Zaman sekarang serba canggih, teknologi sentiasa berubah mengikut keadaan semasa dan masyarakat ketika itu. Tapi sayangnya terdapat segelintir pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan teknologi ini. Amat malang sekali, pihak yang terlibat merupakan golongan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan. Dahulu, tak telefon awam sahaja, kongsi untuk 1 kampung. Sekarang telefon bukan seorang satu, kadang-kadang dua tiga untuk dia sorang..Hehe (saya pun sama gak). Maklumlah, penyedia khidmat telekomunikasi pun berlambak.. Kes ini tidak apa lagi. Yang membimbangkan dan mencetuskan kemarahan sejagat, tangkap gambar sana sini. rakam video itu ini..berunsur pornografi pulak..dapat kat orang yang jahat upload kat internet, habis si mangsa dapat malu..(cuba cakap, jahat ke tak jahat buat macam tu..kalau nakal tak ada buat benda-benda macam ni).
Tadi dah cerita pasal penyalahgunaan, sekarang ni faedah yang kita peroleh pulak..sebenarnya banyak lagi..tapi panjang sangat tak larat nak taip..dulu kita shopping kena pi kedai, mall..itupun kalau dekat, ada sorang pakcik ni cerita kat saya. "Dulu nak beli pensel sebatang pun kena gi pekan, sekarang ni senang, kedai dekat je..pergi kedai pulak tu, naik bas, sekarang naik kereta la.." Untung-untung kedai, alahai sebelah rumah je, tak sebelah, depan, tak depan belakang rumah.
Dengan adanya teknologi, tak payah, susah-susah pi kedai, masa pun jimat, yela kalau orang perempuan nak kena bersiap itu ini, pakai itu ini, lelaki lain la, start enjin je jalan..Orang perempuan kan suka shopping. kn..kn..Duduk je rumah, menghadap komputer/laptop dah boleh, shopping macam-macam. Saya pun sekarang ni baru nak try shopping online. Bukan baru tau, ada yang menarik minat saya..Dulu, saya ada belajar e-commerce masa sem 2 kat IPTS. Tapi tak la menceracak macam sekarang. Kalau tak percaya atau kurang percaya cuba korang tengok kat iklan bergrafik kat blog ni & tengok kat ruangan chat..macam-macam ada..pendek kata, buat business secara online ni lagi untung dari offline..Mana tak nya, pelanggan is unlimited
Bagi mereka yang selalu ber'business' secara online, harus waspada. Terutama yang ada akaun online banking. Sekarang ni heboh dengan phising email..tu nak curi id & kata laluan la, kerjanya. Saya nasihatkan berhati-hati. Kat bawah ni saya bagi sikit tips untuk yang belum tahu lagi..yang dah tahu cuma peringatan saja.
1) Jangan guna internet untuk access web online banking di cybercafe..selalunya kt sini byk virus & pengguna kerap lupa nk logout, terutama emel & lain web yg perlu masukkan id & password..so, kalau nk guna online banking, guna internet di rumah, unsecured wireless jgn guna..brodband pun ok juga..
2)Masa buka web online banking ni, jangan buka ym..kecurian id & password boleh berlaku disini. tak percaya tengok kt yahoo antispy ada tulis yahoomessenger...dan jangan buka apa2 website atau aplikasi ruangan chat selain website online banking sahaja.
3) Sebelum dan selepas access web online banking ni, clearkan semua cookies, cache, kalau pakai google chrome klik je pada Clear browsing data..dan apa2 sahaja maklumat tentang senarai web yang telah dilawati.kalau pakai banyak internet browser, guna CCleaner..tak payah, buka satu-satu internet browser..
4) Jangan dedahkan id & password ditempat yang terbuka atau tempat yang orang lain boleh tengok..kalau lupa, letak dalam word, kemudian kuncikan fail word tu..jangan bagi orang lain access akaun online banking walaupun saudara sendiri. Ia lagi mudah untuk diseleweng daripada Kad ATM.
5) Jangan klik website internet banking dari mana-mana link. Lebih-lebih lagi dari emel phising. Taip sendiri address website (URL) online banking anda . Ingat bank anda tidak akan pernah menghantar emel mengenai masalah akaun anda, kecuali jika ada pemberitahuan beberapa RM telah dimasukkan ke akaun anda oleh seseorang melalui pemindahan melalui akaunnya.
6) Jika dapat emel kononnya dari perbankan internet, jangan guna link yang mereka bagi. Laporkan pada bank terbabit mengenai emel tersebut. Jika anda klik juga dan sign in akaun melalui link tadi, habislah anda, id & password anda telah dirakam dan dicuri..Cepat-cepatlah hubungi bank dan suruh reset password anda atau suspendkan akaun anda untuk seketika.
Rasanya itu sahaja tip..kalau ada lagi, nanti saya upload lain. Ehm, korang ada terima emel yang katakan YOUR ID EMAIL ARE WON. kalau ada abaikan sahaja..tu semua penipu jer..abaikan semua emel spam yang mengarut terutama tentang wang..Ingat, mana ada orang senang nak bagi duit pada kita free-free je & tanpa sebab yang logik!!!
0 respon pembaca:
Catat Ulasan
Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--