dapat tawaran pun salah! tak dapat pun salah!!

Pada 19 Jun 2009, jumaat baru-baru ni..keputusan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda bagi sesi 2009/2010 telah dikeluarkan dan boleh disemak mulai jam 12 tengah hari..aku semak hari sabtu..wah, bukan main excited aku bila dapat tau..aku berjaya dalam permohonan ini..dan aku begitu gembira apabila melihat perkataan "Tahniah, anda berjaya.." tapi setelah melihat nama program aku terkedu seketika kerana aku tidak minta program ini...kemudian aku seakan mahu menjerit tetapi lidah seakan ditarik..ipta yang menempatkan program ini sangat jauh dan terlalu jauh..di seberang lautan sana..aku dapat program sains kognitif di unimas, sarawak...padanya mula aku merahsiakan tempat dan program dari family aku..yang tahu cuma aniza dan bu.. tak sangka sampai ke sana aku dihantarnya..dan apa yang mengejutkan aku tak ada muet tp diterima masuk universiti..timbul sedikit rasa bangga di hatiku dan rasa terbayar usaha dan penat lelah aku selama ini.. terutama proses untuk mohon UPU ni..ambik no pin, pergi fotokopi, minta cop pengesahan, antar ke post office..semua aku buat sendiri..tapi dari segi transport tak semua sendiri..banyak jugak aku belanjakan untuk buat permohonan memasuki IPTA..setelah beberapa hari dan minggu aku hantar, aku terima kiriman poskad dari UKM memberitahu pengesahan penerimaan permohonan aku.. masa nak semak aku bukan main berharap diterima dan aku sangka dapat UKM, sebab UKM je yg macam layan permohonan aku..aku baru dapat tahu..UKM memang susah sebab dia nak 3.5 ke atas dan MUET band 3 or 4..

aku ni best student pe (bukan nak berlagak tapi kenyataan), tiap-tiap sem dapat dekan..tapi cuma 1 je kurang MUET aku tak ada...dan USM pun bukan senang nk masuk tambah lagi sekarang ni dah dapat pengiktirafan APEX.. dan aku agak terkejut bila baca 1 blog ni.. ada sebut USM ada buat kesilapan dalam proses pengambilan pelajar. tak sangka pulak aku..kesian sapa yang tak layak kalau ia benar..dia cakap tau masa tengok dekat RTM..hmm..

bila dapat je surat dari unimas..aku ambik dari posmen poslaju..terus aku bagi tau pada my sibling..kecoh jugak ar.. bunyi macam suka je aku dapat ipta..tapi terkejut giler bila dapat tau unimas ni dekat sarawak..jauh sangat.. pengangkutan yg ada cuma flight jer...dan aku tak pernah terfikir pun nak pi blaja dekat sarawak.. lagipun aku tak minta unimas ni..apa lagi course ni..then, aku menelefon orang unimas..tapi talian bertunang.. last2 dapat dekat bahagian keselamatan..aku suruh dia sambungkan kat bahagian kemasukan siswazah.. dapat la aku ckp..dia cakap rugi kalau tolak & bukan senang nak dapat...kalau minta tukar soalnyer boleh dapat ker tukar..n dia cakap lagi kalau nak tukar pas 1sem ataupun 1tahun baru boleh tukar 2 pun tengok pada pointer..n dia ckp lagi tadi ada budak negeri yang sama jugak call n tanya perkara yamg sama..dia suruh aku fikir-fikirkan dulu..dekat sana pun ramai jugak orang semenanjung...

beberapa hari, aku chating dengan lecture kolej aku & kawan-kawan aku cakap pasal tawaran ipta ni.. semuanya suruh pi.. ye ar bukan senang nak dapat pulak tu..3/4 yuran kerajaan tanggung..aku cuma perlu bayar 1/4 jer..alangkah bertuahnyer aku..course ambik masa selama 3 tahun..n lagi satu clash dengan tarikh aku konvo..11hb julai 09. serba salah aku dibuatnyer.. ada kawan sekolah aku cakap nanti bila dah grad konvo lagi grand dari yang ni..n sekejap sangat masa diberi untuk buat persiapan masuk ipta..result kuar 19 jun, kena pi daftar 27 jun..kalau spm, ada masa sebulan lebih..tak adilnyer..padahal, tarikh tutup permohonan lewat seminggu jer bg kategori diploma n stpm..

Ada kakak & abang aku bagi aku pergi siap nak tolong usaha cara nak pergi & suruh buat pinjaman ptptn untuk kos pergi n pendaftaran..n ada jugak yang tak bagi kata merepek, suruh aku kerja..cari pengalaman..hek eleh, poyo tol..n jeles ke dekat aku sebab aku dapat peluang ni..ye ke depa risau pasal aku..tapi setahu aku masa aku belajar diploma tak ada pun depa nak ambil berat sangat pasal aku..tanya pasal pelajaran ke, kehidupan aku ke, sakit demam aku ke, pointer aku ke? kalau tanya pun sekadar berbasa-basi..depa cakap lagi, kalau kerja lain ar,..kena blacklist nama..ni belajar boleh minta lagi tahun depan..apa depa ingat senang ke aku nak dapat lagi..tahun depan entah lagi ramai yang mohon..bila tanya boleh ke dapat, ayat bukan main, yakin boleh, cakap confirm boleh je..aku sendiri pun tak berapa yakin. cakap macam ahli nujum je.. tapi ada ke depa tahu cara pemilihan ke IPTA? guna sistem apa? Aku pulak sangat yakin depa ni tak tahu langsung. Tu pasal slumber badak je cakap macam ni dekat aku!! Kalut tak bagi aku pergi, macam diaorang pulak yang nak belajar, nak hidup dekat sana tu. Bukan mereka tapi AKU la..
Share on Google Plus

About Nur Fannun

Nur Fannun Naznin. Seorang graphic designer. Telah bermula sejak April 2009. Jenis yang simple, selamba, dan berfikiran terbuka. Hidup ini kadangkala sukar dan rumit. Namun ia bergantung pada pemikiran, tindakan dan personaliti kita. Semoga catatan yang terlakar di sini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.
    Blogger Comment

0 respon pembaca:

Catat Ulasan

Jadi, apa komen korang berkaitan post di atas ini. Silalah komen.
--Sorry terpaksa letak word verification untuk elakkan spam--

Undang-Undang Negara

Ikut suka korang la nak copy paste mana-mana bahagian pun, tapi agak-agak la. Jangan nak menafikan hak aku sebagai penulis artikel ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih sudi singgah di blog SAFARUN AL- FANNUN. Jangan lupa datang lagi ya!!