Tiba masa, nama aku dipanggil, aku pun kena duduk dekat kaunter daftar..dengar bunyi ting tong baru aku masuk.. boring-boring sembang dengan orang yang jaga kaunter ni...kerek je aku sedawa.. hahahaha.. ye la aku cuma sempat sarapan, minum oligo tu pun setengah cawan jer..
Aku puas hati kali ni sebab aku tak gugup macam dulu, apa yang penting aku lebih berkeyakinan, mungkin aku dapat serap semangat leeya dalam cite sunsilk impian malam tadi..episod malam tadi ada sentuh bab cabar kebolehan diri.. Apa lagi aku pun cabarlah diri aku supaya yakin & boleh buat yang terbaik dari sebelum ni.. dan akhirnya aku berjaya walaupun aku macam kelam-kabut je jawab soalan penemuduga.. kadang-kadang kaki aku tergoyang-goyang & bersilang..agak-agak mereka perasan cepat-cepat aku duduk diam..Macam tak selesa je kan tapi aku berjaya atasinyer.apa yang penting tunjukkan keyakinan, jujur & berkebolehan.. entah, kenapa sejak akhir-akhir ni, aku bila main cakap jer, percakapan aku tak betul, tapi kalau fikir dulu sebelum cakap ok..penemuduga ni laki & perempuan..yang laki ni hancem ar..hahaha.. bila ingat balik muka macam senior masa dekat sekolah dulu..kira-kira pukul 11 lebih aku pun sampai rumah..aku rasa macam sekejap je dalam bilik tu.. rupanya lama, kak ipar aku kata..dulu aku rasa macam nak cepat habis je temuduga, sampaikan penemuduga perasan..ye la, kalau aku lama, nanti org lain lambat le pulak, pulak tu lambat la aku balik.. dah masuk time lunch masa tu..apa pun keluar bilik aku senyum..walaupun ada sikit perkara tak ok.. aku bagi sikit jawapan..
Hari ni 15 sya'aban, nisfu sya'aban, selamat berpuasa bagi yang berpuasa ari ni.. apa yang aku belajar & tahu pada malam nisfu sya'aban kitab amalan lama ganti dengan kitab baru.. kira macam tukar diari lama dengan yang baru la..maknanya, makin bertambah usia, makin banyak la kitab amalan kita.. diharap apa yang terkandung di dalamnya banyak amalan kebaikan dari kejahatan.. begitu juga anda semua.. harap malam tadi anda buat amalan khusus untuk malam menyambut malam nisfu sya'aban.. iaitu baca yaasin 3kali berserta doa malam nisfu sya'baan.. malam tadi juga bermula tilawah al-quran peringkat antarabangsa..
"Pengalaman banyak mendewasakan kita, pengalaman juga guru terbaik kita, tanpa pengalaman mungkin sukar bagi kita untuk memperbaiki taraf penghidupan & menganalisis diri kita"
"Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelum ini"
0 respon pembaca:
Catat Ulasan
Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--