berita yang mengejutkan

On je internet, aku terus start log in ym, monkey suprise aku dibuatnya.. tgk message kwn, aku menyatakan ustaz asri rabbani meninggal dunia, inalillahiwainailaihira'jiun..bila log in facebook, tgk2 kecoh, kwn facebook dok bercakp pasal allahyarham ustz asri..sungguh tidak disangka.. apa boleh buat ajal maut semua ditangan tuhan.. aku pun search la kt utusan online pasal berita ni,


Asri "Rabbani" meninggal dunia 13/08/2009 11:33am
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia akibat sakit jantung. - Utusan

pulak pas tu, aku tgk lagi..

Asri rebah di Angkasapuri sebelum meninggal dunia 13/08/2009 12:17pm
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan
apa pun, takziah kepada keluarga allahyarham dan rakan seperjuangan beliau..hilang la, vokalis group nasyid yg hebat, muazin yang bersuara lunak.. semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Ilahi dan ditempatkan di kalangan golongan yang beramal soleh- Al-Fatihah..


Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!