan supaya dia letak banner kat page kita.
    mcm page awak tu ada banner2..

    errr..tolong bagi tau erk..
    ermm..

    ada ym tak.. add alif kat
    tengkuezmanidanieleizwan@yahoo.com

    tolong balas kat www.syoknyadownload.blogspot.com kat ruangan komen.tak pun ambik la gift dari alif kat kategory a gift for follower.

    errr..tu jer..makasih kalau sudi

    BalasPadam
  3. wasalam.sebnrnya tu bkn pngiklan yg letak.sy xcntct mana2 pengiklan pun.
    banner tu dtg dr prgram affiliate yg sy sertai.

    BalasPadam
  4. DImana ..tu boleh bagi program tu tak url dia.. google tak dapat la

    BalasPadam
  5. owh klik je kt mana2 banner yg awk suka, kt situ ada tmpt utk register sbg agen affiliate.
    (tak pun ambik la gift dari alif kat kategory a gift for follower.)apa give itu?

    BalasPadam
  6. errr..tu gift untuk edit picture secara percuma..baca ler.. entry tu. ehehe

    ok alif try klik.

    makasih

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!