Tapi tak apa, kerana dia kaum yang tidak mengetahui. Takkan la kalau nak bagi nasihat kat orang kena jadi ustazah dulu. Bukan ustazah tak boleh bagi nasihat. Nonsense!! Kalau aku jadi ustazah, tak payah aku nak taip kat sini, aku letak je rakaman video kat sini. Habis cerita. Perkara yang kita suka, kalau ditegur salah memang akan melenting dan marah. Memang sukar nak terima kenyataan kalau perkara tu dah sebati dengan diri. Tak boleh nak salahkan dia juga, mungkin persekitaran mempengaruhi dia. Tengok aje la sekarang ni, dalam kartun pun ada selit unsur seks, lucah. Rosak pemikiran budak-budak. Tu keje yahudi la tu..tengok dalam video THE ARRIVAL epsd 5 atau 6..tak ingat la huhu.
Mungkin ada yang sedia maklum kenapa aku tak ada mood, & jarang balas mesej korang kat chatbox. Kerana aku masa tu tengah kumpul semangat dan tabahkan hati. Alhamdulillah, selepas itu, Allah beri aku kegembiraan.Gmbar minyak wangi & syampu ni, hadiah yang aku dapat selepas menang peraduan DARA.COM..ada nama aku dalam keluaran januari dan februari. Produk yeo’s pulak. Baru je sampi awal bulan mac ni, dari peraduan majalah yang sama. Sesungguhnya ini adalah rezeki yang halal dan berkat dari Allah.
Minyak wangi boleh menghilangkan tekanan pada seseorang. Boleh jadi haram kalau digunakan untuk mendapat perhatian lelaki ajnabi..dan jatuh halal kalau pakai untuk suami. Produk yeos ni banyak.. seronok sangat..tapi nak bagi kat korang tak cukup la. Jadi bagi kat family je la..Air kotak sedikit renyuk, mungkin sebab terbabas kt tempat lain..punca salah alamat & poskod..dan mereka buka sikit agaknya, ada label mudah pecah..takut kalau pecah.
Kalau orang cela atau mengata kita, jangan balas. Pahala menanti, kalau balas bermakna 0-0. Biar penduduk bumi yang menghina dan mengutuk aku, asalkan jangan penduduk langit menghina dan mengutuk aku sudah. Nauzubillahiminzalik.
Buat mereka ni ayat yang paling sesuai yang aku jumpa dekat blog Nawawi tajuk Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tidak Bermakna
Bijak sungguh kau bermain kata meminta hujjah. Tatkala hujjah sudah diberi, kau balas pula dengan emosi. Kata-kata kesat, penghinaan, cacian dan makian yang kau lemparkan. Jika kau minta hujjah tetapi untuk dipersendakan, maka terlepaslah kau dari diriku. Kerana, bukannya itu jalan untuk meninggikan kebenaran. Dan bukannya kebenaran yang kau mahukan sebenarnya.
Daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Aku menjamin sebuah rumah di persekitaran Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di sebelah kebenaran, sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun hanya untuk bergurau, dan sebuah rumah di tempat tertinggi di dalam Syurga bagi orang yang berakhlak dengan baik.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 4782. Lihat juga Shahih Sunan Abi Daud)

waduh..
BalasPadambetul, tak salah kita menegur.
sekurang-kurangnya kita berusaha utk mengubah apa yg patut diubah.
wasalam..
BalasPadamto arra jasmy : tq..
to Billet-DOux : yup, bla kita dh tegur, merka xnk terima, tu bkn mslah kita lagi..