TENTUKAN HIDUP ANDA, jangan biar rambut menjadi penghalang

Dengan mutiara kata atas ni, termotivasi aku dibuatnya..tapi lagi sesuai bunyinya macam ni "Tentukan hidup anda, jangan biarkan sesiapa menjadi penghalang" ni tema rancangan sunsilk impian..aku mmg suka tengok rancangan ni.. Dalam post kali ini, aku bukan nk cerita pasal rancangan ni tapi kaitan tema ini dengan hidup aku dari aku kecik smpai aku dah jadi remaja sekarang. Seingat aku, segala benda, tempat dan apa2 sahaja, family yang tentukan. Kalau aku diberi peluang untuk buat pilihan pun tak banyak..itu pun jika ada pilihan. kalau tak ikut saja la cakap mereka.. aku pulak jarang nak membantah, cuma bila dah meningkat remaja ni kerap juga la aku membantah. Ye la, time remaja ni dah pandai berfikir dan buat keputusan sendiri..yang kena hadapi dan terima akibatnya adalah aku bukan MEREKA..

Aku nak listkan perkara-perkara tersebut dengan ulasannya sekali :


1) aku selalu disesuaikan dengan baju warna merah terutama baju raya la..t-shirt dan yang len tu jarang la. 
kesannya aku jemu dengan warna ini..dan aku seakan anti dengan color ni. rupa-rupanya mak aku suka warna ini (dah lama aku tau)  

2) kegiatan kokurikulum dekat sekolah pulak. untuk unit beruniform, aku tak boleh pilih yang lain, kena pilih puteri islam.sebabnya nanti senang nak adakan uniformnya. ye la, tudung dan kain color pink, baju leh pakai bju uniform sekolah bju kurung..
kalau ikutkan hati, keinginan dan minat aku, nak pilih pengakap ke, pandu putri ke, PBSM ke.baru la best dan adventure.. itu time sekolah rendah boleh ar...time sekolah menengah. aku buat pilihan aku sendiri.. KRS(kadet remaja sek) seingat aku, aku tak pernah tukar sampai la form5, tapi kadang-kadang nak juga aku ambik pertahanan awam..tapi tak jadi sebab tiap-tiap minggu kena kawat..time tu menengah atas, busy..nasib baik tak ada kadet polis,kalau tak dah lama aku msuk..dan sepanjang form 5 aku tak ada pun uniform..lagipun cikgu tak galakkan dan susah nak dapat kena tempah..sapa yang masuk kawat je wajib beli.

3) masa nak masuk form 1, aku nak masuk sekolah asrama kat padang rengas tapi tak dibenarkan.. ia lebih kurang sama je dengan sekolah taa'yah..sekolah tu aku tak dapat..sekolah ni dekat berbanding yang kat padang rengas tu..jauh..lagi 1, kecik lagi tak patut dok asrama..
sudahnya time kat ipt baru dapat asrama..tapi tak kisah pun..aku dapat masuk kelas KAA..tu pun belajar bahasa arab gak..walaupun tak sama macam kat sekolah agama..

4)masa nak masuk form4, aku nak jugak try masuk sekolah teknik..nak smbung KAA kena pi sek lain..tak nak ar, dah syok .lagipun dah biasa dengan sek ni. Macam biasa aku tak dibenarkan, alasannya pulak kali ni, mak tinggal sorag, so aku kena teman.huh!
aliran kelas pulak, nasib baik tak control, aku pilih sains tulen..dan nasib baik untuk life baru..aku terpisah dari kawan kelas terutama girl..ada kelas baru sains tulen + IT..aku pun masuk la..bukan pe, budak perempuan kelas tu, berlagak..menyampah aku dibuatnya..kalau kawan pun tak ikhlas.sepanjang time KAA, aku jarang rasa happy..kalau happy pun tu lebih kepada SS..


