sains kognitif..apa itu kognitif?



Ramai yang tertanya-tanya dan tidak tahu program pengajian ni. Pada mulanya aku sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa aku dapat tawaran course ini. Aku pun apa lagi, mulakan la ekspedisi mencari maklumat tentang sains kognitif ini, search punya search jumpa la dekat wikipedia..
Sains kognitif merupakan satu kajian saintifik yang bermatlamat untuk memahami sifat semula jadi fikiran manusia. Ia merangkumi pelbagai bidang termasuk kecerdasan buatan,  linguistik,  antropologi,  psikologi,  neurosains, falsafah, and pendidikan.
Dan aku terus mencari dan mencari seberapa banyak maklumat pasal kognitif ni. Banyak jugak yang aku jumpa. Sepencarian aku terdapat fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia di UNIMAS, UPSI dan UUM..tetapi hanya fakulti di UNIMAS sahaja yang menawarkan kursus sains kognitif. Yang lain cuma berkaitan dengan ilmu psikologi, pendidikan dan kaunseling, pembangunan manusia. Sains Kognitif ini juga lebih kurang sama macam psikologi tetapi ia lebih bersifat moden seiring dengan perkembangan dunia IT masa kini.

Ada juga aku ajukan persoalan kognitif ni pada beberapa orang lecture aku. Jawapannyer pernah dengar,  tapi tak tau apa itu kognitif. Dan beberapa orang rakan aku juga tak tau. "menatang pe kognitif 2" puas jugak aku menerangkan kepada rakan-rakan aku, setiap kali aku bagi tahu pasal tawaran yang aku dapat ni. Senang cite macam psikologi tapi ia mengenai kajian pasal pemikiran manusia, linguistik, antropologi, artificial intelligence.

Aku ada jumpa forum bincang pasal kognitif ni. Yang jawab student course ni jugak. Katanya setiap tahun UNIMAS hanya ambil 22 orang pelajar je dan market low dekat malaysia ni. Sains Kognitif ni merupakan bidang baru. Katanya lagi nanti boleh buka klinik psikologi. Dalam forum 2 jugak ada sebut pasal persekitaran pembelajaran di unimas yang tenang, tidak seperti KL yang sibuk dan sesak. Pelajar dapat belajar dan buat research dengan selesa. Tapi form ni totally in english, yang bincang semua speaking london ar. Kemudian aku jumpa lagi, permohonan KPLI. Bagi siapa-siapa yang ambil program sains kognitif nanti boleh ajar bidang pendidikan khas. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia di UPSI merupakan fakulti utama dan teraju kepada fakulti lain di UPSI.

Dan aku search lagi, jumpa pulak jadual waktu belajar sains kognitif. Dan aku tengok subjeknya ada yang aku pernah belajar masa diploma dulu. Seperti pengaturcaraan, graphic komputer. Pada mulanya aku sangka course ni lari jauh dari bidang aku yang aku ambil masa diploma dulu rupanya bersambung tapi pada cabang yang lain. Dan pihak UPU tidak buat silap tempatkan aku di situ dengan course ini. Dan aku juga minat dengan bidang psikologi ni. Aku juga sedar aku punya bakat dalam psikologi [bukan perasan tapi kenyataan]. Aku punya kebolehan memahami situasi org lain, mudah memahami orang lain dan aku berjaya berfikir jika aku berada dalam situasi mereka. Tambahan pula, aku memang suka baca buku motivasi dan artikel terutama hasil tulisan Dr tuah..

Aku bertekad jika aku tak dapat belajar course ni aku akan ambik course yang berkaitan juga dengan psikologi. Atau apa-apa sahaja bidang yang hampir dengan sains kognitif. Aku juga lihat course yang ditawarkan di IPTA lain yang ada kena mengena dengan course ini. Course ini cuma ada di UNIMAS. Dan aku juga berazam jika aku tak dapat pergi tahun ni.  Tahun depan aku akan minta dekat unimas juga walaupun sebenarnya masa mohon dulu aku tak minta langsung unimas ni.. heehhehee. :-) P *wink..

TAMBAHAN  p/s : Pada yang ambil course ni, tahniah! sebab ia memang tough. Siapa yang suka overthinking memang sesuai, secara keseluruhan subjek kursus sains kognitif ni memang memerlukan pemikiran yang kritikal untuk skor. Ia memang mencabar kecerdasan minda korang. 

Bab kerjaya selepas belajar, korang boleh kot apply jawatan pegawai psikologi dekat mana-mana jabatan kerajaan yang berkenaan, pengajar pendidikan khas, buka klinik kaunselor, pereka artificial intelligence (AI), cikgu kaunseling dan sebagainya. Tak ramai pun lepasan student sains kognitif ni. So, kebarangkalian tak ada persaingan dari IPT lain. Kecuali untuk kursus yang berkaitan macam psikologi.
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

36 respon pembaca:

  1. Aku pun minat gak sikit-sikit pasal psikologi nih .

    BalasPadam
  2. salam..nk tnye ape prospek kerjaya dlm bidang nih ye..sy dpt tawaran course ni,tp jujurnya x jelas lg psl course niy..

