SAMBUT 2010 DENGAN GERHANA BULAN SEPARA


 Selamat tinggal tahun 2009..banyak perkara yang berlaku..apa yang pasti tahun 2009 ni sungguh mengharukan. bukan sahaja bagi aku tapi ramai lagi..tengok lah, banyak peristiwa sedih daripada peristiwa gembira.. tak mahu ulas panjang-panjang.. kalau nak juga imbas, sila tengok siaran/program tv ada preview perihal 2009. Dari segi, kesihatan, politik, ehwal semasa, industri muzik, tokoh, individu, sahabat, keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga, dalam & luar negara.


Bercakap pasal sambutan 2010..rasanya tahun ni sambutan kembali meriah tapi masih tahap sederhana. Maklumlah, tahun lepas ekonomi tak berapa baik, banyak syarikat yang buang pekerja. Letupan bunga api kedengaran sana sini terutama pada waktu malam.. malam penghujung 2009 apatah lagi. aku keluar rumah untuk melihat bunga api di kawasan aku, malangnya tak nampak, aku lihat langit cerah, rupa-rupanya ada bulan purnama. Ingat langit cerah, kesan cahaya bunga api.

 Esoknya aku tengok berita, ada cerita pasal gerhana bulan. la, ruginya tak tengok..nak tengok macam mana time tu tengah syok tidur..solat sunat gerhana pun tak berpeluang..nanti 15hb ni ada gerhana matahari pula, sah-sah tak buat solat sunat gerhana, nak tengok punya pasal, ye la gerhana matahari ni selalunya sekejap sahaja berbanding gerhana bulan. masa tengah malam kul 12 tu, coming soon nak jadi gerhana. Dalam berita kata, antara pukul 1 lebih hingga 5 pagi. kat masjid negara. Ramai betul orang kat sana.

Selepas solat subuh, aku keluar rumah untuk buang sampah, terkejut aku, ingatkan yang bersinar tu matahari, rupanya bulan..terang sungguh.agaknya bulan waktu ni dapat cahaya matahari yang maksimum. kalau aku ada alat astronomi, atau kamera dah lama aku ambil imej ni dan buat kira diameter bulan, kira jarak dari bumi, tengok permukaan bulan yang dikatakan bertompok-tompok, sebab masa matahari menumpahkan cahaya pada permukaan bulan waktu yang tepat kalau nak kaji pasal bulan. SubhanaAllah. Indah sungguh bulan waktu ini, lebih indah dari bulan mengambang, kedudukan bulan di ufuk barat, tak payah aku nak mendongak. waktu aku kira 7.00 pagi. Hari pun masih gelap.

Sebenarnya fenomena ni, dah banyak kali aku tengok..cuma kali pertama agak terkejut la, mana tau, tanda kiamat, matahari terbit sebelah barat. Tengok hari, bukan..ehm, korang dah tgk filem 2012? Apa yang pasti tu cuma ramalan dan pemikiran mereka tentang kiamat. Kiamat yang sebenar lebih dahsyat dan tak dapat dibayangkan betapa dahsyatnya hari itu.
p/s : apapun, semoga peristiwa ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, Tuhan Semesta Alam. Nanti sama-sama kita lihat gerhana matahari pula pada 15hb ni pada pukul 3 hingga pukul 5ptg

Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!