 5)aku selalu kena tinggal dan dok umah teman mak..dan ia berlanjutan smpi skrg..:-( terutama time raya, bila nak pi umh sedara yang jauh2, dekat tak pe..alasan kete tak muat dan aku muntah2 bila naik kete..kalau lawatan yang sek buat pun tak merasa aku pi..dari sekolah rendah sampi menengah. yang dapat cuma pi UPM jer. mase tu form 5..kesannya, aku tak berapa kenal sedara..aku tak ingat dan tak biasa dgn jalan2 kat negeri ini...sehingga aku habis study start dari time LI aku baru kenal dan mahir dengan selok-belok jalan kat sini. Rasa macam baru kenal erti hidup je (sekarang ni banyak perubahan kat tempat aku terutama jalan, kalau yang dah out lama dari tempat ni sure tak reti) bila dapat kuar dar negeri sendiri, rasa merdeka, happy dan macam2 lagi..

 6) yang bab perasaan pun kena control..baik jadi remote control lagi bagus..tak boleh cinta2 time sek/belajar. sampaikan kawan laki nak telefon selalu pun tak bagi, hal sek tak pe..hal lain tak boleh  langsung..boleh pulak cabut wayar. kalau pasal bil, bukan aku yang telefon, tapi kawan. dan boleh pulak bagi warning..kawan tak pe lebih2, kalau pakwe tak boleh..huh
! memang la tak boleh bercinta time sekolah. "guru selalu mengingtkan kita dilarang berkasihan sewaktu di alam persekolahan..." normal lah pada remaja..tapi aku ada gak berjinak-jinak dengan cinta time sekolah. Hahaha...akhirnya kat ipt aku join cintan-cintun ni..tapi tak bertahan lama..banyak gak aku try kawan tapi banyak yang tak menjadi..tapi bila dah jadi pulak..hmm, malas nak cerita..banyak sebab & hikmahnya.


 7)nak sambung belajar time diploma, cos ditentukan pulak..tapi aku ikut je..asal cos sains dan IT..kalau dekat kl & selngor tak boleh..akhirnya msuk KTP kt perlis..katanya senang sebab ada abang kat sana..padahal swasta..aku ni tak da pulak nak masuk poli..entah,lagipun masa tu aku tengok tak da course yang aku nak..yang berkaitan cuma progrming.. boring ar.. kadang aku rasa macam menyesal pun ada..tapi nak buat cam mana dah rezeki aku kat situ..matrik?? huh! aku bersyukur tak dapat..bunyi je macam glamour & bijak. sayangnya, sijil matrik tak laku kalau nak minta kerja..setakat boleh guna untuk sambung degree jer. sekarang ni bila nak sambung degree dekat swasta tak bagi pulak..

 8) sama kes mcm no.7..tapi ni masa nak sambung degree..rasanya ada cite dalam entry yang lepas.. kalau korang pembaca setia blog aku ni, mesti tau..tak pe aku cerita sikit..aku dapat tawaran sambung degree dekat unimas pengajian sains kognitif tapi tak dibenarkan pergi..alasan jauh, kalau dalam semenanjung even johor pun tak pe..kalau sabah sarwak tak bagi.
. kalau macam tu aku ni jangan mimpi la nak pi belajar dekat oversea macam london, uk, mesir..dll..

rasanya ni je kot yang kena kontrol..yang lain entah, tak ada kot..or tak ingat & tak nak ingat..control..control.. kalau jadi robot pun mesti memberontak jugak kan..lebih2 lagi robot yang ada AI macam bionik, transformer, terminator. asyik terima arahan, diberi arahan..bagi arahan kat human baru tau..
:-P
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

2 respon pembaca:

  1. betol! jgn pedulikan kata orang lain. buat apape, dgn kehendak dan minat sendiri.

    BalasPadam
  2. yup, betul tu, tp ada orang yg tak suka dgn cara aku..tu mcm mana lak?

    BalasPadam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!