    BalasPadam
  3. wasalam..Tahniah anda berjaya dalam UPU. course ni byk pecahan minor field antaranya boleh kerja di bhgn human resources, buka klinik psikologi, jd kaunselor/motivator, terlibat dalam bidang Artifical Intelligence, pembangunan mnusia & modal insan, kerja sosial dan byk lagi. Minat tak bidang macam ni? bila bljr nanti mesti seronok tak terkata, tp course ni tough cikit le.

    BalasPadam
  4. salam kak fannun, akak saya dpt course ni dlm upu.but seriously saya tak pernah tau ada course ni.and tak berapa clear sangat hehe XD at first sy rasa frust sangat dpt unimas,jauh dari expectation sy yg sebenar :( but suddenly saya baca blog akak,rasa dah okay nak go on with this :) thanks. akak ada fb tak?

    BalasPadam
  5. @ anissyazwani : wasalam.akak pun dulu sme cm syazwani, xpnh tau pun course ni wujud..tahniah berjaya dlm UPU. jgn frust sgt, kira bsyukur le dpt gak..klu tak dpt lagi bertmbh2 frust nye. sama2..ada..cari je kat fb tu nama akak..

    BalasPadam
  6. first time dengar...lebih kurang cam psikologi rupanya,...kos baru la ek...bila lagi ade...tak pnah dengar pon...kalau kerja nnt, bole kerja kat hosp ke??

    BalasPadam
  7. @ an nyek : mmg ramai yg xtau course ni, dah lama ada course ni, course ni 1 je di asia tenggara. mungkin boleh, tengok bahagian mana yg sesuai ler.

    BalasPadam
  8. saya baru ditawarkan dalam bidang sains kognitif di unimas tahun ini. saya ingin tahu lebih dalam ttg bidang ini..

    BalasPadam
  9. Emmm saya junior sains kognitif tp tough lh tak tahan :'(

    BalasPadam
  10. salam kak nk tnye, brape semester kos ni di UNIMAS?

    BalasPadam
  11. Salam... adakah course ni melibatkan programming dan psikologi? Sya sdang mencari course yg menggabungkan kedua2nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, iye programming & psikologi utk mudah bangunkan kecerdasan buatan. tahniah, anda dah jumpa pun.

      Padam
  12. Saya pernah ambil kos ni selama 2 tahun..then later i changed to HR..kos ni memang memerlukan higher order thinking skill..n for me its quite though..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, betul tu. Tapi kira hebat jugak la kamu ni, boleh tahan smpi dua tahun. ada setgh orang 1 semester pun dah tak tahan.

      Padam
  13. assalamualaikum... akak fannun, untuk course ni sesuai tak untk pelajar stpm? betul ke pengambilan pelajar hanya 22 org shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumsalam..sesuai je..tak semestinya kena ada diploma. Lepasan matrik pun boleh. Yup, pengambilan memang terhad. Satu2nya course ni di ASEAN.

      Padam
  14. Saya lepasan STPM tahun ni dan sangat berminat dgn bidang ala-ala psikologi ni.Programming ni pula mmacam mana? Perlu keupayaan mengira dan komputer yg sangat tinggi ke? Saya risau sebab matematik spm saya cuma C sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, moga berjaya dapat course idaman ini. Programming ni blaja buat aturcara komputer macam sesuatu aplikasi, program ringkas (software) ke. Boleh tahanlah, course ni tough ckit. Tak pe nti lecture boleh tunjuk ajar, kawan2, senior pun ada. Bila masuk alam IPT ni tak semua bab dalam matematik SPM tu kita akan belajar tapi statistik, algebra tu memamg tak tinggal la. Kalau susah pun kalkulus je.

      Padam
  15. Salam. Saya student SK first year. Nak tanya, kalau praktikal biasanya boleh buat kat mana ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. Boleh cuba apply dekat sekolah pendidikan khas, sekolah biasa under unit kaunseling, agensi motivasi dr tengku ismadi, agensi NLP yang Fadzli Yusof handle tu, TAMRIN, jabatan kebajikan masyarakat.

      Padam
    2. salam. saya student SK 1st year. nak tanya, kalau apply praktikal kat hospital tu logik tak?

      Padam
  16. result upu saya dpt kognitif sains ni, tpi cita2 saya nk jdi klinikal psikologis. so dri kognitif sains ni boleh ke further study in clinical psychology??

    BalasPadam
  17. Salam sye budak lepasan spm aliran sastera..antara subjek tambahan sye ambik ade sains komputer so kira okay lah tapi wajib ke kena ambik add math msa spm dulu baru diterime ambik course ni? Sebelum tu nak plan ambik stpm dulu dlm aliran sastera jugak.. Pastu sambung course ni sbb minat en.. Math spm dulu dpt B je.. Mohon reply sis huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, boleh je..course ni jarang orang mintak, so persaingan pun kurang. Kalau dari aliran sastera macam lari jauh je dari bidang ni. sebab bidang ni berkaitan sains.

      Padam
  18. Salam,just nk kongsi experience,sy student sains kognitif Tahun 2, semester 2 kini, kami belajar coding utk basic programming pada semester 1, agak tough bagi saya sbb xda basic apa² & sy stpm dari aliran sastera, byk benda baharu lh yg dibelajar, buat design and design tu diguna pakai utk redesign semula kiosk di fakulti. Kiranya apa yg kami student suggest di apply in real life. Sekarang ni belajar pasal computer graphics which is hard science, belajar bagaimana computer create garisan, create bentuk apa semua. Doakan saya survive and dpt score every subject utk semester ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, terima kasih atas perkongsian pengalaman sepanjang study course ini. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang & berjaya di alam pekerjaan nanti.

      Padam
  19. Salam mohon bertanya, dalam aliran ni bolehkah bila sudah selesai, lpas tu nk mohon kerja jadi tentera? Ada tak? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam..kalau nak diikutkan, nak mohon kerja jadi tentera ni, pakai SPM, diploma pun boleh. Jika ada degree boleh apply jawatan berpangkat tinggi. Pada pandangan saya, ada degree course ni suatu bonus dlm perkhidmatan tentera, sgt bagus utk diaplikasi dlm misi ketenteraan nanti.

      Padam
  20. Assalamualaikum. Cuma nak share pengalaman. Saya bekas student sains kognitif dan sekarang merupakan student Master in Learning Science di universiti yg sama. Ikut apa yg saya faham dan belajar memang course ni susah tapi best. Dgn adanya gabungan design dan psychology course ni kukuhkan lagi skill kita dlm bidang psikologi. Kita boleh jadi versatile dlm kerjaya. Contoh specific career dlm bidang ni mcm Human-Computer Interaction, Mental Health Work, Occupational Therapy, Research, Speech Therapy. Kawan2 pun ramai yg jadi cikgu pendidikan khas, HR dan researcher. Pada yg kurang familiar dgn programming jgn risau. Memang lecturer akan ajar dari awal sbb half of the students every year bukan dari background IT. Advantage jugak pada yg baru nak apply course ni sebab sekarang boleh pilih subjek yg more kepada teknikal atau teori. Student mesti boleh survive ikut minat masing2. Hehehe. Lastly doakan saya dapat habiskan master on time dan dpt kerja dlm bidang psikologi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam.. terima kasih dengan perkongsian hebat ni. terbaiklah..semoga berguna untuk pembaca yang lain. tahniah juga sebab berjaya graduate dengan jayanya course ni, siap dapat sambung ke peringkat master lagi. tahniah!!! Ye course sains kognitif ni memang susah tapi siapa yang enjoy study memang akan terasa beruntung & rasa sangat2 best. beruntung siapa yang dapat study course ni.

      Padam
    2. semoga dapat habiskan master on time dengan cemerlangnya & dapat kerja dalam bidang psikologi idaman Fadhanim. Semoga berjaya ya!!

      Padam
  21. salam saya nak tanya, tahun ni saya akan buat internship tapi saya bingung nak mntak kat mana...boleh kakak tolong suggestkan? saya nak mntak kat klinik tapi x pasti dalam bidang apa. Kalau saya nak mntak kat sekolah saya nak ambik kaunselling bolehke? Dan saya risau kalau sekolah nanti takut PKP balik terpaksa tutup. sekarang ni saya buntu kalau kakak dapat bantu saya sangat2 hargai ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..tahniah dah berjaya habiskan semester & nak ke internship pulak. boleh je apply kat sekolah. sangat bagus untuk apply di klinik. lagi bagus apply dengan agensi kerajaan yang tawarkan khidmat kaunseling. sebab perkhidmatan kaunseling under government memang sangat diperlukan di masa yang sangat kritikal ni dengan gejala bunuh diri akibat tekanan hidup dengan pandemik covid, ramai sangat yang terkesan dengan kehilangan punca pendapatan, hilang orang tersayang, stress kena kuarantin. sekolah lepas merdeka ni baru buka..jenuh

      Padam
  22. salam akak, saya student sains kognitif tahun 2. saya masih confius tentang tempat LI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. jangan confius sangat dengan tempat LI, banyak agensi boleh dipohon untuk LI. musim pandemik ni pilih agensi kerajaan atau swasta yg tawarkan khidmat kaunseling. perkhidmatan kaunseling sangat diperlukan di kala pandemik covid yang sangat kritikal ketika ini.

      Padam

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!